Keputusan UPSR 2011 Dikeluarkan Pada 17 November

SEMAKAN KEPUTUSAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH 2011 BOLEH DIBUAT PADA 17 NOVEMBER 2011.

Info kepada calon-calon UPSR 2011.Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 17 November 2011 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Pada tahun ini seramai 497,691 orang calon telah menduduki UPSR di 8,235 pusat peperiksaan di seluruh negara.Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama

Tahniah diucapkan kepada adik-adik yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang,dan pastinya akan terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di sekolah- sekolah yang terbaik seperti SBP mahupun MRSM