SUMBANGAN PENGANUT AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DI ASIA TENGGARA KEPADA TAMADUN – KEMAJUAN KESELAMATAN DAN KEAMANAN : PENGALAMAN MALAYSIA
Oleh
Datuk Hj Wan Zahidi bin Wan Teh
Mufti Wilayah Persekutuan
CABARAN-CABARAN SEMASA
Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia sedang berhadapan dengan beberapa cabaran fahaman, aliran dan puak yang bertentangan dengan pegangannya, dan boleh menimbulkan perpecahan dan pergaduhan sesama umat Islam yang bakal membawa kepada kelemahan dan kehancuran ummah. Antara cabaran-cabaran tersebut ialah :
a. Syi’ah ;
Sejak Syiah berjaya menubuhkan negara di Iran, Malaysia tidak terkecuali daripada terkena tempias apa yang mereka namakan sebagai “mengekspot revolusi” yang membawa maksud menyebarkan faham Syiah di negara-negara yang majoriti penduduknya terdiri daripada pengikut Ahli Sunnah. Bagi menghadapi gelombang pensyiahan ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang diadakan pada 24 – 25 September 1984 memperakukan bahawa “Ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain dairpada pegangan Ahli Sunnah Wal Jammah adalah dilarang”.
Namun demikian mereka bergerak secara sulit dan berjaya mempengaruhi sebahagian pengikut Ahli Sunnah. Dengan menggunakan senjata “taqiyah”, para pendakyah syiah menjalankan kegiatan mereka dengan menyamar sebagai peniaga, pelajar dan sebagainya.
b. Assalafiyyah : Pada hakikatnya gerakan ini adalah merupakan fenomena umum yang menimbulkan masalah di banyak negara dan komuniti Islam di seluruh dunia. Misalnya, Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim menulis risalah khusus bagi menjelaskan kekeliruan yang ditimbulkan oleh gerakan ini di Mesir yang berjudul “ Gerakan Aslafiyyah masa kini “ Hendak ke mana?”. Dalam risalah berkenaan antara lain beliau menulis:
“ Kita sekarang sedang berhadapan dengan satu gelombang taufan yang melanda secara membuta tuli, dengan pelbagai dakwaan dan dakyah yang memaklumkan bahawa sebahagian besar umat Islam terkeluar daripada agama Allah ….. hingga memporak-perandakan keluarga, anak menuduh bapanya kafir dan syirik, anak perempuan menderhaka kepada bapa dan menganggapnya ahli bid‟ah dan fasik. Ada juga berlaku wanita berkahwin dengan lelaki lain tanpa perceraian yang sah dengan suaminya kerana percaya bahawa perkahwinan dengan suami pertamanya tidak sah disebabkan dia seorang kafir ……”
Gejala-gejala “ghuluw” atau ekstrem dalam pemikiran kelompok ini dapat dilihat dalam tulisan-tulisan berikut :
1. Dr. Nasir Bin Abdul Karim al-Agl dalam bukunya ( Islamiah La Wahhabiah ) membuat dakwaan berikut :
– Orang yang bertawasul dengan orang-orang soleh dalam memohon hajat kepada Allah adalah melakukan syirik besar, serta halal darah dan hartanya.
– Mereka yang berkumpul untuk membaca ratib dan bertawasul boleh diperangi;
2. Muhammad Ahad Basymil menyatakan dalam bukunya ( Kaifa Nafham Tauhid ) bahawa Abu Jahl dan Abu Latib lebih mentauhidkan Allah daripada orang Islam yang bertawasul dengan para ambiya” dan salihin :
3. Salih Fawzan bin Abdullah Al-Fawzan menyatakan dalam bukunya ( Min Masyahir ) bahawa : Asyariyyah dan Maturidiyyah bukan daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah :
4. Ali bin Muhamad Bin Sinan dalam bukunya ( AlmAjmuk AlmAdid ) menyeru supaya dipercayai tariqat-tariqat sufi sebelum memerangi Yahudi
5. Dr. Salih Bin Fawzan Al-Fawzan dalam bukunya ( Kitab Tauhid ) menyatakan bahawa:
– Merayakan Maulud Nabi s.a.w. adalah bid‟ah dan menyerupai orang-orang Kristian, serta dilakukan oleh ulama yang menyesatkan.
– Merayakan Isra‟ dan Mi‟raj dan tahun Ma’al Hijrah adalah bid‟ah (m/s 120)
– Membaca Fatihah untuk orang mati adalah bid‟ah (m/s 120)
Demikianlah kita lihat bagaimana pemikiran-pemikiran seperti ini bukan sahaja bertentangan dengan prinsip wasatiyyah yang menjadi roh kepada akidah dan pegangan Ahli Sunnah tetapi juga boleh menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, seterusnya membawa kepada pergolakan hingga menyebabkan berlaku pergaduhan di antara orang-orang Islam.
Di Malaysia, isu-isu yang ditimbulkan oleh kelompok ini masih berlegar di sekitar perkara furuk dan khilafiah seperti membaca tahlil, membaca surah yassin malam Jumaat, menyebut lafaz niat sembahyang, perayaan-perayaan Maulud Nabi s.a.w. dan sebagainya. Namun pada hemat saya gerakan ini tidak boleh dipandang ringan. Ia boleh dianggap seperti syararah atau percikan bunga api, yang boleh membesar dan membakar jika tidak di tangani lebih awal kerana tokoh-tokoh yang disebutkan di atas adalah sumber rujukan kelompok ini di luar negara. Pada kebiasaannya pembawa fahaman seperti ini mengambil pendekatan tadarruj atau berperingkat dengan membawa perkara yang lebih ringan terlebih dahulu dan menyembunyikan perkara yang lebih berat sehingga kedudukan mereka kukuh.
PENUTUP
Daripada pembentangan di atas dapat disimpulkan bahawa Islam di Malaysia adalah paduan daripada manhaj Asyariyyah, Shafiiyyah dan Sufiyyah. Ketiga-tiga unsur ini menjadi asas kepada kekuatan umat dalam menempuh gelombang pasang surut serta jatuh bangun kerajaan-kerajaan Melayu Islam sebelum merdeka, serta cabaran-cabaran terhadap akidah daripada gerakan Mubalikh Kristian dan Komunisme.
Jika kita menoleh kembali ke salah satu periode dalam sejarah Islam ketika umat Islam berusaha merampas kembali Baitulmaqdis daripada tangan tentera salib maka formula inilah juga yang digunakan oleh pemerintah Ayyuby. Usaha pertama yang dilakukan oleh Solahuddin ialah mengembalikan mesir kepangkuan Sunni dengan Mazhab Asyariyyah dalam akidah dan Syafiyyah dalam fikah. Beliau sendiri adalah Asyariyyah Syafiiyyah. Sheikh Qutbuddin Annisaburi mengarang kitab khusus untuknya dalam akidah Asyariyyah. Salahudin sentiasa membacanya dan mengajarkan kepada anak-anaknya. Bagi mengukuhkan mazhab Sunni, beliau menubuhkan madrasah-madrasah Syafiiyyah Asyariyah seluruh negara. Antaranya yang terpenting ialah “Madrasak Assalahiyyah” berhampiran makam Imam Syafii. Dengan usaha ini, fikrah umat dapat disatukan. Namun demikian Sultan Solehuddin tetap menghormati mazhab-mazhab Sunni yang lain. Ini terbukti dengan penubuhan “Madrasah Ass‟uyufiyyah untuk pengikut Mazhab Hanafi di samping Madrasah Assalahiyyah. Dan salah seorang penasihat penting beliau ialah Muwaffaquddin Abdullah Bin Qudamah, seorang ulama besar Mazhab Hambali.
Sultan Solahuddin memberi perhatian kepada madrasah Sufiyyah dalam pembinaan Syakhsiah Muslim. Para pembantunya dalam bidang pengurusan negara dan ketenteraan terdiri daripada mereka yang mendapat latihan daripada madrasah-madrasah yang ditubuhkan oleh pengikut-pengikut Al-Qadiriyyah dan Ar-Rafriyyah. Manakala beliau sendiri mengamalkan cara hidup sunyi.
31
Demikianlah serba sedikit coretan pengalaman Ahli Sunnah di Malaysia yang berteraskan fahaman Asyariyyah, Syafiyyah dan Sufiyyah. Kombinasi ini telah berjaya mempertahankan akidah, mengharungi pasang surut dan jatuh bangun pemerintahan dan membina tamadun bagi menjamin keselamatan, kelangsungan dan kedaulatan umat pada masa kini dan akan datang.
Kuala Lumpur : 11 Rabiul Akhir 1432H
16 Mac 2011
Rujuk teks penuh Mufti Wilayah tersebut di laman rasmi Kementerian Agama Brunei http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=144&pg=986&ac=1595&bb=132186
Assalamualkom,
Wahhabi dan Syiah adalah merupakan ancaman yang paling bahaya berbanding ancaman lain.Pergerakkan kumpulan Syiah nampak agak terbatas tetapi Wahhabi begitu bebas seolah-olah tiada bahayanya. Pendokong Wahhabi pula ramai di kalangan pensyarah Universiti juga pegawai atasan. Malah ramai pula yang bertugas di Jabatan Hal Ehwal Islam
di negeri-negeri.
Niat baik pihak telivisyen mengadakan rancangan keagamaan patutlah dipuji namun penceramah atau pengendali jemputannya ada dari kalangan pendokong Wahhabi. Cumanya mereka tidak begitu ketara tetapi kita perasan. Mungkin sekarang tidak ketara tetapi akan datang?
Di setengah tempat sudah berlaku pengasingan jemaah, pengasingan musholla atau surau. Keadaan lebih burok mungkin berlaku andai kata tiada tindakan segera diambil. Lagi membimbangkan kumpulan Wahhabi mensasarkan golongan muda sebagai pengikut mereka.
Persoalannya dimanakah pihak PENGUATKUASAAN. Apakah tindakan JAKIM dan Jabatan2 Agama Islam negeri. Di negara kita jelas fahaman Wahhabi juga di ketegorikan sebagi ajaran sesat namun banyak juga buku
tulisan puak-puak ini di pasaran. Apakah buku-buku agama yang di terbitkan atau dipasaran tiada saringan atau tapisan.
Diharap tindakan segera secara holistik dapat dilakukan oleh pihak berkuasa ugama terutama Menteri yang makan gaji untuk menjaga agama.
Tidak lupa juga semua mufti2 selain mufti Perlis di semua negeri dan di Istana negara dan juga semua pegawai Jabatan Agama Islam -JAKIM dan Negeri – perlu mencari methode bagi mencegah fahaman sesat ini merebak dengan lebih luas lagi di Malaysia ini. Tuan-tuan selaku alim ulama yang berauthority, berkuasa dari segi undang2 mestilah bertanggungjawab. Jangan hanya setiap bulan tahu mengambil gaji saja atau pun hanya mengendalikan kasus remeh. Ingatlah di akhirat nanti tuan-tuan akan di tanya.