Larangan Memaki dan Mencaci
Mac 28, 2012 — sulaiman
Dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash, katanya: “Bahawa Rasulullah s.a.w. berkata: “Dari pada dosa-dosa yang berat; seseorang memaki ibu bapanya.” Bertanya orang yang hadir kepada beliau; Ya Rasulullah s.a.w. adakah orang yang memaki ibu bapanya? Jawab beliau: Ya, dia memaki-maki bapa orang lain, orang itu memaki bapanya pula, dan dia memaki ibu orang lain, orang itu memaki ibunya pula.”

Dalam al-quran, Allah swt berfirman:

Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan. (Al-Anam:108)