Haram Belajar Ilmu Usuluddin Daripada Orang Yang Tidak Mahir dan Tanda Orang Yang Sesat
Telah berkata ulama’: “Haram belajar ilmu Usuluddin daripada orang yang tiada mahir ilmunya dan tiada mengambil daripada gurunya. Maka adalah pada zaman sekarang ini beberapa daripada manusia yang mendakwa dirinya ‘alim yang mengajar ia akan manusia yang awam dengan pengajaran yang menyesatkan hamba Allah.

(Dan setengah) daripada mereka itu yang berpegang dengan ayat Qur’an yang Mutasyabihat atau Sunnah yang Mutasyabihat, pada hal tiada dilintangkan dengan qawathi’ ‘aqliyyah dan naqliyyah yang muhkamat tetapi mengambil mereka itu dengan zhawahir ayat yang mutasyabihat. Maka jadi jatuh mereka itu pada laut kuffur, maka sesat mereka itu dan menyesatkan mereka itu akan manusia yang awam. A’uzu Billah min zalik. Maka adalah mereka itu seperti dajjal atau terlebih jahat lagi daripada dajjal.”

Sumber: Kitab ‘Aqidatul Najin Fi ‘Ilmi Ushuliddin – Asy-Syeikh Zainal ‘Abidin Bin Muhammad Al-Fatoni (Tuan Minal)

*************

Berkata Al-Fadhil Muhyiddin Muhammad Ghazali ibn Haji ‘Abdullah, di dalam kitabnya “Risalah Panduan Sifat Dua Puluh” halaman 2, iaitu:

Adapun sebahagian pelajaran di zaman sekarang ini mengatakan bahawa sifat dua puluh itu adalah Falsafah Greek. Maka perkataan itu adalah keluar daripada perkataan orang yang terpengaruh dengan kebesaran dunia dan kemegahan dunia, jangan terpedaya dengan perkataan itu, itulah dia dajjal zamani namanya.