Maahad Darul Hadith: Mengkader generasi muhaddith!
Penubuhan Maahad Darul Hadith telah diilhamkan oleh Al Marhum Ustaz Hj. Suhaimi b.Hj Ahmad Al-Aydrus, pengasas kelas pengajian hadith PAKSI sejak dari tahun 1993. Buat julung kalinya, lembaga tadbir Maahad Darul Hadith membuka peluang kepada para pencinta ilmu untuk mengikuti pengajian di Darul Hadith yang diuruskan oleh Yayasan PAKSI secara sepenuh masa dengan system talaqqi dan hafalan ilmu-ilmu asas dirasat islamiyyah wal arabiah dan seterusnya mengikuti pengajian dauratul hadith yang akan dibimbing oleh barisan guru-guru yang mursyid dan mempunyai kepakaran dalam sistem pengajian turath dan bersanad.
Almarhum Ustazuna,Ust.Hj Suhami b.Hj Ahmad Al Aydrus
Perasmian tapak kompleks Darul Hadith telah disempurnakan oleh Syeikhuna, Syeikh Nuruddin Al Banjari Al Makki pada 8 September 2006 dan majlis pelancaran Maahad Darul Hadith pula telah disempurnakan oleh Al-Allamah al Muhaddith Sayyid Muhammad Ibrahim Abdul Baith Al Husaini Al Kattani bersama Al Fadhil Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki pada 15 Oktober 2010 (Jumaat) baru-baru ini.
Penasihat Kehormat Maahad Darul Hadith, Yayasan PAKSI
Objektif penubuhan Maahad Darul Hadith:
-Melahirkan pelapis ulama’ yang belajar, mengembangkan dan menyebar luaskan hadith dan ilmu hadith dan berusaha untuk melahirkan golongan Muhaddith.
– Memberi ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat setempat dan ummah
– Berusaha memelihara system pengajian turath
– Membuka peluang dan ruang kepada orang ramai untuk sama-sama membuat kebajikan dan amal jariah.
Bidang Pengajian Maahad Darul Hadith merangkumi Dirasat Islamiah dan Ulumul hadith dengan dua kaedah pengajian:
– PROGRAM MUNTAZIM (JANGKA PANJANG)
Kelas pengajian dauratul hadith (tetap) mengambil masa selama 3-6 tahun dengan memastikan pelajar mengikuti dan menghabiskan kitab-kitab yang ditetapkan. Pelajar akan melanjutkan pengajian ke Timur tengah.
– PROGRAM MUNTASIB (JANGKA PENDEK)
– Menjalankan kuliah tetap mingguan pada setiap hari Jumaat dan cuti sekolah
Program tafaqquh bagi memahami serta menerima sanad beberapa buah kitab hadith muktabar dalam jangka masa yang ditetapkan
-Program remaja- Memberi kefahaman dan penghayatan Islam kepada remaja
Syarat Kemasukan:
Berumur 13 Tahun ke atas
Menguasai bacaan Al-Quran dan teks arab
Mempunyai asas B.Arab (Nahu/ Sorof)
Menguasai penulisan melayu dan Arab
Berminat menghafaz Al-Quran dan hadith
Mampu mengikuti sepenuhnya pengajian
Yayasan PAKSI membuka peluang kepada masyarakat untuk merebut peluang beramal jariah, menyumbang zakat untuk pembinaan, penyiapan prasarana disamping menampung perbelanjaan bulanan yang dianggarkan melebihi RM 20,000
Sementara kompleks Maahad Darul Hadith siap sepenuhnya, kelas akan dijalankan di Masjid Akar Peluru, Jalan Pegawai Alor Setar.
Sebarangan sumbangan boleh disalurkan kepada:
PUSAT PENGAJIAN DARUL HADITH
Akaun BIMB atas nama Yayasan PAKSI
No. 02011010098651 (BIMB Cawangan Alor Setar)
Sila hubungi untuk keterangan lanjut:
017-5039399 (Cikgu Sukarno)
019-5430269 (Ustaz Zainul Asri)
017-4709002 (Setiausaha)
http://hadis-centre.blogspot.com/
subhanallah…sungguh mulya sekali.
Assalamualaikum admin..ana nak tanya,kalau ana sedang belajar di ipt sekarang tetapi berminat mengikuti pengajian semasa cuti semester selama sebulan,adakah ianya wajar?harap ana dapat peluang untuk mengikuti kuliah2 ini dan bersama para pencinta ilmu..wallahualam.
bagaimana pula bg mereka yng x berapa menguasai arab tapi ingin mendftar ke Darul Hadis tersebut? T.T
saya masih bersekolah, di tingkatan 5, dan sgt berniat utk menyambung ke Maahad Darul Hadith, mengikut syarat-iidiatas, Alhamdulillah semuanya saya punya, cuma satu, saya tiada bahasa arab mahupun course-ii tasawwur, fiqh atau syariah. saya cuma ada pendidikan islam yg basic kerana memandangkan sekolah saya tiada mnyediakan course yg lain. jadi, masih boleh kah saya apply utk mengaji di Maahad Darul Hadith?