Posted by: Habib Ahmad | 6 November 2010

kitab 60 Hadith Kelebihan Aali Bait

Aali Bait
Sabtu lepas saya ke Taman TAR untuk menghadiri sambutan Hari Hol Sayyidah Khadijah dan kupasan kitab 60 Hadith Kelebihan Aali Bait. Majlis bermula sekitar jam 5.30 petang dengan bacaan tahlil dan Surah Yaasiin. Pengisian majlis berikutnya ialah huraian kitab 60 Hadith Kelebihan Aali Bait. Kitab ini adalah terjemahan kitab yang dikarang oleh al-Imam al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti di mana tajuk asalnya ialah Ihya’ al-Mayyit Bifadhail Aali al-Bait. Seperti yang dinyatakan didalam muqadimmah penterjemah, tuntutan mencintai ahli bait bukanlah resapan daripada ajaran syi’ah rafidhah tetapi merupakan salah satu daripada pegangan Ahli Sunnah wal Jama’ah. Ramai alim-ulama terutamanya Imam Hadith yang enam (al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa’ie dan Ibnu Majah) meletakkan bab keutamaan Ahli Nabi ini secara umum atau terperinci di dalam kitab hadith mereka. Begitu juga dengan Imam Nawawi, Syeikh Qadhi Iyadh dan Ibnu Hajar al-Haithami yang menulisnya di dalam kitab mereka. Seperti yang dinyatakan di dalam muqadimah tersebut, Ahli Sunnah wal Jama’ah menuntut pengikutnya mengasihi Ahli Bait kerana kecintaan terhadap Rasulullah saw. Selanjutnya dalam muqaddimah tersebut dinyatakan bahawa, “Sesungguhnya tidak akan sempurna kasih kepada keluarga Nabi saw sekiranya tidak disertai dengan kasih kepada para Sahabat ra. Begitu juga tidak akan sempurna kasih kepada para Sahabat ra sekiranya tidak disertai dengan perasaan kasih kepada keluarga Nabi saw”.

Masjid Darul Ehsan

Kitab ini telah dicetak sebanyak 3 kali. Cetakan pertama ialah pada tahun 2001 manakala cetakan kedua ialah pada tahun 2004. Gambar di atas adalah merupakan cetakan yang terkini

About these ads

Respon

  1. Ass.Wr.Wb
    Habib Ahmad.. apakah saya bisa membeli buku 60 hadist keutamaaan ahlul bait seperti yang diatas?
    mohon dikirimkan ke email saya harga dan transfer kemana?
    Terima kasih

  2. Assalaamu’alaikum Wr Wb. Mohon alamat toko buku yang menjual buku 60 kelebihan ahlul bait di kota bandung. Syukron. Wassalaamu’alaikum Wr Wb


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 686 other followers

%d bloggers like this: