Kunci Kemenangan
Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad wa ‘ala alihi.
Alhamdulillah dan syukur kepadaNya dilapangkan waktu untuk mendengar pengajian sirah Sayyidi Al-Habib Umar Ibn Hafidz LIVE melalui internet.
Allah…seronok mendengar sirah Rasulullah daripadanya.Lebih2 seronok lagi jika kita dapat lihat secara visual ketika beliau sedang menceritakan itu, seolah-olah dapat merasakan bahawa kita berada dalam cerita itu dan hidup di zaman Rasulullah.Subhanaallah! Beza mendengar ilmu dari mulut ulama dengan membaca secara sendirian.
Istifadah dari Pengajian Sirah bersama Sayyidi Al-Habib Umar Ibn Hafidz on 31/7/10:
Apabila Rasulullah membawa Risalah,Allah menyuruh memperbanyakkan zikir dan ibadah agar ia menjadi sebab kemenangan.
Allah berfirman:
Habib Umar kata:
“Dalam ayat ini Allah menguatkan lagi tentang memperbanyakkan tasbih,zikir ,istighfar dan ibadah sebelum dan selepas kemenangan dan di dalam setiap keadaan.Maka,semestinya Syi’ar orang mukmin itu adalah hakikat pengabdian kepada Allah s.w.t,tidak hanya bergantung pada persiapan secara zahir.Sepertimana Allah sebut melalui lisan sayyidina Musa:
Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku, Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku, Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu, Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu;
Tiada pemikiran seperti ‘Engkau sekarang sedang dalam keadaan dan tugas yang berat dalam berhadapan dengan Fir’aun,buat apa sibuk memperbanyakkan zikir dan beribadah ‘ yang sepertimana wujudnya akal2 yang kosong dari memahami hakikat wahyu dan syariat Allah.”
Ayat ini ….
Mengingatkan alfaqir Pengajian sirah bersama Sheikh Usamah Sayyid Al-Azhari on 1/4/09:
Firman Allah ta’ala:
Nabi Musa berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;
Dan mudahkanlah bagiku,tugasku;
Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,Supaya mereka faham perkataanku,
Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku.Iaitu Harun saudaraku;
Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku,
Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku,
Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu,
Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu;
Surah Toha:24-34