Mendidik Anak dengan Benar – Al-Habib Umar bin Hafidz – Tarim Hadramaut
Setelah masa kelahiran, tibalah masa untuk memberikan pemahaman terhadap anak tentang jalan hidup yang lurus dan hal-hal yang dapat menyesatkan dalam kehidupan ini. Semua itu karena dalam kehidupan ini seseorang bisa jadi akan beramal dalam kebaikan dan petunjuk, atau tergelincir dalam kejelekan dan kesesatan.
Sebab itu menjadi kewajiban setiap orang yang berakal untuk memiliki pemahaman dan kesadaran yang baik atas peran penting yang ada di hadapan anak-anak. Lalu persiapkan mereka untuk memahami makna jalan hidup yang ditetapkan Allah SWT, agar mereka menjalani hidup di bawah cahaya ilahi, dan tidak disesatkan oleh jalan hidup duniawi.
Dalam buku ini, Habib Umar bin Hafiz menjelaskan kepada kita pentingnya memperhatikan pendidikan anak, dan membimbing kita agar menjadi orang tua teladan dalam mendidiknya.
Buku ini lebih menarik lagi, ketika beliau menjelaskan karakter anak dari lahir hingga melewati masa baligh, dann bagaimana cara menghadapi mereka dalam usia itu.
Salam ustaz.
Saya ada anak lelaki usia remaja yg bersekolah di sekolah kelolaan Syeikh ……Sejak bersekolah apabila pulang ke rumah dia akan bercerita yg Syeikh cakap Nabi Muhammad SAW suka buat itu dan ini dan dia akan cuba mengikutnya.Apabila berjalan diKL apabila dia nampak sesuatu perkara yg tidak menepati syariat dia akan berkata yg perkara itu tidak baik.Apabila ipar2 saya melihat anak saya begitu,mereka berkata yg anak saya taksub dengan Syeikh …….Mereka berpesan dgn suami saya supaya menasihati anak saya supaya jgn melebihkan syeikh dari Nabi Muhammaemad SAW.Tapi bagi saya anak saya tidak begitu.Anak saya menjadikan Syeikh ….. hanya sebagai idolanya.Dia bercita-cita mahu menjadi seperti Syeikh bila dewasa nanti.Apa yg Syeikh cakapkan adalah perkara yg baik2 yg dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
Saya sangat sedih bila mereka terus menganggap anak saya taksub tanpa mengenali Syeikh ……. atau pun tanpa mengenali sikap anak saya selepas bersekolah disitu.Anak saya berubah menjadi seorang remaja yg menghormati saya sebagai ibu.Mereka juga risau apabila saya bercadang utk menghantar anak ke3 saya ke sekolah yg sama.
Saya hanya meluahkan rasa sedih saya disini.Saya berdoa agar Allah swt beri kekuatan pada saya.
Eloklah dia taksub kepada gurunya dari taksub kepada Artis2 barat dan pelaku maksiat, tiada salahnya beliau menjadikan gurunya sebagai idola selagi ianya tidak bertentangan dengan syariat, nak cerita bab taksub ramai yg taksub seperti mereka2 yg taksub kepada Pemimpin2 politik sanggup mempertahankan apa sahaja baik betul @ salah…Ibubapa kena tabah dalam menghadapi caci maki masyarakat, yang penting anak kita selamat di dunia dan akhirat, pengalaman yang puan hadapi ana dah banyak kali dengar dari sahabat2 ana bila mereka hantar anak2 mereka ke pondok dan sebagainya…tak jamin masa depanlah ..nanti tak ada kerja laa dah macam2 lagi …mereka bukan nak tolong kita pun kalau kita hadapi masalah…kalau hantar sekolah biasa budak tu jadi hantu ada mereka nak tolong ?….masyarakat suka salahkan orang lain tapi diri sendiri belum tentu betul….elok puan sibukkan diri dengan menyertai majlis2 ilmu di yayasan sofa,darul Murtadza, Yayasan al Jenderami , Ba’alawi kl dan sebagainya yang bergaul dengan muslimat2 yang baik2 yang tidak suka mengumpat dan bersangka buruk kepada orang lain…jemaah yang suka berzikir,bertasbih,berselawat kepada Allah dan Rasul. Rujuk kisah ni ke http://www.facebook.com/pondokhabib.
assalamualaikum…cammana nak tempah buku ni?
Salaam, kami dari kedai buku AsSunnah ada juga menjual buku ini dengan harga RM15. alamat kedai kami adalah 36, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam (berhadapan dgn Stadium Bola Selangor, Shah Alam) atau hubungi Hamzah 0192982877 atau Khairul 0163306300