Posted by: Habib Ahmad | 23 Jun 2011

ISRAK MIKRAJ DAN KEBANGKITAN UMMAH

ISRAK MIKRAJ DAN KEBANGKITAN UMMAH Siri 1
Oleh: Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah
@font-face { font-family: Cambria Math; } @font-face { font-family: Calibri; } @font-face { font-family: Traditional Arabic; } @page Section1 {size: 8.5in 11.0in; margin: 1.0in 1.0in 1.0in 1.0in; mso-header-margin: .5in; mso-footer-margin: .5in; mso-paper-source: 0; } P.MsoNormal { LINE-HEIGHT: 115%; MARGIN: 0in 0in 10pt; FONT-FAMILY: “Calibri”,”sans-serif”; FONT-SIZE: 11pt; mso-style-unhide: no; mso-style-qformat: yes; mso-style-parent: “”; mso-pagination: widow-orphan; mso-ascii-font-family: Calibri; mso-ascii-theme-font: minor-latin; mso-fareast-font-family: Calibri; mso-fareast-theme-font: minor-latin; mso-hansi-font-family: Calibri; mso-hansi-theme-font: minor-latin; mso-bidi-font-family: Arial; mso-bidi-theme-font: minor-bidi } LI.MsoNormal { LINE-HEIGHT: 115%; MARGIN: 0in 0in 10pt; FONT-FAMILY: “Calibri”,”sans-serif”; FONT-SIZE: 11pt; mso-style-unhide: no; mso-style-qformat: yes; mso-style-parent: “”; mso-pagination: widow-orphan; mso-ascii-font-family: Calibri; mso-ascii-theme-font: minor-latin; mso-fareast-font-family: Calibri; mso-fareast-theme-font: minor-latin; mso-hansi-font-family: Calibri; mso-hansi-theme-font: minor-latin; mso-bidi-font-family: Arial; mso-bidi-theme-font: minor-bidi } DIV.MsoNormal { LINE-HEIGHT: 115%; MARGIN: 0in 0in 10pt; FONT-FAMILY: “Calibri”,”sans-serif”; FONT-SIZE: 11pt; mso-style-unhide: no; mso-style-qformat: yes; mso-style-parent: “”; mso-pagination: widow-orphan; mso-ascii-font-family: Calibri; mso-ascii-theme-font: minor-latin; mso-fareast-font-family: Calibri; mso-fareast-theme-font: minor-latin; mso-hansi-font-family: Calibri; mso-hansi-theme-font: minor-latin; mso-bidi-font-family: Arial; mso-bidi-theme-font: minor-bidi } .MsoChpDefault { mso-ascii-font-family: Calibri; mso-ascii-theme-font: minor-latin; mso-fareast-font-family: Calibri; mso-fareast-theme-font: minor-latin; mso-hansi-font-family: Calibri; mso-hansi-theme-font: minor-latin; mso-bidi-font-family: Arial; mso-bidi-theme-font: minor-bidi; mso-style-type: export-only; mso-default-props: yes } .MsoPapDefault { LINE-HEIGHT: 115%; MARGIN-BOTTOM: 10pt; mso-style-type: export-only } DIV.Section1 { page: Section1 } Sebenarnya ulama dunia Melayu sejak dulu lagi secara berterusan sampai sekarang memang tidak pernah sunyi dari “kebangkitan” dalam pelbagaian kepentingan Islam, bangsa dan tanah air Melayu. Kebangkitan ulama adalah merupakan sebagai api pembakar “kebangkitan ummat Islam dunia Melayu“.
Kebangkitan ulama dunia Melayu sebagai penjana kepelbagaian ilmu pengetahuan melalui institusi pendidikan dan penulisan termasuk penulisan tentang Isra‘ dan Miraj telah dilakukan abad ke-15 lagi. Di antara ulama yang menulis mengenai Isra‘ dan Miraj ialah Syeikh Nuruddin ar-Raniri, Syeikh ‘Abdur Rauf bin ‘Ali al-Fansuri, Syeikh ‘Abdus Shamad al-Falimbani, Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani, dan lain-lain. Ulama yang paling banyak menulis tentang Isra‘ dan Miraj dibintangi oleh Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani, di antara  karya-karya beliau mengenai ini ialah  Kifayatul Muhtaj, bahasan dalam bentuk lain beliau tulis dalam   Jamul Fawaid dan bahasan ditinjau dari segi tafsir, hadits dan ‘aqidah beliau muat dalam karyanya   Ward az-Zawahir.       Oleh sebab suasana “Munaqasyah Sufi Peringkat Kebangsaan 2004”, yang saya sebut di atas, yang membicarakan kerohanian yang  belum lama meninggalkan kita, maka dalam kertas kerja ini saya cuba mengkaitkan “Kebangkitan Ummah” dalam dua corak, iaitu yang bercorak zhahiri (fizikal) dan yang bercorak bathini (mental). Saya memandang penting dan perlu menjelaskan dalam kertas kerja ini bahawa kejadian Isra‘ dan Miraj memang mengandungi kedua-dua unsur itu. Perkataan isra‘ ( إسـراء) secara umumnya telah cukup diketahui oleh umat Islam, adalah merupakan peristiwa sejarah besar dalam Islam. Dalam kerohanian Islam pula tidak digunakan perkataan  isra‘ (إسـراء) tetapi digunakan thariqah (طـريـقة). Perkataanmiraj ( مـعـراج) jika dikaitkan dengan perkataan isra‘ ( إسـراء) adalah tidak sama takrifnya dengan perkataan “miraj ( مـعـراج)”  yang digunakan untuk istilah golongan shufi. Insya Allah secara ringkas dalam kertas kerja ini akan saya sentuh secara ringkas untuk sebagai perbandingan.
Sebagai penutup Muqaddimah ini sekali lagi saya ucapkan beribu-ribu terima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Darul Khusus dan semua pihak yang terlibat dalam upacara  Isra‘ dan Miraj pada hari ini, dengan iringan doa: “Mudah-mudahan pekerjaan kita hari ini diridhai Allah dan memperoleh cucuran rahmat, berkat dan keamanan haqiqi, baik zhahiri mahu pun bathini, Amin ya Rabbal Alamin !!!.
KITAB-KITAB MELAYU/JAWI YANG MEMBICARAKAN  ISRAMIRAJ 
Di antara kitab Melayu/Jawi yang membicarakan Isra‘ dan Miraj yang dikenalpasti ditulis ulama-ulama besar dunia Melayu ialah:
1.  Kitab Israwal Miraj, diselesaikan tahun 1201 H karya Syeikh  ‘Abdus Shamad al-Falimbani. Hanya dijumpai dalam bentuk manuskrip. Belum pernah diterbitkan.
2. Kifayatul Muhtaj, diselesaikan di Makkah, pada hari Selasa, antara waktu Zuhur dan Asar, 27 Muharram 1224 H, karya Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani. Telah dicetak berulang-ulang kali dari dulu hingga sekarang. Di antara cetakan yang dirujuk sewaktu menyusun kertas kerja ini ialah cetakan yang kedua oleh Mathba‘ah at-Taraqqil Majidiyah, Makkah, 1330 H, ditashhih oleh Syeikh Idris bin Husein al-Kalantani. 
3. Jamul Fawaid, diselesaikan di Makkah, pada 1239 H, karya Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani. Mengenai Isra‘ dan Miraj diletakkan pada bahagian bulan Rejab. 
4. Ward az-Zawahir, diselesaikan di Makkah, pada  1245  H, karya Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani. Mengenai  Isra‘ dan Miraj diletakkan pada bahagian Mujizat Nabi Muhammad S.A.W
5. Al-Kaukabud Durri fin Nuril Muhammadi, diselesaikan di Makkah, waktu Dhuha, hari Ahad, 15 Sya‘ban 1304 H, karya Syeikh Muhammad bin Ismail Daudi al-Fathani. Dicetak oleh Mathba‘ah al-Miriyah al-Kainah, Makkah, 1308 H, ditashhih oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani. Cetakan ulangan diusahakan oleh Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1416 H/1996 M dan cetakan ulangan selanjutnya 1421 H/2001 M.
6. Dhau-us Siraj fi Qishshah Israwal Miraj, di Makkah, pada malam 27 Rabi‘uts Tsani 1312 H oleh Syeikh Ahmad Khathib bin ‘Abdul Lathif al-Minankabawi. Dicetak oleh Mathba‘ah al-Miriyah al-Kainah, Makkah, 1325 H, atas zimmah Syeikh ‘Abdul Majid al-Kurdi bin Syeikh Muhammad Shalih al-Kurdi al-Makki. Ditashhih oleh Syeikh Daud bin Ismail al-Jawi al-Fathani, kalimat tashhih dengan menggunakan kalimat syair Syeikh Ahmad al-Fathani. Kalimat tashhih disebutkan bertarikh awal Shafar 1326 H. Yang menarik tentang kitab ini ialah membantah beberapa pemikiran orang-orang Barat (orang putih) dalam persekitaran Israk dan Mikraj, terutama tentang langit. Selanjutnya beberapa perkara penting dalam kitab-kitab tersebut dihuraikan sebagai yang berikut:
KIFAYATUL MUHTAJ KITAB ISRAMIRAJ YANG PALING BERPENGARUH DI DUNIA MELAYU Sebagaimana pada Muqaddimah telah disebutkan bahawa sejak dulu telah terdapat penulisan tentang Isra‘ dan Miraj dalam bahasa Melayu. Di antara sekian banyak kitab yang membicarakan perkara itu yang paling besar pengaruhnya di seluruh dunia Melayu ialah Kifayatul Muhtaj oleh Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani.  Kitab ini sampai sekarang masih ada dijual di kedai-kedai kitab di seluruh dunia Melayu. Berbeza dengan Isra‘ dan Miraj karya Syeikh Nuruddin ar-Raniri, juga Isra‘ dan Miraj oleh Syeikh ‘Abdus Shamad al-Falimbani sudah lama tidak terdapat dalam pasaran kitab.
Ramai orang mengetahui bahawa kedua-dua ulama itu ada menulis mengenai  Isra‘ dan Miraj hanyalah berdasarkan kenyataan Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani dalam Kifayah al-Muhtaj kerana sewaktu menyusun kitab tersebut Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani berkali-kali menyebut nama Syeikh Nuruddin ar-Raniri dan hanya sekali menyebut nama Syeikh ‘Abdus Shamad al-Falimbani pada bahagian nota.  

Kifayah al-Muhtaj selesai ditulis oleh Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani di  Makkah al-Musyarrafah, pada hari Selasa, antara waktu Zhuhur dan ‘Ashar,  27 Muharram 1224 H. Kitab ini merupakan terjemahan Risalah Najmiddin al-Ghaithi dan syarahnya oleh Syeikh Ahmad Syihabuddin al-Qalyubi. Selain merupakan terjemah, Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani juga menggunakan kitab-kitab lain sebagai rujukan.
Setiap tahun dari dulu hingga sekarang di beberapa tempat di dunia Melayu apabila memperingati Isra‘ dan Miraj masih ramai para penceramah menggunakan Kifayatul Muhtaj. Ada orang menggunakannya sebagai rujukan, atau petikan sesuatu yang akan diceramahkan bahkan ada pula membacakannya kepada khalayak secara keseluruhan dari awal kitab hingga ke akhirnya. Ini adalah sebagai bukti begitu besar pengaruh kitab Kifayah al-Muhtaj atau pun pengaruh penyusunnya Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani.

*Insya Allah bersambung lagi pada siri seterusnya*


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: