Pengisytiharan Pewarisan Syurga
Mac 25, 2012 — sulaiman
…Dan mereka diseru: Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan. (43)

Para ahli syurga akan dikumpulkan mengikut keturunan mereka:

At-Tur [21] Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga);…..

Allah pula akan mewariskan syurga miliknya itu kepada para ahli syurga. Allah ingin mewariskan syurga ini kepada kita sepertimana tanah yang diwariskan oleh mereka yang telah meninggal dunia.

Maryam [63] Itulah taman Syurga yang Kami akan berikan sebagai warisan pusaka kepada orang-orang yang bertakwa dari hamba-hamba Kami.

Az-Zukhruf [72] Dan (dikatakan lagi kepada mereka): Inilah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan….

KLIK SINI UNTUK MENANG HADIAH