Kelebihan Jihad
Posted on Mac 1, 2011 by sulaiman
Allah s.w.t. telah berfirman ….dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa. (At-Taubah: 36)….

Ayat ini merupakan satu order atau perintah daripada Allah s.w.t. Pada permulaan Islam, tiada perintah untuk memerangi mereka sepertimana firman Allah dalam surah Al-Kafirun “Lakum Dii nukum wali yadeen”

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! (1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. (2) Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. (3) Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. (4) Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. (5) Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku. / (6)

Akhirnya setelah umat Islam mempunyai kekuatan dan bilangan mereka mulai ramai. Allah s.w.t mengizinkan mereka memerangi golongan kafir yang memusuhi Islam. Dalam dunia hari ini pun kafir tetap memusuhi Islam samada secara politik atau melalui peperangan.

Balasan bagi mereka yang berjihad dan mati syahid ialah diampunkan dosa dan dimasukkan ke dalam syurga “Adn”

As-Saff [10] Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

As-Saff [11] Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

As-Saff (12) (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga “Adn“. Itulah kemenangan yang besar.

Syurga adalah taman. Syurga Adn pula ialah umpama taman khas untuk golongan elit sepertimana taman-taman perumahan di dunia ini misalnya Taman Tun Dr.Ismail (TTDI). Syurga “Adn” adalah taman kepada 4 gologan VIP iaitu:

An-Nisaa [69] Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan rasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu nabi-nabi dan orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang syahid, serta orang-orang yang soleh dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).

Daripada Abdullah bin Abu Aufa r.a., Nabi SAW bersabda:

“Syurga di bawah bayangan pedang.”(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW juga telah bersabda yang maksudnya, “Jihad akan berterusan sehingga hari kiamat.”

Namun jika dibandingkan antara jihad dan membela anak isteri, membela anak isteri lebih besar pahalanya kerana merekalah yang menentukan samada baik atau rosaknya masyarakat.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Satu dinar yang engkau belanjakan pada jalan Allah, satu dinar yang engkau gunakan untuk memerdekakan hamba, satu dinar yang engkau sedekahkan kepada fakir miskin, satu dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu, yang paling besar pahala ganjarannya ialah yang kamu nafkahkan kepada keluargamu”

http://nasbunnuraini.wordpress.com