Perkongsian dalam Majlis Bersama al-Allamah Habib Zein bin Sumaith (12 JUN 2011, Masjid Negeri, Shah Alam)
oleh Razif Fuad pada pada 13hb Jun 2011 pukul 2.15 pagi
BIODATA HABIB ZEIN BIN IBRAHIM BIN SUMAITH حبيب زين ابن ابراهيم ابن سميط
Habib Zein lahir di ibukota Jakarta pada 1357/1936. Ayahnya, Habib Ibrahim adalah ulama besar di bumi Betawi kala itu. Selain keluarga, lingkungan tempat di mana mereka tinggal pun boleh dikatakan sangat beragama.

Guru-gurunya ialah Habib Muhammad bin Salim bin Hafiz, Habib Umar bin Alwi al-Kaf, al-Allamah al-Sheikh Mahfuz bin Salim, Sheikh Salim Said Bukayyir Bagistan, Habib Salim bin Alwi al-Khird, Habib Ja’far bin Ahmad al-Aydrus, Habib Muhammad al-Haddar (mertuanya) dan ramai lagi. Selanjutnya, pada usia empat belas tahun (1950), ayahnya memberangkatkan Zain ke Hadramaut, tepatnya kota Tarim. Di bumi awliya’ itu beliau tinggal di rumah ayahnya yang telah lama ditinggalkan.

Menyedari mahalnya waktu untuk disia-siakan,beliau berguru kepada sejumlah ulama setempat, berpindah dari madrasah satu ke madrasah lainnya, hingga pada akhirnya mengkhususkan belajar di ribath Tarim. Di pesantren ini nampaknya Habib Zein merasa cocok dengan keinginannya. Di sana ia memperdalam ilmu agama, antara lain mengaji kitab ringkasan (mukhtashar) dalam bidang Fiqh kepada Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz. Di bawah asuhan Habib Muhammad pula, beliau berhasil menghafalkan kitab Fiqh buah karya Imam Ibn Ruslan, “Zubad”, dan “Al-Irsyad” karya Asy-Syarraf Ibn al-Muqri. Tak cukup di situ, Habib Zein belajar kitab “Al-Minhaj” yang disusun oleh Habib Muhammad sendiri, menghafal bait-bait (nazham) “Hadiyyahas-Shadiq” karya Habib Abdullah bin Husain bin Thahir dan lainnya. Dalam penyampaiannya, di Tarim beliau sempat berguru kepada sejumlah ulama besar. Seperti Habib Umar bin Alwi al-Kaf, Syekh Salim Sa’id Bukhayyir Bagitsan, Habib Salim bin Alwi al-Khird, Syekh Fadhl bin Muhammad Bafadhl, Habib Abdurrahman bin Hamid as-Sirri, Habib Ja’far bin Ahmad al-Aydrus, Habib Ibrahim bin Umar bin Agil dan Habib Abubakar al-Atthas bin Abdullah al-Habsyi.

Selain menimba ilmu, di sana Habib Zein banyak mendatangi majlis para ulama demi mendapat ijazah, semisal Habib Muhammad bin Hadi as-Seggaf, Habib Ahmad bin Musa al-Habsyi, Habib Alwi bin Abbas al-Maliki al-Makki, Habib Umar bin Ahmad bin Sumaith, Habib Ahmad Masyhur bin Thaha al-Haddad, Habib Abdul Qadir bin Ahmad as-Seggaf dan Habib Muhammad bin Ahmad as-Syatiri. Melihat begitu banyaknya ulama yang didatangi, dapat disimpulkan, betapa besar semangat beliau dalam rangka merengkuh ilmu pengetahuan agama, apalagi melihat lama waktu beliau tinggal di sana, yaitu kurang lebih delapan tahun. Dirasa ilmu yang didapatkan cukup, salah seorang gurunya bernama Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz menyarankannya pindah ke kota Baidhah, salah satu wilayah pelosok bagian negeri Yaman, utuk mengajar di ribath di sana sekaligus berdakwah. Ini dilakukan menyusul permohonan mufti Baidhah, Habib Muhammad bin Abdullah al-Haddar.

Dalam perjalanan ke sana, Habib Zein singgah dulu di kediaman seorang teman dekatnya di wilayah Aden, Habib Salim bin Abdullah as-Syatiri, yang saat itu menjadi khatib dan imam di daerah Khaur Maksar. Di sana beliau tinggal beberapa saat. Selanjutnya, Habib Zein melanjutkan perjalanannya. Sesampai di Baidhah, Habib Zein pun mendapat sambutan yang mesra dari tuan rumah, Habib Muhammad al-Haddar. Di sanalah untuk pertama kali ia mengamalkan ilmunya lewat mengajar.

Habib Zein menetap lebih dari 20 tahun di Rubath Baidha’ menjadi khadam ilmu kepada para menuntutnya. Beliau juga menjadi mufti dalam Mazhab Syafi’e. Setelah itu beliau berpindah ke negeri Hijaz. Selama 12 tahun Habib Zein telah bersama-sama dengan Habib Salim al-Syatiri menguruskan Rubath di Madinah. Setelah itu Habib Salim telah berpindah ke Tarim, Hadhramaut untuk menguruskan Rubath Tarim. Habib Zein di Madinah diterima ramai. Keterampilan dan wibawanya terserlah. Muridnya banyak dan terus bertambah. Dalam kesibukan mengajar dan usianya yang juga semakin meningkat, keinginan untuk terus menuntut ilmu tidak pernah pudar.Beliau mendalami ilmu Usul daripada Sheikh Zaydan al-Syanqiti al-Maliki. Habib Zain terus menyibukkan diri menuntut dengan Al-Allamah Ahmaddu bin Muhammad Hamid al-Hasani al-Syanqiti dalam ilmu bahasa dan Usuluddin.

Habib Zein seorang yang tinggi kurus. Lidahnya basah, tidak henti berzikrullah. Beliau sentiasa menghidupkan malamnya. Di waktu pagi Habib Zain keluar bersolat Subuh di Masjid Nabawi. Beliau beriktikaf di Masjid Nabawi sehingga matahari terbit, setelah itu beliau menuju ke Rubath untuk mengajar. Majlis Rauhah setelah asar sehingga maghrib

Beliau terkenal dengan gelaran “Syafie Soghir” kerana kefaqihannya dalam Fiqh Mazhab Syafie

PERKONGSIAN UTK SAHABAT2 (MAAF TAK SEMPAT SALIN KESEMUANYA, SEKADAR BEBERAPA ISI PENTING)

1. Majlis dimulakan dengan bacaan beberapa petikan ayat al-Quran oleh Imam Masjid. Antara yg saya ingat adalah
Firman Allah s.w.t bermaksud : “Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan berserah diri (muslim)”. (Surah Al-Imran:102).

Setelah pembacaan biodata al-Habib, majlis dimulakan.

2. al-Habib menegaskan kepada semua para hadirin utk mengambil iktibar dari Surah al-Asr terutamanya ayat kedua da ketiga

Firman Allah, “Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

Para sahabat tidak akan bersurai selagi tidak dibaca surah ini dan mereka sentiasa mengamalkan apa yg Allah khabarkan pada surah ini.

3. Menurut Abdullah Ibn Abbas, sabar itu ada 3 peringkat. Pertama, 300 darjat pahala (Sabar dalam ketaatan dan ibadah kepada Allah). Kedua, 600 darjat pahala (menahan dan mencegah diri dari melakukan maksiat baik maksiat mata, telinga, hati dan lain2). Ketiga, 900 darjat pahala (Sabar ditimpa musibah di saat pertama kali kena kepadanya. Samada musibah itu pada diri sendiri, keluarga ataupun sahabat2nya dan di saat itu dia mengucapkan Inna lillahi wainna ilaihi rajiuun)

4. Hati menjadi keras kerana banyaknya dosa dan makan makanan haram.

5. Sentiasalah menderma ke jalan Allah dan berusaha utk menahan marah bg mendapat kasih sayang Allah. Firman Allah

الذين ينفقون في السراء والضراء والكاظمين الغيظ والعافين عن الناس والله يحب المحسني
“Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; “(Surah ali-Imran ayat 134)

6. Dalam satu hadis Nabi, mafhumnya (saya masih tercari2 matannya. Kalau ada yg tahu, harap dapat berkongsi) “Allah mempunyai anugerah yang diberikan setiap hari. Hendaklah kamu mencarinya”

7. Antara cara2 utk peroleh anugerah itu ialah sentiasa melazimi diri dgn berdoa, berzikir dan menghadiri majlis2 ilmu

8. Allah mempunyai malaikat khas utk mencatat pahala buat org2 yg menghadiri masjlis ilmu dan diampunkan dosanya. Malaikat bertanya kepada Allah, “Bagaimana pula dengan hamba Allah yg ke majlis ilmu itu tp dirinya seorang yg sentiasa melakukan maksiat dan banyak melakukan dosa2?” Allah menjawab, itupun akan diampunkan olehNya.

9. Menjadi kewajipan bagi kita membersihkan dan menghilangkan segala perkara yg boleh menutup anugerah Allah itu dari sampai kepada kita. Antara perkara yg menghalang itu ialah derhaka kpada ibu bapa dan bermusuhan sesama saudara.

10. al-Habib menekankan juga akan kepentingan perpaduan sesama umat Islam. Sabda Nabi, ” Seorang mukmin kepada mukmin yang lain seperti satu binaan, sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

11. Perpaduan itu perlu dibina atas dasar ketakwaan. al-Habib memetik kata2 Abdullah Ibn Mas’ud, “Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, hendaklah Allah ditaati dan tidak diderhakai, diingat tidak dilupai, disyukuri tidak diingkari”. Seterusnya Saidina Ali apabila ditanya tentang taqwa, kata Saidina Ali,

الخوف من الجليل, والعمل بالتنزيل, والرضا بالقليل, والاستعداد ليوم الرحيل
Maksudnya : Takut kepada Allah S.W.T., beramal dengan apa yang diturunkan, redha dengan sedikit, dan bersiap-sedia menghadapai kematian.

Di akhirat nanti, semua manusia akan dibangunkan di pergi ke padang Mahsyar. Allah akan bertanya, siapakah dikalangan hambanya yang bertaqwa? Maka sedikit sahaja yg bangun dan kemudiannya mereka diberi panji2 dan dimasukkan ke syurga tanpa dihisab.

Al-Habib memberi amaran keras tentang perpecahan sesama Islam amat dinanti2kan oleh orang kafir. Tambahan pula dgn budaya kafir mengkafirkan yg wujud dalam masyarakat Islam kini.

12. Buah/hasil dari taqwa itu ada empat menurut al-Habib.

a) Ilmu Laduni ( ilmu yang dianugerah Allah kepada hambanya yang bertakwa dan beramal dengan ilmu yang dipelajarinya dari al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.. Oleh kerana ia adalah pemberian Allah, maka tidaklah perlu dipelajari, sebaliknya ia merupakan hasil dari amalan dan taqarrub kita kepada Allah.) Firman Allah;

وَاتَّقُواْ اللّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللّهُ وَاللّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

“Dan bertakwalah kepada Allah, nescaya Allah akan memberi ilmu kepada kamu. Allah adalah maha mengetahui tentang segala sesuatu”. (al-Baqarah, ayat 282)

b) Rezeki yang tidak disangka-disangka. Firman Allah,
Makusdnya, “dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya” (at-Talaq ayat 2-3)

c) Kemudahan dan ganjaran yg besar semasa hidup

d) al-Furqan (menurut penerangan al-Habib, al-Furqan di sini bererti cahaya di dalam hati utk membezakan antara yg hak dan yang batil)

WALLAHUALAM.