Posted by: Habib Ahmad | 23 April 2012

Pastikan gagasan Islam tepati acuan

Pastikan gagasan Islam tepati acuan

 

Oleh NAZARUDIN SHAHARI
utusanN9@utusan.com.my

 

TUANKU Muhriz Tuanku Munawir menunjukkan Tafsir Al-Quran kepada Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz (dua dari kanan) sambil diperhatikan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud (kanan sekali), Mohamad Hasan dan Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin al Maliki (kiri) ketika melawat Perpustakaan UAS di Dataran Sentral, Seremban, kelmarin.

 

SEREMBAN 8 April – Majlis perasmian penubuhan Universiti As-Sofa (UAS) di Dataran Sentral Seremban, dekat sini berlangsung dalam suasana gilang-gemilang malam semalam.

Lebih 3,000 orang yang terdiri daripada pelbagai peringkat masyarakat serta 15 ulama terkemuka dunia antaranya dari Emiriyah Arab Bersatu, Yemen, Lebanon dan Maghribi hadir pada majlis yang bermula pada kira-kira pukul 8.30 malam itu.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan berangkat merasmikan UAS itu.

Baginda diiringi Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz.

Ketibaan baginda berdua disambut Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin.

Hadir sama, Undang Luak Jelebu, Datuk Musa Wahab dan Pengerusi Majlis Universiti yang juga Pengasas Yayasan Sofa Negeri Sembilan, Datuk Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin al Maliki.

Dalam titahnya, Tuanku Muhriz yang juga Canselor UAS mahu universiti itu memastikan gagasan Islam yang mahu dibentuknya menepati acuan ajaran Islam yang sebenarnya.

Baginda bertitah, pendekatan pendidikan yang dilaksanakan perlu seimbang dan saksama, yang merangkumi ketiga-tiga dimensi agama yang suci itu iaitu Islam, iman dan ihsan.

“Sebagai sebuah universiti yang berpegang kepada prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah, Universiti As-Sofa perlu menghayati beberapa ciri, khusus termasuk dipimpin dan dipandu oleh para ulama yang benar-benar menepati pewaris para Anbiya,” titah baginda.

Tuanku Muhriz bertitah, universiti itu perlu mempunyai hubungan yang kukuh dengan rangkaian ulama dan institusi Ahli Sunnah Wal Jamaah di seluruh dunia Islam.

Pada majlis itu, Tuanku Muhriz telah dibawa melawat sekitar bangunan yang akan dijadikan kampus UAS.

Sebelum itu, pada petang semalam, baginda turut berkenan mengurniakan tauliah pelantikan sembilan ulama terkemuka dunia Islam sebagai panel penasihat antarabangsa UAS.

Majlis berlangsung di Istana Hinggap, dekat sini.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: