Syeikh Habib Umar Ziarah Tuan Guru Hj Hashim Pasir Tumboh

12 JAN – Ulama’ terkenal Yaman dan peringkat Antarabangsa iaitu Syeikh Habib Umar al-Hafiz dalam kesibukan dan kepadatan jadual sepanjang berada di Kelantan namun dapat meluangkan masa untuk datang menziarahi Tuan Guru Hj Hashim Mudir Pondok Pasir Tumboh yang sedang uzur dan baru kematian isteri tercinta pada hari Ahad lepas. Sebelum itu beliau menziarahi Menteri Besar Kelantan di pejabat rasminya dan kemudiannya terus ke Pondok Pasir Tumboh. Kedatangan beliau disambut oleh pelajar dan warga pondok yang tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan beliau