Bencana berkembar Indonesia ragut lebih 400 nyawa

2010/10/28
JAKARTA: Dua bencana berkembar – tsunami dan letusan gunung berapi di Indonesia kini menyaksikan angka korban mencecah 300 orang manakala lebih 400 lagi hilang dengan lebih 10,000 penduduk kini sudah dipindahkan.

Letusan Gunung Merapi di Yongyakarta yang meledak debu dan asap hitam setakat ini sudah mengorbankan 28 orang manakala 14 lagi cedera. Gunung Merapi kali pertama meletus Selasa lalu, sehari selepas tsunami melanda kepulauan terpencil di barat Sumatera. Angka kematian akibat tsunami susulan gempa kuat 7.7 magnitud itu kini mencecah 282 orang, kata pegawai Agensi Bencana Wilayah, Ade Edward. – Reuters