Ratib al-Haddad: Sebab Ianya Disusun

Tersebut di dalam kitab Syarah Ratib al-Haddad karangan al-Habib ‘Alwi bin Ahmad bin al-Hasan bin ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad, iaitu cicit kepada Imam al-Haddad رضي الله عنه:

وسبب هذا الراتب الشريف، أنه لمَا سمع سيدُنا صاحب الراتب بخروج الزيدية على حضرموت، خاف على تغييرهم عقائد العامة، فورد عليه هذا الراتب في شهر رمضان ليلة سبع عشر منه، وكانت ليلة القدر سنه ١٠٧١هـ ، كما ذكره تلميذه الأحسائي فيما سبق من الكتاب

Maksudnya: Sebab disusun Ratib yang mulia ini (yakni Ratib al-Haddad), bahwasanya tatkala Sayyiduna Shohibur Ratib (yakni al-Imam ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه) mendengar masuknya fahaman Syi’ah Zaidiyyah ke Hadramaut. Beliau khuatir fahaman tersebut mengubah aqidah orangramai. Maka beliau menyusun ratib ini pada malam ke tujuhbelas daripada bulan Ramadhan. Adalah tersebut malam lailatulqadar tahun 1071H*, sebagaimana disebut oleh murid beliau al-Ahsai**. (Syarh Ratib al-Haddad, terbitan Pustaka Nasional, Singapura & Dar al-Mukhtar, Surabaya halaman 258)

– * ini bermakna ratib yang mulia ini disusun oleh al-Imam ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه ketika beliau berusia 27 tahun. Pada tahun tersebut juga beliau selesai mengarang kitab Risalah Aadab Suluk al-Murid (رسالة آداب سلوك المريد) tepatnya pada tanggal 7 atau 8 Ramadhan, 1071H.
– ** beliau adalah asy-Syeikh Ahmad bin ‘Abdul Karim al-Hasawi asy-Syajjar al-Ahsai. Merupakan murid dan pembantu al-Imam ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه. Beliau ada sebuah karya berjudul Tatsbitul Fuad ( تثبيت الفؤاد) yang mana beliau mengumpul pengajaran, nasihat dan kata-kata al-Imam ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه

Sekian dari
Al-Fagir Abu Zahrah, Asar 3 Shafar 1432H
Taman Seri Gombak

(buat teman-teman yang meminta al-fagir tulis tentang syi’ah, insyaAllah akan al-Fagir tulis seandainya punya kelapangan, afwan)