Hubungan Saidina Abu Bakar as-Siddiq Dengan Kota Tarim
Monday, 11 April 2011 08:22 admin Tausyiah Oleh Habib Abdur Rahman Ben Hafiz

Penterjemah: Habib Najmuddin Syed Othman Al-Khered

Tempat: Kemaman, Terengganu

Tarikh: Rabu 6hb April 2011

Habib Abdul Rahman Ben Hafiz memulakan

dengan puji-pujian kepada Allah swt yang mana Allah swt yang Maha Memberi ,Yang Maha Mengurniakan dengan kurniaanNya maka Alhamdulillah kita dapat bersama-sama berkumpul pada malam ini. Selawat dan salam pada Baginda Rasulullah saw,buat keluarganya dan para sahabat baginda saw. Kita berada pada majlis pada mana Allah swt, kita bersyukur kehadrat Allah swt yang telahpun pilih kepada kita untuk berada pada perkumpulan di tempat ini serta terima kasih juga diucapkan kepada tuan kepada rumah ini dengan usaha beliau kita dapat duduk berkumpul di sini, mudah-mudahan Allah swt mengurniakan kepada rumah ini dan juga kepada orang –orang yang berada di rumah ini dengan kebahagian, kelapangan dan juga diberikan oleh Allah swt segala kemudahan, begitu juga diucapkan kepada Haji Yaakob yg mana beliau dengan ucapan yang telah diberikan tadi beliau telah hadir dan meberikan syarah ziarah Tarim. Ziarah beliau bersama dengan Baba Abdul Aziz , bersama dengan Al-faqir dan bersama juga dengan bapa al-faqir, ziarah kepada kami di Tarim sana dan kita dapat bertemu dan Alhamdulillah pertemuan itu juga membuahkan satu mahabbah kasih sayang yang akhirnya kami juga dapat bersama-bersama datang dan berziarah kembali ke sini dan mudah-mudahan ziarah beliau ketika mana di Bumi Tarim itu adalah buat ziarah yang bermanfaat yang diberikan oleh Allah swt daripada apa niat dan hajat yang telah pun disebutkan.

Kita berada didalam majlis yang mana kita mengingati kepada Nabi kita Muhammad saw , saya datang daripada Kuala Lumpur sebenarnya telah dihadirkan oleh Allah swt dengan perantaraan yang telah disusun daripada ziarah ini oleh Habib Hussin al-Junied yang telah pun menyusunkan daripada jadual-jadual kepada dakwah ini dengan sebab itu juga mudah-mudahan Allah swt memberikan kesihatan kepada beliau . Ingin kita beritahu bahawa setiap daripada perkumpulan-perkumpulan ini tidak lain dan tidak bukan kita datang ke sini begitu juga perkumpulan kita adalah atas dasar untuk kita membawa bekal iaitu tiada lain bekal yang paling utama adalah bekal ketaqwaan kepada Allah swt dan dengan juga kita ini taaluk ataupun kita ini adanya hubungan dengan para solehin.

Adalah ziarah yang kita dan juga ziarah yang diadakan ini tidak lain dan tidak bukan sebenarnya adalah untuk sebagai adalah perkampungan daripada hubungan kepada Allah swt dikatakan daripada ziarah itu adalah merupakan silaturahim dan dengan itu disebutkan sepertimana juga kami menganjurkan daripada guru kami al-Habib Umar yang sebelum ini juga berdakwah menziarahi kepada tempat-tempat sebelum ini yang beliau telah hadir di antaranya adalah di Kuala Lumpur begitu juga dengan di Kelantan, Ziarah-ziarah beliau yang mana di situ tidak lain dan tidak bukan tujuannya adalah untuk memberikan dan mengambil manfaat dan memberikan manfaat dikatakan tiada lah dikatakan seseorang hamba Allah itu diciptakan oleh Allah dalam keadaan sia-sia sebagaimana firman Allah swt

“Adakah kamu mengira bahwa kamu itu diciptakan dengan sia-sia dan ketahuilah bhawa kamu itu semua tidak ada sia-sia dan adakah kamu fikir kamu tidak akan kembali kepada ALLAH swt?”

Bermakna setiap apa yang telah pun dan juga kita semua dijadikan oleh Allah swt mempunyai tujuan dan matlamatnya tidak lain dan tidak bukan matlamat kita dijadikan oleh Allah swt adalah berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud

“dan tidaklah kami ciptakan jin dan manusia itu kecuali untuk beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah swt.”

Maka inilah juga diantaranya, tidak lain dan bukan adalah kita senantiasa berziarah menziarahi ,matlamatnya ziarah ini adalah ingat mengingati mengenai tugas kita sebagai hamba Allah swt. Mengingatkan kita bahawa kita mesti untuk kembali menjadi hamba kepada Allah swt, apabila kita berjumpa diantara satu sama lain maka klau kita ingat mengingati maka ketika itu akan hadir dikalangan orang-orang yang hati nya akan terkesan dengan daripada apa yang telah disampaikan dan ingatan-ingatan yang telah pun diingatkan kepada beliau maka dengan hati yang sentiasa ingat kembali ingat mungkin ada penyesalan mugkin pada ketika itu ada hancur hatinya, hatinya merasa takut kepada Allah maka taubatnya ketika itu akan diterima oleh Allah swt sepertimana yang kita sebutkan Haji Yaakob telah menceritakan tentang keadaan beliau ketika berziarah ke bumi Tarim beliau mengatakan beliau jumpa kepada orang sholeh orang-orang baik dan sebagai nya ini tidak lain dan tidak bukan membuktikan apabila seseorang itu apabila berziarah maka ada terkesan di dalam hatinya dan dikatakan tidak lain dan tidak bukan kerana orang yang berziarah itu mereka membawa hati yang murni, hati yang suci hati dan hati yang bersih dan juga yang termasuk daripada ahlillah, ahli dzikir orang yang sentiasa mengingati kepada Allah swt oleh sebab itulah juga beliau dikuriniakan dan kita semua akan dikurniakan daripada kurniaan daripada Allah swt daripada apa –apa daripada perjumpaan kita ini dan ziarah diantara kita ini akan dikurniakan oleh Allah swt dan tidak akan disia-siakan oleh Allah swt .

Sesungguhnya kita yang dipilih oleh Allah swt mengetahui tentang daripada kelebihan-kelebihan ini mestilah mendapatkan daripada kemulian dan juga daripada karamah daripada kurniaan daripada Allah swt disebutkan tadi tentang sedikit daripada kota Tarim yang disebutkan bahawa sebenarnya ziarah daripada kemuliaan kota tarim ini bermula daripada apabila Saidina Abu Bakar as-Siddiq ra menghantar dan mengutuskan para sahabatnya yang mana ketika itu apabila zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar adanya golongan-golongan orang-orang yang enggan untuk mengeluarkan zakat dengan alasan mereka mengatakan bahawa zakat itu hanya wajib pada zaman Nabi saw iaitu kami dikehendakkan untuk memberikan kepada Rasulullah saw dan ketika Rasulullah saw wafat, maka ketika itu terhapuslah hukum wajib untuk menunaikan zakat, maka Saidina Abu Bakar as-Siddiq ra telahpun mengutuskan daripada sahabat-sahabat untuk memerangi daripada orang-orang yang enggan untuk membayar kepada zakat maka ini adalah kefahaman yang salah daripada golongan orang-orang yang enggan membayar zakat ini maka diperangi oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq ra, kemudian ada kitab sejarah mengatakan ketika mana Saidina Abu Bakar r a memerintahkan untuk memerangi daripada orang-orang yang enggan membayar zakat ini, ada dikalangan para sahabat di antaranya Saidina Umar ra yang katanya

“Kenapa mesti kita memerangi kepada orang-orang islam, kita sekarang masih dalam keadaan belum kuat belum kukuh maka marilah kita memerangi orang-orang yang bukan islam, setelah kita cukup kuat dan kukuh maka barulah kita akan memerangi kepada orang-orang islam yang enggan untuk membayar zakat”,

Maka apabila mendengar daripada perkataan tersebut Saidina Abu Bakar as-Siddiq sangat marah dan mengatakan

“Aku tidak redha walau daripada sedikit pun daripada agama ku ini dikurangkan walaubagaimanapun aku tetap akan memerangi kepada mereka.”

Maka ternyata benar apa yang telah dinyatakan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq dengan pirinsipnya yang tetap teguh disebutkan bahawa Saidina Umar ra mengakui daripada kebenaran kata-kata Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan mengatakan ini adalah satu kebaikan yang disebutkan bahawa apabila di isytiharkan perang kepada mereka yang enggan untuk menunaikan zakat itu maka telah pun ada didalam jiwa orang-orang yang enggan untuk membayar zakat itu ketakutan-ketakutan yang mana mereka kembali bertaubat kepada Allah swt dan juga kembali kepada untuk menunaikan zakat.

Disebutkan bahawa diantara mereka para sahabat yang diutuskan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq adalah untuk pergi memerangi kepada orang yang tidak menunaikan zakat hinggalah dikalangan mereka yang sampai ke kota tarim dan apabila sampai ke kota Tarim mereka mendapati bahawa penduduk-penduduk Tarim tidak termasuk golongan orang yang enggan untuk menunaikan zakat mereka adalah orang-orang yang benar-benar berpegang kepada ajaran islam bahkan apabila sampainya para sahabat di sana merekalah yang mengatakan bahawa mereka adalah bersama dengan para sahabat, mereka juga mengatakan kami akan turut serta memerangi kepada orang-orang yang enggan untuk menunaikan zakat bahkan mereka membantu pula kepada para sahabat untuk nak meneruskan lagi kepada usaha untuk memerangi orang –orang yang enggan untuk menunaikan zakat. Ini berlaku pada zaman Saidina Abu Bakar as-Siddiq ketika mana diutuskan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq untuk memerangi kepada orang-orang yang enggan untuk menunaikan zakat hingga apabila mereka mendapati penduduk –penduduk Tarim adalah orang-orang yang cukup hebat memegang pada ajaran islam diutuskan utusan kepada Saidina Abu Bakar as-Siddiq untuk mengkhabarkan kepada Saidina Abu Bakar as-Siddiq , apabila sampai khabar ini kepada Saidina Abu Bakar as-Siddiq yang mengatakan bahwa penduduk tarim adalah orang-orang yang berpegang teguh dengan ajaran islam bahkan mereka telah membantu untuk memerangi dan menolong kepada agama Allah swt maka ketika itu Saidina Abu Bakar as-Siddiq sangat gembira mendengar berita itu kerana masih lagi ada satu tempat yang terpelihara kepada pemahaman yang salah ini sehingga di doakan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq dengan 3 Doa yang cukup hebat.

Yang pertama sekali Saidina Abu Bakar as-Siddiq mendoakan bahwa setiap daripada bangunan yang didirikan itu akan terus kekal hinggalah pada hari kiamat iaitu disebutkan walaupun ada bangunan yang telah hancur atau yang telah lama dia rosak tetapi akan terus dibangunkan berkat dengan doa Saidina Abu Bakar as-Siddiq.

Yang keduanya didoakan bahwa supaya diberikan keberkatan kepada airnya sehingga airnya akan kekal ada tidak pernah kering iaitu kerana kalau suatu tempat itu adanya satu kampung tetapi kerana ketika mana airnya sudah kering maka akan hilanglah kampung tersebut kerana orang akan berpindah dari kampung tersebut kerana pentingnya daripada air tersebut dan air ini didoakan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq di bumi tarim, tidak akan pernah kering dan tidak akan pernah rosak maka sampai sekarang inilah air terus ada dan terus bagus adalah berkat daripada doa Saidina Abu Bakar as-Siddiq.

Yang ketiganya yang luarbiasa daripada doa yang disebutkan tadi adanya dikalangan orang-orang disebutkan ada dan kita lihat ada sampai pada hari ini yang cukup ketara adalah dikatakan bahawa Saidina Abu Bakar as-Siddiq mendoakan supaya Allah swt menumbuhkan di kota tarim itu daripada para ulama mengeluarkan daripada Kota tarim itu ulama-ulama dan para solehin seperti mana tumbuhnya pokok-pokok kayu daripada tanah .

Maka sebab itulah dilihat pada sampai sekarang ini tidak pernah kering tidak pernah hilang tidak pernah tiada daripada para ulama, para solehin, para auliya’ kerana berkatnya doanya Saidina Abu Bakar as-Siddiq ra ampai sekarang ini dan juga orang-orang yang pergi k e sana dapat mengambil faedah. Mudah-mudahan kita juga akan mendapat bahagian daripada apa yang disebutkan tadi .

Dinamakan juga daripada kota tarim itu adalah Kota as-Siddiq iaitu adalah dinisbahkan kepada Saidina Abu Bakar as-Siddiq ra yang setelah itu terus tinggal di sana diantaranya adalah para sahabat yang telah pun berhijrah ke sana dan mereka telah meninggal bukan meninggal dalam peperangan tetapi meninggal kerana sampai waktunya dan juga telah dikuburkan di Tarim yang masyhur yang diketahui tempatnya di Zanbal yang diketahui daripada tapak mereka yang dikebumikan meninggal daripada jasadnya para –para sahabat.

Maksud saya di sini adalah untuk mengatakan bahwa daripada doa yang telahpun didoakan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq tadi kita lihat bahawa kota Tarim itu dipenuhi daripada para ulama baik yang ada dan juga yang datang ke kota tarim, diantaranya adalah apabila datang daripada ahli keluarga Nabi Muhammad saw yang berhijrah ke kota Tarim, begitu juga dengan para ulama dan setelah itu apabila mereka berada di sana bukan hanya mereka telah memberikan keberkatan kepada Kota Tarim bahkan mereka telah menyebarkan daripada tugas itu dengan tersebarnya para –para ulama itu daripada kota tarim dan kebanyakkan daripada islam itu tersebar itu adalah daripada mereka daripada usaha-usaha mereka ahli keluarga Nabi saw yang berada di Tarim.

Kalaulah kita mengkaji daripada sekarang ini sejarah daripada keislaman yang berada di seluruh dunia, ini kita akan dapati lebih daripada separuh itu mereka itu disebarkan serta terdapat dakwah islam itu adalah melalui yang dikeluarkan daripada kota Tarim. Ini adalah berdasarkan fakta dan kalau kita kaji daripada fakta –fakta sejarah sebabkan tidak lain dan tidak bukan ini adalah merupakan daripada keberkatan doannya Saidina Abu Bakar as-Siddiq ra.

Yang kita lihat juga sampai ke Malaysia, ke Indonesia, ke Afrika sampailah kepada banyak daripada Negara-negara yang kita ketahui . Disebutkan bahawa tidak lain dan tidak bukan kerana kota tarim itu disebutkan juga adalah disana bermakna ilmu, kota tarim juga bermakna dakwah, kota tarim adalah juga bermakna zikir, semua ini ciri-ciri yang ada dikota tarim sehingga ilmu, dakwah dan dzikir yang di mana dipenuhi dengan perkara-perkara ini untuk membawakan satu sinar dan juga keberkatan kepada mereka dan kepada orang lain.

Asas yang paling utama kepada manhaj pegangan penduduk-penduduk Tarim itu ada 5, yang kita juga perlu ada Lima-lima perkara ini.

Yang pertama sekali adalah ILMU keranakan ilmu itu adalah sangat penting bagi seseorang itu,

Yang kedua adalah beramal setelah berilmu hendaklah beramal,

Yang ketiga adalah takut kepada Allah swt,

Yang ke empat adalah al-ikhlas,

Yang kelima adalah wara’.

Ini semuai mesti menguatkan diantara satu sama lain setelah seseorang itu berilmu kerana ilmu itu disebutkan mempunyai darjat yang tertinggi di sisi Allah swt sehinggakan Allah berfirman, Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan orang yang berilmu itu dengan beberapa darjat dikatakan oleh ibnu Abbas ra diantara perbezaaan diantara orang-orang yang beriman dan orang-orang yang menuntut ilmu itu dikatakan perbezaaan nya adalah 500 tahun perjalanan, orang yang berilmu dan menuntut ilmu itu adalah 500 tahun perjalanan berbeza darpada orang yang beriman jauh meninggalkan orang yang beriman 500 tahun perjalanan bukanlahnya 500 tingkat, kalau kita ada bangunan takkan ada bangunan yang akan sampai 200, 300 tingkat, itu pun dah cukup jauh dah cukup tinggi dah cukup luar biasa yang kita tengok hari ini daripada menara dan sebainya tetapi daripada orang yang menuntut ilmu ini kalau pun tidak 500, 100 tahun pun dah cukup banyak tetapi nak menunjukkan besarnya, tingginya, luar biasanya ilmu itu, 500 tahun perjalanan pebezaan diantara orang yang mempunyai imu dan menuntut ilmu itu dengan orang yang beriman, tetapi tidak cukup dengan itu hendaklah seseorang itu apabila mempunyai ilmu adalah dia beramal dengan ilmunya ,beramal dengan ilmunya disebutkan dalam hadis Nabi saw mengatakan bahwa orang yang beramal dengan ilmunya iaitu orang-orang yang berilmu kemudian beramal dan juga disebutkan mengajarkan ilmu nya itu.

3 perkara ..berilmu kemudian beramal kemudian dia mengajarkan ilmu yang ada pada dirinya maka dimuliakan oleh Malakutus Samawat dia akan dimuliakan oleh penduduk-penduduk langit dimuliakan ini sehinggalah sehingga tiada batasannya sehingga akhirnya kalau akhir-akhir ini orang-orang yang mempunyai kedudukan-kedudukan pangkat waktu dia ada pangkat maka apabila selesainya daripada pangkat nya maka dia tidak akan dimuliakan lagi apabila waktu nya masa di atas dimuliakan tetapi apabila dia turun iaitu habis kedudukannya tetapi apabila dimuliakan orang-orang yang disebutkan 3 tadi dimuliakan terus oleh Allah swt.

Yang ketiganya adalah takut kepada Allah, orang-orang yang sentiasa takut kepada Allah swt penting kerana apabila ada orang yang berilmu dan ingin beramal dengan ilmu nya perlu takut kepada Allah supaya dia dapat hidup dan melaksanakan daripada ilmunya kemudian al-ikhlas.

Al-ikhlas adalah merupakan syarat yang utama didalam seeseorang itu beramal dalam firman Allah swt

Iaitu orang- orang itu mesti ada keikhlasannya di dalam beramal itu adalah merupakan syarat bagi seseorang untuk diterima daripada amalannya,

Yang terakhir adalah wara’ dan wara’ ini juga adalah merupakan syarat utama iaitu disebutkan bagi orang-orang itu iaitu wara’ yang paling benar wara’ yang sangat-sangat wara’ iaitu syarat kata Nabi saw kalau seseorang itu dia bersolat dalam keadalan solat yang cukup lama dan cukup luar biasa solat nya itu dengan cukup tertib dan sebagainya tetapi dia tidak akan masuk syurga selagi dia tidak mempunyai sifat wara’ yang benar-benar wara.’

Ini adalah antara yang disebutkan betapa pentingnya daripada 5 perkara tadi iaitu daripada ilmu, amal, alkhouf, takut kepada Allah, al-ikhlas dan juga wara’. ini semua adalah merupakan daripada manhaj pegangan kalau kita katakan tadi daripada penduduk tarim begitu juga sebenarnya adalah merupakan asas kepada kita, kita ini menpunyai tempat dan peluang, kita juga termasuk daripda orang –orang yang mana diberikan bahagian oleh Allah swt dengan wujudnya majlis-majlis ilmu, kita duduk di dalam majlis seperti ini majlis ilmu ada tempat yang ada diadakan majlis ilmu maka ambil bahagian kita untuk dapatkan ganjaran yang disebutkan oleh Baginda rasulullah saw dan dijadikan oleh Allah swt untuk kita masuk dalam perkumpulan itu untuk mendapatkan kemulian yang telah disebutkan,dijanjikan.

Alhamdulillah kita juga sebenarnya banyaknya diwujudkan daripada masjlis-majlis ilmu, diwujudkan daripada tempat majlis ilmu kita bersama penuntut-penuntut pelajar-pelajar kita ada penuntut ilmu kita ada pengajar-pengajar daripada orang yang mengajar ilmu, tempat-rempat yang diwujudkan ilmu. Syukur kepada Allah kerana kita masih lagi ada tempat-tempat seperti ini tidak lain dan tidak bukan disebutkan bahawa keutamaan nya adalah kerana adalah untuk kita ini tidak lain dan tidak bukan untuk taqwa kepada Allah swt dan mengambil berat kepada sunnah dan jalan yang telah kita pandukan oleh Baginda Rasulullah saw, tugas kita tidak lain dan tidak bukan juga adalah untuk bukan hanya belajar tetapi mengajarkan kepada mereka yang tidak tahu, memberi peluang kepada mereka yang tidak tahu untuk diajar begitulah diantara disebutkan cara kita untuk memberikan peluang kepada orang lain untuk belajar seperti mana hari ini dibukakan rumah untuk kita duduk di dalam majlis yang baik, hadir dan juga mendengarkan daripada ilmu, ada rumah- rumah yang telah dibukakannya pengajian-pengajian , madrasah dibuka, rumah dibuka, tempat-tempat telah dibukan untuk pengajian. Ini adalah merupakan suatu nikmat dan juga merupakan tanda-tanda bahawa orang itu mengambil peluang yang telah dijanjikan Allah swt dan bahkan bukan hanya orang mendapatkan daripada keberkatan itu bahkan rumah itu juga turut sama gembira kerana di dalamnya itu adanya dzikir kepada Allah swt yang juga selawat kepada baginda Rasulullah saw , Rumah yang adanya majlis ilmu, dzikir kepada Allah swt selawat kepada Rasululllah sw sungguh cukup besar perbezaannya dengan rumah yang lain yang tidak ada dibacakan didalamnya al-Quran, Dzikir dan juga selawat kepada Baginda saw .

Disebutkan bahawa dalam hadis diriwayatkan oleh Baginda Nabi saw

Jalan sendiri pun sentiasa berbangga diantara satu lain, kalau kiranya hari itu ada orang yang lalu berdzikir kepada Allah swt ini, satu sama lain mengatakan Adakah lalunya tempat kamu itu orang yang berdzikir kepada Allah swt kerana sebentar tadi ada orang lalu di tempat aku dan berdzikr Allah swt.

Jalan pun ingin kalau boleh orang lalu di atasnya untuk nak berdzikir begitu juga rumah mereka ingin di dalamnya ada adanya majlis ilmu di dalamnya ada selawat ke atas Baginda Nabi saw.

Kita dipilih oleh Allah pada saat ini , mungkin di tempat lain kita tengok rumah-rumah lain tiada dzikir pada waktu ini kepada Allah swt tiada selawat kepada baginda Nabi saw.

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah, kita memerlukan kepada makanan kalau tidak makan 3 hari mungkin kita akan mati dan lemah, begitu juga dengan hati dan jiwa kita, perlukan kepada makanan kalau tidak ada dzikir kepada Allah, kalau tidak ada disebutkan tadi maka sudah tentulah juga hati kita akan mati sebab itu disebutkan bahwa al-Hikmah itu sentiasa dicucikan kepada jiwa kita. Kalau jiwa kita kalau 3 hari tidak dengar hikmah, kebaikan-kebaikan maka kita akan mati .

Disebutkan diminta oleh seorang sahabat yang bernama Zaid الخيل . الخيلini maknanya kuda, Zaid yang kuda , Zaid ini adalah orang yang kaya ini dinisbahkan kepada kuda kerana mempunyai banyak kuda Beliau ingin datang bertemu dengan Nabi saw dalam perjalanan yang sangat jauh ketika itu dia ingin berjumpa dengan Nabi saw, tak sabar ingin bertanya kepada Rasulullah saw, bimbang tidak dapat berjumpa dengan Nabi. Tergopoh gapah, dia teruskan perjalanan pagi dan malam, tak berhenti untuk berjumpa dengan Nabi saw. Apabila sudah jumpa dengan Nabi Saw. Apakah pertanyaannya kepada Nabi saw?

Dikatakan. Ya Rasulullah! Apakah tandanya Allah itu ingin ataupun sayang kepada seseorang itu? Dan apakah tandanya Allah tak sudi atau tak ingin kepada orang itu? Apakah tandanya Allah ingin memberikan kebaikan kepada orang itu?, Bagaimanakah tandanya Allah tidak pedulikan dan tidak ingin akan seseorang itu ?

Nabi saw cukup bijaksana , Dia tidak terus menjawab daripada pertanyaan Zaid ini tetapi dia kembalikan persoalan itu kepada Zaid.

Dia mengatakan Wahai Zaid! Bagaimanakah kamu berpagi-pagian? Apakah kamu buat apabila kamu bangun? Apakah yang kamu buat?

Zaid mengatakan, aku bangun pagi dan juga berpagi-pagian dengan cinta dan suka kepada perkara kebaikan dan gembira membuat kebaikan dan juga sentiasa membuka peluang untuk kebaikan.

3 perkara iaitu cinta betapa suka membuat kebaikan gembira membuat kebaikan dan membuka peluang untuk membuat kebaikan,

Maka Nabi saw mengatakan itulah tandanya kalau orang mempunyai ciri ini itula tandanya Allah ingin baginya kebaikan dan Allah sayang kepadanya tetapi orang suka membuat kejahatan gembira membuat kejahatan dan membuka peluang untuk orang membuat kejahatan itula tandanya Allah benci Allah tak suka, Allah tak ingin dia membuat kebaikkan,

Maka inilah disebutkan dalam riwayat daripada namanya Zaid الخيل sehingga ditukarkan namanya kepada Zaid الخير iaitu Zaid yang sentiasa suka kepada kebaikkan, dinisbahkan kebaikkan daripda namanya cintanya kepada kebaikkan gembira kepada kebaikaan dan sentiasa membuka untuk orang lain untuk membuat kebaikkan. Mudah-mudahan kita ada hubungan dengan mereka-mereka untuk mendapat kan manfaat daripada mereka.

Kemudian kita juga digalakkan kepada yang mengajak kepada anak-anak kita yang mana kita juga ingin bukan hanya, bukan hanya kita sahaja yang mendapatkan manfaat juga, tetapi keluarga kita terutama kepada keturunan kepada keluarga kita, kepada anak-anak kita. semoga kita dikumpulkan oleh Allah swt dalam syurga firdaus dan dapatkan bahagian daripada Allah swt, sentiasa kita juga untuk mengajak kepada kebaikkan diberikan kepada anak-anak kita, kepada mereka- mereka yang mana dengan kita mengajak kepada orang lain sebenarnya kebaikan yang kita dapat itu akan berganda, ganjaran yang kita akan dapat itu akan berganda, digandakan oleh Allah swt kerana mengajakkan kepada orang lain dan mengajakkan kepada orang lain untuk membuat kebaikkan,

Sesungguhnya adanya hubungan dengan orang-orang yang baik itu adalah suatu kelebihan yang cukup luar biasa, apatah lagi orang-orang yang berkhidmat kepada kabaikan ini. Bagaimana yang dikatakan berkhidmat dengan kebaikkan?

Dialah yang menyebabkan orang lain mendapatkan kebaikkan dia berusaha dirinya dan orang lain mendapatkan kebaikan, benar-benar ketika itu berkhidmat untuk memberikan kebaikkan-kebaikkan bagi dirinya juga kepada orang yang lain, maka akan diberikan penambahan daripada kurniaan oleh Allah swt oleh kerana Allah sudah menjanjikan dengan setiap apa usaha sekalipun akan digantikan oleh Allah swt dan dalam firmannya Allah mengatakan

Apa sahaja yang kamu menginfaqkannya maka apa sahaja dari sesuatu pun, maka apa sahaja sekalipun maka Allah akan gantikan, Allah pasti akan menggantikannya jaminan daripada Allah swt . Apa sahaja yang kamu habiskan dengan untuk Allah swt Allah akan ganti kan iaitu termasuklaa dengan masa yang kita ada pada malam ini kita habiskan masa kita malam ini tidak lain dan tidak bukan kerana Allah swt pastinya tuan-tuan, nantikanlah apa yang akan digantikan oleh Allah swt yang tidak dapat difikirkan dengan akal kita.

Digantikan dengan kebahagian, kesenangan, kurniaan yang tidak boleh kita beli di mana-mana dengan berkat kita benar-benar menyumbang baik menyumbang harta atau pun menyumbangkan masa meyumbangkan tenaga, menyumbangkan daripada kesabaran kita untuk duduk ditempat ini mungkin dalam 2 jam, 3 jam dan sebagainya itu akan pasti digantikan oleh Allah swt,

Sebab itu lah disebutkan kalau orang yang mempunyai harta maka gunakanlah hartanya itu infaq ke jalan Allah. Siapakah yang lebih bermanfaat dan diinfaqkan untuk digunakan akan hartanya.

Dikatakan adalah kepada orang yang menuntut ilmu.

Kenapa? Kerana orang yang menginfaqkan hartanya kepada seorang yang menuntut ilmu kerana penuntut ilmu itu apabila dia menuntut ilmu dia akan mendapat ganjaran, orang itu juga akan mendapatkan ganjaranyan, kemudian apabuila dia sudah berilmu dia akan ajarkan kepada orang lain maka dia pun akan mendapat ganjaran disebabkan infaqnya tadi, Sebab infaqnya tadi, orang itu dapat belajar dan mengajarkan kepada orang lain dia juga juga mendapat ganjaran,

Jaringan-jaringan akan terus bersambung tidak pernah habis nya sehingga Allah swt mengatakan sehingga 700 kali ganda digandakan oleh Allah swt sebagaimana firman Allah dalam Al-Quran.

Allah mengatakan umpama perumpamaan orang yang menginfaq, fisabilillah, di jalan Allah, Allah mengatakan orang yang menginfaqkan ini adalah menginfaqkan di jalan Allah swt.

Siapa orang yang berada di jalan Allah? Tidak lain dan tidak bukan diantara orang yang berada pada dijalan Allah adalah orang yang menuntut ilmu, maka apabila kita menginfaqkan kata Allah Barangsiapa perumpamaan orang yang menginfaqkan hartanya kepada kepada orang yang berada pada jalan Allah adalah seperti mana pohon yang mempunyai daripada benih tumbuh daripadanya tujuh daripada ranting atau cabang yang setiap cabang itu mempunyai seratus buah maknanya satu yang diberikan digantikan dengan 700, ini dikatakn orang yang menginfaqkan harta nya pada jalan Allah maka adalah disebutkan adalah orang yang menuntut ilmu pada jalan Allah swt ganjaranyan akan dilipat gandakan oleh Allah swt mka sebab itulah dikatakan bahawa digalakkan untuk orang orang yang mempunyai kelebihan-kelebihan harta dan sebagainya menginfaqkan hartanya itu pada tempat-tempat yang dia kena tahu bahawasanya mempunyai peluang untuk mendapatkan ganjaran yang tidak putus dijanjikan oleh Allah swt dan juga sebab itu juga dikatakan orang-orang yang mennutut ilmu ini dan kita juga adalah dituntut untuk menuntut ilmu sebab para anbiya juga mereka itu sentiasa mengharapkan penambahan ilmu daripda Allah swt berdoa kepada Allah.

Ya ! Allah tambahkanlah ilmu ku

Dalam quran disebutkan daripada doa para anbiya, begitu juga disebutkan bahawa bagaimana Nabi saw menggambarkan orang—orang yang mepunyai peluang untuk hadir dan juga untuk mendapatkan ilmu dengan kisah 3 orang lelaki yang datang ke majlis Nabi saw,

Salah seorang daripadanya ketika masuk kedalam majlis itu, merasa malu kerana terlambat dan terasa malu ketika itu dia pun duduk di majlis itu dan duduk dibelakang, malu kerana ketika itu dianya merasa malu.

Maka yang keduanya datang dia merasakan sangat rindu dan mendengarkan ada majlis Rasulullah saw, dia pun bersegera dan nak duduk dan hadir ke majlis tersebut mka dia masuk dimajlis itu melihat ada nya ruang yang ada kosong terus dia duduk dan memenuhi kepada ruang tersebut.

Yang ketiganya dia melihat adanya majlis seperti itu tapi dia merasakan majlis itu tidak diperlukan dia lagi, dia dah tahu dia dah tak perlulah dengar, payahlah penat dan sebagainya maka dia tak masuk dalam majlis itu dan keluar daripada majlis itu.

Nabi saw setelah itu mengatakan mintakkanlah kepada aku untuk memberitahu kepada kamu mengenai perihal 3 orang tersebut.

Yang pertama tadi adalah orang masuk dalam kedaaa n malu maka Allah akan malu maka Allah swt akan malu dengannya, malu Allah swt kepada seorang hambanya maksudnya adalah dia sekali-kali tidak akan diazab oleh Allah swt

Yang keduanya adalah orang yang mana apabila dia datang tadi dia merasakan itu adalah peluang dan ingin mendapatkan naungan daripada dan ingin mendapatkan daripadanya naungan kurniaan daripada majlis tersebut maka Allah akan memberikan kurniaan daripada disebutkan iaitu satu kurniaan yang akan diturunkan oleh Allah kurniaan cukup luar biasa diberikan kepada orang kedua tadi sedangkan

Yang ketiga tadi yang apabila ketika dilihat ada majlis seperti itu dia enggan dan berpaling untuk hadir pada majlis tersebut maka Allah akan berpaling juga daripanya.. Nauzubillhi min zalik

Kita minta lindung daripada Allah swt mudah-mudahan apabila kita berjumpa dengan majlis-majlis ini kita akan turut bersama dan juga menghadirkan diri kita memberikan peluang kepada diri kita untuk hadir dan jangan sampai menjadi orang yang berpaling daripada majlis majlis seperti ini.

Sekali lagi saya ingin berpesan iaitu marilah sama- sama kita galakkan diri kita untuk hadir ke majlis-majlis yang bermanafat seperti ini ajak dan galakan kepada anak-anak kita dan juga hendaklah kita supaya kita jangan melupakan daripada peranan daripada keluarga kita dahulukan daripada keluarga kita kerana aulanya keluara kita didahulukan semoga mengajak mereka kepada kebaikan begitu juga dengan jiran-jiran kita sebegitu juga dengan saudara seislam kita, semua nya hendaklah kita memberikan peluang dan mengajak mereka kepada berbuat kebaikan.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan punya rumah dengan sebab kita dapat berjumpa kita dapat berkumpul dan dapat bersama-sama memperolehi daripada ilmu begitu juga dengan Haji Yaakub dengan sebab beliau, begitu juga Habib Husin dan kepada mereka semua yang terlibat dalam majlis ini saya mengucapkan terima kasih, semoga Allah membalaskan daripada ganjaran daripada ganjaran.

Allah akan memberikan ganjaran kepada kita semua dan saya memohon maaf sekiranya terpanjang daripada ucapan saya ini dan merasa penat daripada mendengar daripada ucapan ini tidak lain dan tidak bukan, mudah-mudahan ianya dapat diambil manfaat daripada perkataan tersebut dan insyaallah dikatakan sebaiknya kita harap dapat kita bersama –sama bertawajuh kepada Allah swt dengan kita memohon kepada Allah untuk kita berdoa apa sahaja hajat kita tetapi jangan lupakan doa kita ini adalah untuk kita khusus kepada saudara-saudara kita yang hari ini berada dalam keadaan berkecamuk diluar sana dengan masalahyang menimpa kepada mereka kita sebagai seorang muslim juga mesti mengambil bahagian dan keperihatinan kepada mereka siapa yang dapat untuk melepaskan apa daripada kesengsaraan mereka adalah dengan juga daripada usaha yang kita boleh buat bermunajat mohon dan berdoa kepada Allah swt. Marilah kita sama-sama kita bertawajuh kepada Allah swt.