TALAQI KITAB BERSANAD & BERIJAZAH.

Insya’allah pada 1 April 2012, Hari Ahad, bertempat di Wisma Permata Desa Pandan, akan diadakan program Bertalaqi Kitab Aqidah Bersanad & Berijazah yang akan dipimpin oleh TG Ustaz Hj Zamihan Bin Hj Mat Zin al-Ghari dan TG Ustaz Hj. Rasyiq Alwi. Program ini adalah untuk memberi kefahaman kepada peserta yang berdaftar tentang betapa pentingnya memahami aqidah yang sebenar menurut kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah.Kitab yang akan digunakan ialah Kitab Jauharatu Tauhid dan Kitab Akidah Mursyidah.

Para peserta yang sudah berdaftar akan dibekalkan dengan kitab-kitab pengajian, kertas kerja dan beberapa lagi bahan bercetak.Adalah dimaklumkan bahawa program ini akan diadakan setiap dua minggu sekali iaitu pada minggu pertama dan minggu ketiga Hari Ahad.Ini bagi memudahkan para peserta merancang jadual mereka kerana didapati ada di antara peserta yang datang dari luar Lembah Kelang.Program ini juga mendapat tajaan daripada Permata 1 dan inilah julung-julung kalinya program berjadual seperti ini diadakan bagi memberi kemantapan fahaman berkenaan Aqidah kepada umat Islam.

Selain daripada pengajian bab Aqidah, pihak penganjur juga akan meneruskan program ini dengan pengajian Tasawwuf dan Feqah juga.Semoga program seperti ini dapat dimenafaatkan oleh setiap peserta yang hadir dan menyebarkan kepada masyarakat Islam tentang Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.