NGO dakwa JAIS temui bukti dokumen
Ogos 9, 11 2:31pm
Kongsi

5

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) didakwa menemui bukti berupa dokumen memuatkan 12 soalan kuiz berhubung Islam yang didakwa mengelirukan dalam serbuan di Gereja Mathodist Damansara Utama (DUMC) Petaling Jaya.

Persatuan Pusat Perubatan Universiti Malaya Dr Dzulkhaini Hussain mendakwa, soalan itu antaranya bertanyakan tentang malaikat yang menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad, maksud Islam, Muslim dan Quran, lapor Berita Harian.

Dr Dzulkhaini mendakwa, apabila JAIS dan polis masuk membuat pemeriksaan selepas menunggu 20 minit, pihak gereja didakwa mengoyak dan membuang kertas itu dalam tong sampah.

“Serpihan kertas dibuang dalam tong sampah itu berjaya ditemui dan persoalannya ialah kenapa perlu takut jika tidak berbuat salah,” beliau dipetik sebagai berkata.

Dr Dzulkhaini dilaporkan bercakap bagi pihak 45 NGO Islam Selangor

http://www.malaysiakini.com/news/172437