HIMPUN 1Juta Umat di Stadium Shah Alam 2pm Sabtu 22/10/2011

Posted on 20 Oktober 2011 by Ustaz Halim

Pada hari Sabtu 22.10.2011 pukul 2pm ini, satu perhimpunan yang dinamakanHIMPUN 1-juta Umat akan diadakan bertema “Selamatkan Akidah Umat”. Semua dijemput hadir.

Stadium Shah Alam

Umat Islam di Malaysia dituntut bangun menentang dan membenteras usaha daiyah Kristianisasi yang rancak dirancang, berlaku dan berjaya dilakukan di tanahair Islam, Malaysia, menyalahi Islam sebagai Agama Persekutuan. Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Barangsiapa yang melihat kemunkaran, maka hendaklah dia merubahnya dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu maka ubahlah dengan lidah (bercakap) dan jika dia tidak mampu, maka hendaklah dia ubah dengan hati (rasa tidak setuju tanpa berbuat apa-apa yang nampak). Itu (merubah dengan hati) adalah Iman yang paling lemah” (Hadis).

Segelintir orang akan berkata tidak perlu berhimpun, bahkan memadai dengan usaha dakwah digiatkan untuk berdepan dengan daiyah gerakan Kristianisasi. Pandangan ini tidak boleh diterima samada disegi realiti, undang-undang maupun lagik akal.

Kita mengetahui bahawa tidak ada paksaan dalam memasuki atau memeluk Agama Islam. Ini disebut oleh Allah swt didalam Al-Quran. Akan tetapi ia adalah berkaitan dengan hati dan akidah yang tidak boleh dipaksa-paksa. Ia mesti dilakukan dengan dakwah dan cara-cara penuh hikmah. Firman ALlah swt bermaksud, “Tiada paksaan dalam (menganut) agama Islam” (Al-Quran). Akan tetapi Islam mewajibkan umat untuk diperintah dibawah Sistem Islam. Firman Allah swt bermaksud, “Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan jadilah semua agama (sistem dan undang-undang) menjadi milik Allah (Sistem Islam)” (Al-Quran). Diantara Sistem Islam ialah ia mencegah seseorang yang telah memasuki Islam untuk murtad, keluar dari agama Allah dan menjanjikan seberat-berat hukuman didunia dan Akhirat. Oleh itu sebarang usaha kearah memurtadkan orang Islam merupakan satu jenayah berat dan harus dikenakan hukuman yang berat.

Oleh itu sebagai sebuah negara yang mempunyai Islam sebagai Agama Persekutuan atau Agama Negara, iaitu Malaysia sebagai salah sebuah negara yang menganut agama Islam hendaklah mengaktakan Murtad sebagai satu jenayah dan mereka yang berusaha memurtadkan orang Islam juga dianggap satu jenayah yang berat. Oleh tu HIMPUN bukan sahaja boleh menanam kesedaran dan keyakinan diri kepada rakyat Malaysia bahawa mereka tidak duduk diam terhada pendakyah-pendakyah, pertubuhan-pertubuhan dan menyusun mereka dan Negara-negara Luar yang mendokong mereka, bahan ia juga boleh memberi dorongan kepada pemimpin dan wakil-wakil rakyat umat Islam agar bersuara di DUN dan Parlimen seterusnya melakukan sesuatau untuk menyekat kemaraan dakyah Kristianisasi, samada dengan menggerakkan agensi-agensi dibawahnya, mendorong pertubuhan-pertubuhan bukan-Kerajaan maupun menggubal akta-akta yang boleh melindungi orang-orang Islam dari serangan yang halus tersebut.

Moga ALlah swt memelihara umat Islam dari akidah yang sesat lagi menyesatkan, menjadikan Umat Islam sebagai umat contoh kepada semua agama dan negara lain. Ameen.

 

Ustaz Halim  http://www.inijalanku.wp.com

..

.

.

.

Pengerusi Bersama Himpun, Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, pihak sekretariat akan mengumpulkan seberapa ramai masyarakat Islam daripada pelbagai latar belakang atas semangat persaudaraan demi mempertahankan akidah yang satu.

Sesungguhnya beliau berkata, dorongan perhimpunan itu bertitik-tolak daripada keprihatinan terhadap amanah dan tanggungjawab kepada Allah atas kepentingan akidah tauhid yang satu dan bukan menyentuh untuk kepentingan mana-mana parti politik.

”Namun begitu, ingin saya jelaskan di sini bahawa kehadiran parti-parti politik termasuk seluruh kepimpinan dan ahlinya adalah amat dialu-alukan. Oleh itu, kami terus membuka undangan kepada semua kepimpinan Islam dari semua parti politik supaya turut serta dalam perhimpunan ini.

”Kami benar-benar mengharapkan semua pihak memahami bahawa isu yang hendak ditampilkan oleh Himpun ini berkaitan dengan persoalan mempertahankan akidah umat Islam daripada tergugat, pada masa sama mengekalkan keharmonian antara kaum dan agama di negara ini,” katanya

 

http://inijalanku.wordpress.com/2011/10/20/himpun-1juta-umat-di-stadium-shah-alam-2pm-sabtu-22102011/