Tsunami Indonesia: 154 disahkan terbunuh, 400 masih hilang
2010/10/27
JAKARTA: Sekurang-kurangnya 154 terbunuh manakala 400 yang lain masih hilang susulan gempa bumi kuat sehingga mencetuskan tsunami di barat Indonesia.
Ketua Pengurusan Bencana Wilayah Sumater, Harmensyah, berkata gempa yang melanda lewat Isnin lalu di pesisir Barat Sumatera, menyebabkan ukuran ketinggian air mencecah tiga meter di sekitar rantaian kepulauan pedalaman negara itu, di mana beberapa kawasan p0erkampungan ranap. “Sekurang-kurangnya 154 maut, 400 yang lain masih hilang. Mangsa turut kehilangan tempat kediaman dan kini banyak bantuan yang diperlukan, ” katanya. Beliau berkata, beberapa khemah sudah tiba tetapi masih banyak yang diperlukan. – AFP
Salam Takziah semoga bersabar menerima ujian dari Allah…
terlalu banyak bala mertaka berlaku di negara sahabat ini… para ulama dan pemerintah perlu lakukan sesuatu. Ingat janji-janji ALLAH… dalam AL QURAn serta azab yang ditimpa kepada makhluk yang melakukan kemaksiatan, jahil dan tidak bersyukur. Sama samalh kita berdoa agar dijauhkan bala dan azab yg dahsyat kepada negara kita dan negara jiran tetangga kita. Amin