TARIM – buahati didunia.
Pada 1425 h. bersamaan 2004 m. telah direzekikan Allah kepada saya yang dhaif sampai ke
Kota orang yang cintakan Rasulullah s.a.w, Ibu Kota Habaaib,
TARIM yang terpelihara.
Saya ditolongi oleh Habib Abd.Razak ben Yahya. Tidak terperikan betapa gembiranya dan tidak menyangka saya boleh sampai juga akhirnya ke Tarim , setelah sekian lama mendengar kalimat tersebut , tetapi membuak-buak cita-cita untuk sampai menziarahinya apabila satu ketika hadir dimajlis maulid dimasjid Ba Alawi , Bukit Timah , Singapura. Melihat dan mendengar ceramah Habib Salim al Syatiri , al-Allamah, datang dari Kota Tarim , dari Rubath Tarim, Madrasah yang telah melahirkan beribu-ribu santri dan Ulamak besar dan kecil diseluruh dunia, Indonesia, Malaysia, Singapura, Negara Arab, Afrika dan sebagainya. Keluarga Syathiri telah bertanggung-jawab dengan jasa-jasa ini.
Setelah sekianlah lama , hanya dengan menatap video dan gambar saja, saya sangat terpegun bila menyaksikan video Habib Umar bin Hafez , syarahan dan ceramahnya menusuk kalbu sanubari . Menyegarkan hati. Menginsafkan. Teringin benar jika dapat berjumpa dan bercakap dengan orang mulia itu.
Rupa-rupanya telah dikabulkan Allah, dapat menziarahi Ulamak keturunan Nabi s.a.w . Lagi Soleh , lagi warak, lagi karamah, lagi berhimmah tinggi ini. Sekadar yang diperhatikan dengan kedhaifan ilmu pengetahuanku ini, adalah Setiap gerak-gerinya orang mulia Ini , adalah dalam keadaan akhlak Nabawiyah. Ini tidak keterlaluan pada anggapan saya .
Alhamdullilah kerana hajat saudara telah dikabulkan Allah. Kemarin semasa Habib Umar ke Singapura, sempat saya ke ceramahnya. Gembiranya rasa hati bila dapat mendengar suaranya dan berkesempatan hadir di majlis ceramah beliau. Kini doa saya agar dapat membawa anak saya belajar di Darul Mustafa-Tarim. Somoga sama2 kita dapat mendoakannya…..
Kota Tarim merupakan Darul ilminya para salafussholih, ingin hati ta’lim ke sana di Darul Musthofa Habib Umar bil Faqih…amin, setidak-tidaknya dapat belajar ke murid beliau di Indonesia, yakni Habib Munzir Al-Musawwa atau Habib Zindan dll amiin
subhanallah…just i wanna say it…….