Nasab Syaikhul Islam Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan
Untuk pengetahuan, aku baru mendengar satu kuliah tafsir disampaikan oleh seorang pendakwah bebas yang terkenal, dia menyatakan bahawa Sayyid Ja’faar al-Barzanji itu hanyalah ahli sastera dan bilal Masjidin Nabawi. Sedih aku mendengarnya kerana dia tidak kenal siapa Sayyidi Ja’faar tersebut. Allahu…Allah, lemahnya orang kita daripada mengenal ulama sendiri. Oleh itu tergerak hati ku untuk memperkenalkan serba sedikit mengikut kemampuanku dan keizinan Allah akan ulama-ulama kita. Jangan hanya Ibnu Taimiyyah sahaja yang diagung-agungkan atau Ibnu Qayyim dan konco-konconya.
Biar kuperkenalkan Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan, Syaikhul Islam, Mufti Haramain, Pembela Ahlus Sunnah Wal Jama`ah, yang amat dimusuhi oleh puak Wahhabi dan kaum mudah. Banyak ditaburkan segala fitnah terhadap ulama besar ini agar orang jahil macam kita menjauhinya. Duit Wahhabi dilaburkan untuk menaikkan nama Ibnu Taimiyyah dan orang-orang yang sewaktu dengannya sehingga kita mengagung-agungkan mereka sedangkan jasa mereka kepada kita tidaklah seberapa berbanding ulama lain.
Kumulakan dengan menyebut nasab Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan bukan untuk bermegah-megah dengan nasabnya tetapi untuk memperlihatkan dari pohon mana tumbuhnya ulama besar ini agar tukang-tukang fitnah mengenal lebih jauh ulama ini sebelum menyampaikan fitnah keji mereka terhadap ulama besar ini.
Nasab ini kunukil daripada kitab “Taajul-A’raas”, juzuk 2, mukasurat 702 karya al-Imam al-‘Allaamah al-Bahr al-Fahhamah al-Habib ‘Ali bin Husain bin Muhammad bin Husain bin Ja’faar al-‘Aththaas. Nasabnya adalah seperti berikut:-
Al-Imam al-Ajal wal-Bahrul Akmal Faridu ‘Ashrihi wa Aawaanihi Syaikhul-Ilm wa Haamilu liwaaihi wa Hafidzu Haditsin Nabi s.a.w. wa Kawakibu Sama-ihi, Ka’batul Muriidin wa Murabbis Saalikiin asy-Sayyid Ahmad
bin Zaini Dahlan
bin Ahmad Dahlan
bin ‘Utsman Dahlan
bin Ni’matUllah
bin ‘Abdur Rahman
bin Muhammad
bin ‘Abdullah
bin ‘Utsman
bin ‘Athoya
bin Faaris
bin Musthofa
bin Muhammad
bin Ahmad
bin Zaini
bin Qaadir
bin ‘Abdul Wahhaab
bin Muhammad
bin ‘Abdur Razzaaq
bin ‘Ali
bin Ahmad
bin Ahmad (Mutsanna)
bin Muhammad
bin Zakariyya
bin Yahya
bin Muhammad
bin Abi ‘Abdillah
bin al-Hasan
bin Sayyidina ‘Abdul Qaadir al-Jilani, Sulthanul Awliya`
bin Abi Sholeh Musa
bin Janki Dausat Haq
bin Yahya az-Zaahid
bin Muhammad
bin Daud
bin Muusa al-Juun
bin ‘Abdullah al-Mahd
bin al-Hasan al-Mutsanna
bin al-Hasan as-Sibth
bin Sayyidinal-Imam ‘Ali & Sayyidatina Fathimah al-Batuul r.`anhum ajma`in.
Inilah nasab yang dipuji oleh Sayyid Ja’faar al-Barzanji dengan syairnya, yang kira-kira bererti:-
Nasab yang diumpamakan gemilang seperti sinar mentari dhuha;
Bagaikan penyingkapan fajar menandakan kemunculan siang;
Nasab yang di wajah Adam cahaya bersinar gemerlapan;
Kernanya para malaikat di langit diperintah sujud hormat;
Nasab yang di dalam KitabUllah mencukupi hujjah;
Pada menyanjungnya bagi sesiapa yang sengaja ingkar akan kemuliaannya.
…………….. al-Fatihah.
Sanadnya menyambung hingga ke Nabi Muhammad SAW, melalui quth ghauts, Syeikh Abdul Qodir Jailani, jelas sudah bahwa Nasab Syaikhul Islam Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan adalah Ahlul Bait. cintailah Ahul Bait SAW. Allahumma Sholi Ala Sayidina Muhammad Wa Alihi Wa Sabihi Wa Salim.