Pengumuman Keputusan SPM 2012 Pada 21 Mac

KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2012 AKAN DIUMUMKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PADA 21 MAC

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan diumumkan pada 21 Mac 2012 minggu depan. Pengumuman analisis keputusan itu pula akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Kementerian Pelajaran pada pukul 9 pagi di hari yang sama.

Para calon sudah boleh mendapatkan keputusan rasmi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka pada pukul 10 di sekolah masing-masing. Manakala keputusan calon persendirian SPM akan dimaklumkan melalui pos ataupun mereka boleh menghubungi sendiri Jabatan Pelajaran Negeri di negeri masing-masing.

Keputusan SPM 2012 ini juga boleh disemak dengan mudah menerusi SMS. Cara untuk menyemak keputusan menerusi SMS adalah seperti berikut :

SMSNo Kad PengenalanNo Angka Giliran
Hantarkan ke 15888

Perkhidmatan keputusan SPM menerusi SMS itu akan diaktifkan mulai 10 pagi 21 Mac 2012 hingga 12 tengah malam pada 27 Mac 2012.

Harap-harap tahun ini keputusan SPM di sekolah aku semakin meningkat. Walaupun tahun aku dah lama berlalu, tapi rasa puas bila dapat tengok nama sekolah aku tersenarai antara sekolah terbaik bagi keputusan SPM 2012.

Good luck untuk adik-adik SPM seluruh Malaysia!