Posted by: Habib Ahmad | 19 Mac 2012

Hukum Sambutan Hari Kelahiran RasūlulLāh Ṣ.‘A.W

Hukum Sambutan Hari Kelahiran RasūlulLāh Ṣ.‘A.W

Posted on Februari 17, 2012

0

 

Di bulan Rabī‘-ul-Awwal terdapat golongan yang mengadakan perayaan sambutan Hari Kelahiran RasūlulLāh Ṣ.‘A.W (mawlid-ur-rasūl) dan mereka mengalunkan nasyid dan puji-pujian . Persoalannya, adakah RasūlulLāh Ṣ.‘A.W dan para sahabat menyambut hari kelahiran baginda? Dan, apakah hukum Islam tentang perkara ini?

*Jawapan :

Perayaan mawlid-ur-rasūl tidak pernah dilakukan oleh para salaf-us-ṣālih di kurun ketiga yang pertama [1], meskipun mereka mengagungkan dan menyayangi RasūlulLāh Ṣ.‘A.W di mana kecintaan (dan kasih-sayang) mereka kepada baginda sama sekali tidak dapat ditandingi oleh umat Islam masa kini.

Walau bagaimanapun, ia (sambutan tersebut) adalah aktiviti yang elok jika pelakunya mempunyai tujuan yang baik menghimpunkan orang-orang yang ṣālih dan berṣalawat ke atas RasūlulLāh Ṣ.‘A.W, memberikan makanan kepada golongan fakir dan miskin, dan ianya diberikan pahala oleh الله dengan syarat perlakuan tersebut (memberikan makanan) dilakukan sepanjang masa (tidak terhad ketika sambutan mawlid-ur-rasūl sahaja).

Imām Ash-Shāfi‘īy r.ḥ (meninggal 204H) berkata : “Perkara-perkara baru itu terbahagi kepada dua, pertamanya, apa-apa perkara baru yang menyalahi kitāb (Al-Qur’ān) atau sunnah atau āthār atauijmā‘, maka ia adalah bid‘ah yang sesat; dan keduanya, apa-apa perkara baru yang baik yang tidak menyalahi salah satu yang tersebut, maka ia adalah perkara baru yang tidak dicela.” ‘Umar r.‘a berkata tentang mendirikan (ṣalāt tarāwīḥ di bulan) Ramaḍān: “Sebaik-baik bid‘ah ialah ini.” Maksud beliau ialah perkara demikian adalah hal yang baru, tidak pernah ada sebelum ini. Disebabkan ia adalah begitu (bid‘ah yang baik), ia tidaklah boleh ditolak apa-apa (hukum) yang telah lalu. Maka, bid‘ah yang baik itu telah disepakati akan keharusan melakukannya dan galakan kepadanya dengan harapan mendapat pahala bagi mereka yang mempunyai niat yang baik padanya, iaitu setiap perkara baru yang berbetulan dengan kaedah-kaedah sharī‘ah tanpa menyalahinya sesuatu pun, tentulah tiada kemudaratan dari segi shara‘ untuk melakukannya.

Dan, sambutan dengan dhikir-dhikir yang baik telah thābit dan mempunyai asal dari segi shara‘, di mana terdapat riwayat daripada Ibnu ‘Abbās r.‘a: “Bahawa Nabīy Ṣ.‘A.W ketika baginda tiba di Madinah, baginda dapati mereka sedang berpuasa sehari, iaitu ‘Āshūra’. Lalu, mereka berkata: “Ini adalah hari yang agung, dan iaitu hari الله melepaskan Mūsā ‘a.s dan menenggelamkan keluarga Fir‘aūn, maka Mūsā ‘a.s berpuasa sebagai tanda syukur kepada الله.” Maka baginda (RasūlulLāh Ṣ.‘A.W) bersabda (mafhūmnya): “ Aku lebih utama dengan Mūsā ‘a.s berbanding mereka.” Baginda kemudiannya berpuasa, dan baginda mengarahkan dengan berpuasa (pada hari tersebut) [2].”

Sebab itu, dapatlah difahami daripada perbuatan tersebut (puasa) sebagai tanda syukur kepada الله تعالى atas apa-apa yang telah Dia anugerahkan pada hari tertentu daripada limpahan nikmat atau penolakan bencana dan dikira demikian itu pada seumpama hari tersebut setiap tahun.

Dan, (menyatakan) kesyukuran kepada الله تعالى boleh terhasil dengan pelbagai bentuk ibadat seperti puasa, sedekah, dan membaca Al-Qur’ān, dan adakah nikmat yang lebih agung yang telah الله kurniakan kepada kita selain daripada kelahiran Nabīy Ṣ.‘A.W yang membawa raḥmat pada hari tersebut? Firman الله تعالى yang bermaksud : “Demi sesungguhnya الله telah mengurniakan kepada orang-orang yang beriman apabila Dia telah mengutuskan seorang rasūl untuk mereka ,dia daripada kalangan mereka sendiri, dia membacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, dan dia membersihkan mereka, dan dia mengajarkan mereka Al-Kitāb dan ḥikmah, dan meskipun mereka sebelum (ini) berada di dalam kesesatan yang nyata.” – Sūrah ’Āli ‘Imrān:164

Berdasarkan apa-apa yang telah disebut sebelum ini dan perkara yang dibangkitkan oleh penyoal, maka sesungguhnya sambutan kelahiran Nabīy Ṣ.‘A.W itu tidaklah ditegah oleh shara‘, kerana terdapat padanya penzahiran rasa keseronokan dan kegembiraan dengan kelahiran Nabīy Ṣ.‘A.W, serta memberikan peringatan kepada umat Islam dengan sīrah baginda yang mengharum dan jalannya yang sempurna dalam menyebarkan da‘wah islāmiyyah. Namun begitu, menjadi kemestian bahawa dipelihara pada sambutan tersebut pegangan yang teguh dengan adab-adab dan pedoman-pedoman Islam sehingga jadilah ia satu sambutan yang mengandungi maksud sebenar untuk menegakkan ketamadunan Islam. Misalnya, (aktiviti) pembacaan Al-Qur’ān, perbanyakkanṣalawat ke atas Nabīy Ṣ.‘A.W, mengadakan forum-forum ilmiah yang dengannya memberikan peringatan kepada umat Islam mengenai sīrah baginda Ṣ.‘A.W, jihadnya pada jalan الله, dan juga memberikan kesedaran kepada mereka dengan sejarah Islam yang mengumpulkan para mujāhidīn,‘ulamā’ dan awliyā’. Begitu juga, wajiblah memelihara pada sambutan tersebut daripada sebarang percampuran antara lelaki dengan perempuan, dan tidaklah berlaku di dalamnya main-main dan kekacauan atau apa-apa perkara yang menyalahi ajaran Islam, dan tidak digunakan di dalamnya alat-alat yang melalaikan dan menghiburkan seperti seruling, drum, dan seumpamanya.

Nota kaki:

[1] Imām As-Suyūtīy r.ḥ (meninggal 911H), Ḥusn-ul-Maqṣid Fī ‘Amal-il-Mawlid, m.s 16, Dār-ul-Kutub Al-‘Ilmiyyah, Beirut,Lebanon
[2] Imām Bukhārīy r.ḥ (meninggal 256H), Ṣaḥīḥ-ul-Bukhārīy, Kitāb ’Aḥādīth-il-’Anbiyā’, nombor 3216

* Terjemahan bebas daripada laman sesawang Dār-ul-Iftā’ Misriyyah http://www.dar-alifta.org – Fatwa Sheikh Nasr Farīd Wāsil (Bekas Mufti Besar Republik Arab Mesir)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: