Doakan Ibubapa Untuk Murah Rezeki

Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila seseorang itu tidak lagi mendoakan kedua ibubapanya, sesungguhnya dia telah memutuskan jalan rezekinya”. (Hadith Riwayat Ad-Dailami) Ibulah yang penat dan bersusah payah mengandungkan anak di dalam rahimnya, manakala bapalah yang memberikan benihnya.
Luqman [14] Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
Selalulah berdoa kepada kedua ibubapa dan balaslah jasa baik mereka, lebih-lebih lagi jasa ibu yang susah payah mengandungkan kita. Berdoalah untuk mereka agar diampunkan dosa-dosa mereka terutamanya setelah selesai sembahyang.
http://nasbunnuraini.wordpress.com/2011/07/28/doakan-ibubapa-untuk-murah-rezeki/