Doa yang Mantap
Posted on Januari 19, 2011 by sulaiman
Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.

Ini adalah salah satu doa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.

Baginda suka doa yang ringkas tetapi padat. Misalnya cukuplah sekadar meminta syurga, tidak perlulah diperincikan bentuk mahligai syurga itu seperti yang diminta oleh seorang sahabat:

Diriwayatkan daripada Abi Nu’amah, bahawa Abdullah bin Mughaffal mendengar anaknya berdoa, dengan katanya : Ya Allah, aku memohon agar dikurniakan mahligai putih di sebelah kanan syurga apabila aku masuk ke dalamnya (syurga) nanti. Sabda Nabi saw: Diriwayatkan daripada Aisyah ra katanya : Nabi saw sukakan doa yang menyeluruh dan baginda tinggalkan selain dari itu.

Banyak lagi doa-doa yang diajar dan disebut dalam hadith-hadith Baginda misalnya:

“Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku (kasihani) dan masukkanlah aku (ke dalam syurga) bersama orang-orang yang dikurniakan nikmat”.

Wahai tuhan kami, tidak ada kehidupan yang sebenar melainkan di akhirat.