Habib Hussin Ahmad Al-Haddar di Kemaman Terengganu
Saturday, 23 April 2011 04:23 admin

Tausyiah Oleh: Habib Hussien Ahmad Al-Haddar
Cucunda Habib Muhammad Al-Haddar-Kota Baidho’
Anak Murid Habib Zein Bin Ibrahim Bin Semaith
Tempat : Kemaman Terengganu
Penterjemah : Habib Najmuddin Syed Othman Al-Khered
Tarikh : 18 April 2011 Isnin

Segala puji bagi Allah swt yang memberikan hidayah kepada kita,

Hidayah yang diberikan oleh Allah bukannya senang, hidayah iman

Sehinggakan Allah swt berfirman kepada Nabi kita Muhammad saw dengan mengatakan ;

“Katakan wahai Muhammad saw yang mana kurniaan daripada Aku, Akulah yang memberikan hidayah kepada kamu”,

Maka lihatlah hidayah ini adalah merupakan nikmat yang paling besar yang diberikan oleh Allah swt,

Maka sangat dituntut untuk kita mensyukuri akan nikmat ini,

Untuk apa kita bersyukur?

Supaya ianya kekal,dan sentiasa bersama dengan kita,

Dikatakan Allah swt dalam firmannya mengatakan

“Jikalau kamu bersyukur maka akan aku tambah akan nikmat tersebut ,dan sekiranya kamu kufur sesungguhnya azabKu amat pedih”

dan juga disebutkan oleh Allah swt berfirman

“Maka ingatlah kepada Aku, Maka Aku akan ingat kepada kamu dan besyukurlah kepada aku, jangan sekali-kali kamu kufur kepada nikmatKu”

NIkmat-nikmat ini yang telah dibentangkan, dikurniakan oleh Allah swt kepada kita adalah merupakan kurniaan dan anugerah yang diberikan oleh Allah swt ,

Bukan kerana amalan-amalan kita , bukan pula kerana usaha-usaha kita, tetapi ini adalah merupakan kurniaan daripada Allah ,sehinggakan kita berpagi-pagi dengan beriman kepada Allah , berpetang-petang dengan beriman kepada Allah swt yang dikurniakan oleh Allah swt kepada kita ,

Berapa ramai daripada golongan manusia yang dikatakan mereka itu adalah orang yang terkeluar daripada ingat Allah swt , dikatakan mereka itu adalah orang-orang yang mengikut kepada jejak langkah syaitan yang mana mereka itu kufur kepada Allah swt,

Sedangkan kita semua ini berpagi-pagian dengan beriman kepada Allah swt , berpetang-petang dengan beriman kepada Allah swt ,

Tidak lain dan tidak bukan ini adalah merupakan anugerah nikmat yang cukup besar daripada Allah swt , maka peliharalah,

Bagaimana memeliharanya?

Dengan bersyukur kepada Allah swt

Dikatakan apabila kamu bersyukur sesungguhnya kamu telah mengumpulkan ataupun telah meletakkan khasiat daripada kesungguhan keimanan kepada Allah swt, apabila kamu kufur kepada Allah swt akan nikmat ini maka ketika ini kamu akan melihat azab yang amat besar.

Sesungguhnya Allah swt adalah mempunyai, Maha berkemampuan, ditetapkan oleh Allah swt, Allahlah yang telah pun mengurniakan kepada kita dengan segala anugerah ini bahkan banyaknya nikmat Allah swt yang diberikan kepada kita sehinggakan kita tidak mampu untuk mensyukuri setiap nikmat yang diberikan oleh Allah swt. lagi banyaknya nikmat itu Allah swt gambarkan dalam firmanNya

“Dan sekiranya kamu ingin untuk menghitung akan nikmat Allah maka tidak mampu untuk kamu menghitung akan banyaknya nikmat Allah swt”.

Dan dikategorikan nikmat itu kepada 3 kategori :

Yang pertama adalah nikmat yang berupa nikmat kejadian yang telah diadakan oleh Allah swt

Yang keduanya adalah merupakan daripada doa atau pun daripada permintaan

Yang ketiga adalah merupakan petunjuk daripada Allah swt.

Nikmat yang pertama itu dapatlah kita gambarkan dengan kita sendiri yang asalnya tiada tetapi diadakan, diwujudkan oleh Allah swt sebagaimana firman Allah swt

“Adakah telah sampai kepada maklumat kepada insan itu ketika mana waktu dia diciptakan oleh Allah swt sebenarnya tidak lagi ketika itu dijadikan oleh Allah swt, ketahuilah ketika mana diciptakan oleh Allah nak dijadikan oleh Allah sesungguhnya manusia itu ianya sebenarnya berpindah daripada bapa kepada ibu sehinggalah ketika itu ianya berputar dan juga mengambil daripadanya berpusing daripadanya itu sehinggalah kepada sampai kepada saat hendak dipilihkan, diciptakan oleh Allah swt daripada satu air mani yang mana disebutkan bahwa

Allah swt mengingatkan kepada kita maka lihatlah bagaimana,

kamu itu dijadikan oleh Allah swt dijadikan daripada air mani yang keluar dari belakang sulbi disebutkan bahawa ini adalah merupakan inayah daripada Allah swt yang menyebabkan daripada air mani itu dalam masa 40 hari berubah menjadi seketul daging yang mana setelah itu Allah munculkan pula berbentuk daripada manusia yang diambil daripada ciptaan nabi Adam a.s kemudian Allah meletakkan ketika itu untuk bergerak dan juga Allah ciptakan ketika itu pendengaran dan juga penglihatan semua itu adalah merupakan ciptaan Allah swt yang dikurniakan dengan kewujudan yang telah diberikan oleh nikmat kewujudan kepada kita di dalam dunia ini.

Kemudian setelah 120 hari, Allah swt mengumpulkan malaikat untuk ditiupkan roh kedalam daging tersebut yang ketika itu sudah bernyawa tetapi masih berada dalam perut ibu sehinggalah setelah itu kita gunakan daripada ciptaanNya yang saat ketika dilahirkan dalam keadaan sempurna jasadnya dan juga kita mampu bergerak, mampu untuk kita ini bergerak dengan baik sedangkan kita ini dijadikan dengan sempurna oleh Allah swt , Lihatlah bagaimana nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt merupakan kurniaan dan juga anugerah yang luar biasa yang Allah kurniakan kepada kita yang mana setelah itu

walaupun kita keluar dalam keadaan sempurna, mampu bergerak tetapi ketika itu kita keluar dalam keadaaan yang lemah, tidak mampu meyelimuti diri kita sendiri, kita tidak mampu untuk bagaimana untuk menjaga kepada diri kita sendiri, Maka Allah swt telah meletakkan rasa kasih sayang kepada ibu bapa kita untuk dia mengasihi dan menyayangi kepada kita sehingggakan merekalah yang menjaga keadaan kita, memerhatikan akan kemaslahan kita.

Merekalah yang menguruskan kepada kita sehinggakan kasih sayang mereka itu luar biasa dikurniaakan anugerah oleh Allah swt sehinggakan ibu sanggup memberikan susu kepada anaknya yang mana Allah jadikan khasiat susu ibu itu vitamin atau khasiat yang hanya akan didapati oleh bayi-bayi apabila dia menyusu daripada ibunya itu yang mana apabila dia menyusu itu Allah anugerahkan kepada ibunya itu satu khasiat yang khusus yang dikurniakan oleh Allah swt, LIhatlah bagaimana Allah swt mengingati dengan menciptakan kita dengan penuh kesempurnaan.

Kemudian ketetapan daripada Allah telah diriwayatkan dalam hadis telah disebutkan

“Wahai anak adam, Aku jadikan ketika hidup kamu dalam keadaan kamu berada dalam perut ibu kamu wajah kamu itu telah berbaring pada tempat yang telah ditetapkan oleh Allah penuh keselesaan sehinggakan kamu ketika itu berbantal sebelah kananmu sebelah kirimu dan dipusingkan oleh Allah sebelah kanan dan sebelah kiri mu sehingga kamu tidak perlu untuk mengangkat anggotamu, semua digerakkan oleh Allah swt, tiada yang menggerakkan kecuali Allah swt, Semua itu Aku pelihara, semua itu ketika kamu berada dalam perut ibumu kemudian setelah mana kamu dilahirkan tetapi malangnya kamu bermaksiat kepada Aku,

kamu mengunakan segala nikmat yang telah diberikan kepada kamu itu daripada jasad untuk digunakan untuk maksiat kepada Aku tetapi walaubagaimanapun

Walau kamu telah melakukan maksiat kepada Aku tetapi bila kamu meminta, Aku tetap juga akan mengampunkannya

Ketika mana kamu memohon bantuan, Aku akan menimbang permohonan taubatmu dan

Apabila kamu mempunyai hajat pasti aku akan menunaikan hajat kamu,

Ini bagaimana, melihat bagaimana kebesaran Allah, nikmat yang cukup hebat dikurniakan oleh Allah swt sehinggakan kepada sesiapapun Allah akan memberikan kepadanya ini merupakan hatta

Kita mengetahui betapa Allah swt memberikan kurnia kepada kita akan nikmat itu tiada taranya sehinggakan kita tahu patutnya kita bagaimana syukur kepada Allah swt.

Nikmat yang kedua yang disebutkan adalah nikmat yang dimaksudkan adalah merupakan apa yang dikurniakan, diberikan oleh Allah sepertimana

Allah memberikan kepada kita semua harta, memberikan kesihatan, memberikan anak-anak. ini dan juga

Allah telah pun memerintahkan untuk berkhidmat kepada kita daripada awal, begitu juga hujan yang dikurniakan kepada manusia, daripada angin, begitu juga daripada binatang-binatang ternak semuanya adalah untuk kegunaan daripada manusia kepada Allah swt.

Pastikan dijaga nikmat ini, dikembalikan untuk digunakan adalah untuk ketaatan kepada Allah swt.

Jangan sampai digunakan ianya itu adalah utk kemaksiatan kepada Allah swt,

Dikatakan bahwa manusia ini kalau bergantung kepada selain daripada Allah maka sesungguhnya manusia itu adalah lemah

Disebutkan dalam firman Allah

“Diciptakan manusia itu adalah lemah”

Maka kalau demikian itu, kita patut menyedari bahwa sesungguhnya kita sangat berharap dan bergantung kepada Allah swt.

Jasad kita ini, bayangkan kalau ada jasad kita ini dalam keadaan sakit pasti kita ketika itu kita akan cuba rawatnya bahkan kita sanggup ketika itu kehilangan daripada harta kita semata–mata untuk mendapatkan kesihatan kerana kita tahu betapa mahalnya nilai daripada kesihatan itu tetapi

Kenapa kita lupa bahawa sesungguhnya kesihatan itu adalah daripada Allah swt yang dikurniakan oleh Allah swt, Tiada afiat kesihatan kecuali daripada Allah swt.

Dikatakan bahwa

“Adakah kamu itu berjalan di bawah langit ku sedangkan kamu ketika itu bermaksiat kepada aku, begitu juga dan juga dikatakan bahawa bagaimana kamu itu, ketika kamu lapar akulah yang memberikan makan kepada kamu, ketika kamu minum akulah yang telah memberikan kamu minum untuk menghilangkan dahagamu, ketika kamu dalam keadaan lemah akulah yang memberikan kesihatan ketika kamu sakit akulah yang memberikan kesihatan tetapi

Kenapa balasannya itu adalah keburukan kepada Allah swt?

Berapa banyak daripada nikmat Allah digunakan unuk bermaksiat kepada Allah swt?,

Untuk engkar kepada Allah swt?,

Sedangkan ketahuilah,

Allah itu Maha Mengetahui dengan apa yang kita perbuat sebab itu,

hendaklah kita ini berhati-hati setiap kurniaan daripada Allah ini.

Gunakanlah untuk ketaatan kepada Allah,

Jangan sampai, ini kurniaan daripada Allah tetapi

Bahkan kita nak gunakan untuk kita nak engkar kepada Allah swt,

Oleh kerana itu, marilah kita bersyukur nikmat kesihatan yang diberikan oleh Allah, harta dan anak-anak,

Digunakan untuk bersyukur iaitu digunakan untuk ketaatan kepada Allah swt.

Nikmat yang ketiga nikmat al-irysad disebutkan adalah sesungguhnya Allah swt telah mengutuskan para nabi dan rasul-rasul yang mana para anbiya’ dan para mursalin ini,

Mereka telah pun mengajarkan jalan-jalan kebaikan dan juga yang melarang akan perkara yang tidak baik dan yang mungkar dan

Juga dikatakan Allah telah menurunkan al-kitab yang mana, dengan kitab ini, kita mengetahui pedoman-pedoman daripada apa yang berlaku orang-orang sebelum daripada kita dan juga perjalananan –perjalanan orang-orang yang setelah kita,

Semuanya adalah termaktub daripada kitab Allah sebab itulah para sahabat baginda Muhammad saw mereka adalah orang-orang yang begitu mengambil utama daripada kitabbullah sehinggakan disebutkan satu riwayat

Mereka itu adalah orang-orang apabila menerima wahyu, mereka akan mencatatkan dan mebacanya di waktu malam dan di waktu siang terus sahaja mempraktikkan apa yang mereka baca

Begitu juga disebutkan bahawa, diantara merupakan nikmat irsyad itu adalah majlis yang kita hadir pada malam ini,

Majlis yang mana majlis pada malam ini yang telah pasti diturunkan oleh Allah swt akan rahmatNya yang mana

Nabi saw sendiri menyeru untuk orang ramai menghadirinya sehinggakan disebut oleh baginda Rasulullah saw

“Kalau sekiranya kamu itu melewati salah satu daripada taman syurga Allah maka kamu singgahlah dan nikmatilah”

Para sahabat mengatakan

“Apa yang dikatakanTaman syurga Allah yang ada di atas muka bumi ini Ya Rasulullah?”

Maka dia mengatakan

“Adalah merupakan majlis-majlis ilmu ataupun halaqah-halaqah zikir itu adalah merupakan taman- taman syurga Allah swt”.

Majlis seperti ini adalah merupakan penyebab untuk kita diberikan ganjaran yang baik oleh Allah swt dan juga merupakan penyebab untuk kita memperolehi daripada petunjuk daripada Allah swt

Oleh kerana itu jagalah akan majlis-majlis seperti ini dan sentiasalah hadir dalam majlis seperti ini.

Dekatkan, seringkan untuk duduk dan hadir dalam majlis seperti ini,

Dikatakan majlis seperti dikatakan asas kepada kebaikan

yang mana ketika orang itu keluar daripada majlis ini, maka dia keluar dalam keadaan yang bersih seperti mana orang yang sakit masuk dalam hospital dan keluar dalam keadaan sihat.

Ketahuilah sesungguhnya Allah swt menciptakan syurga, yang mana syurga itu penuh dengan kenikmatan-kenikmatan yang di dalamnya itu adanya bidadari-bidadari, di dalamnya adanya daripada kenikmatan yang luar biasa yang disebutkan dan digambarkan untuk kita mengetahui akan mana hebatnya nikmatnya syurga itu disebutkan yang tidak boleh yang tidak pernah dilihat oleh pandangan mata yang tidak pernah terdengar oleh telinga dan bahkan tidak pernah dan tidak boleh tebayang daripada hati- hati kita,

Betapa hebatnya daripada syurga Allah swt yang Allah janjikan untuk orang yang bertaqwa, untuk orang yang taat, untuk orang siddiqin, untuk orang yang berpuasa, untuk orang yang banyak berisghfar, banyak berzikir, orang yang amanah, orang yang takut kepada Allah, orang-orang dekat kepada Allah orang-orang yang sentiasa patuh kepada Allah swt banyak sifat-sifat baik yang disebutkan oleh Allah yang merupakan adalah ciri-ciri daripada ahli syurga,

Sekiranya kita semua ini bersifat daripada salah satu sifat yang disebutkan tadi maka bersyukurkah kepada Allah kerana kita adalah merupakan tanda-tanda orang-orang yang layak untuk masuk ke dalam syurga Allah swt

Akan tetapi kalau sekiranya tidak ada satu sifatpun yang disebutkan tentang kebaikan itu, ada pada diri kita sedangkan Allah telah menciptakan selain daripada syurga itu adalah neraka yang begitu dahsyat akan seksaannya yang ALLAH janjikan kepada orang yang melakukan keengkaran kepada Allah swt, bagi orang yang meninggalkan solat, bagi orang yang meninggalkan kefardhuan, bagi orang-orang yang berzina, bagi orang yang minum arak, bagi orang yang menyakiti kepada jirannya, bagi orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, bagi orang-orang yang menyakiti sesama islam maka kalaulah sekiranya ada sifat –sifat itu kepada kita maka

Beristghfarlah, minta ampun kepada Allah swt kerana pasti ALLAH AKAN mengampunkan akan dosa dosa kita maka sebab itu lah Allah mengatakan

“dan kamu maka hendaklah kamu bertaubat kepada ALLAH dengan sebenar-benar taubat”, Mudah-mudahan Allah akan memberikan keampunan kepada kamu”,

Bahkan Nabi saw pernah memberitahu akan kelebihan bertaubat kepada Allah, beliau Rasulullah saw mengatakan

“Orang yang bertaubat itu adalah seperti orang yang tiada satu dosa daripadanya ”

Yakni orang yang bertaubat terhapus segala dosanya kepada Allah swt,

Maka mudah-mudahan kita ini, sama sama pada waktu ini, bahkan pada waktu-waktu setelah ini sentiasa menjadi orang sentiasa beristghfar dan bertaubat kepada Allah swt dan diakhiri dengan doa tadi iaitu kita memohon keampunan kepada Allah swt dan mendoakan kesejahteraan keamanan kepada kita semua.

Mudah-mudahan apa yang disampaikan bermanfaat dan ini sahaja yang dapat disampaikan.

Haza wabillahi taufiq, lebih kurang daripada terjemahan kita mohon maaf.wabillahi taufiq wal hidayah.

Assalamualaikum wrt wbh.