Mesti Beli ! : Buku – 6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah

Buku yang ditulis oleh Ustaz Muhadir bin Haji Joll (Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa) ini amat bermanfaat dan perlu (mesti dibaca) terutamanya kepada mereka yang mengkaji kebenaran.

Apatah lagi di ketika ini, dengan bersandarkan buku agama yang ditulis,melalui ceramah, kuliah di dalam internet melalui saluran blog, forum, facebook terdapat di kalangan individu dan golongan yang membawa fahaman ekstrim yang suka menghukum bid’ah sesat/ahli neraka kepada sesama saudara seIslam dalam perkara khilafiyyah yang sudah menjadi ijtihad para ulamak melalui sumber al Quran dan Sunnah. Hinggalah menimbulkan kekacauan, perpecahan, permusuhan dan akhirnya kegemilangan Islam yang dicita-citakan itu kembali pudar akibat perbuatan/sikap yang mengikut hawa nafsu serta kejahilan dengan menghumban sebahagian besar umat Islam ke dalam neraka.

Kepada para pencinta ilmu dan kebenaran, asatizah, guru-guru, pensyarah, pelajar pengajian tinggi, buku ini perlu dimiliki segera !

Dapatkan segera buku 6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah.
Harga: Semenanjung Malaysia RM 30.00; Sabah/Sarawak RM 33.00
Penerbit: Mawleed Publishing Sdn. Bhd.

Boleh buat pesanan melalui
Toko Buku as-Sunnah
36, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia
(berdepan Pintu Gerbang A Stadium Bola Selangor, Shah Alam)
Tel/Fax: +603-55196300 / +60163306300 (Ustaz Khairul Anwar)
email: darulakhyar@gmail.com

Buku ini di tulis oleh teman karib al-Fagir iaitual-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll as-Sarawaqi. Beliau adalah merupakan pensyarah di Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya, Selangor. Dan insyaAllah akan menamatkan pengajian peringkat kedoktoran (PhD) sedikit masa lagi.

Buku ini adalah merupakan sebahagian kecil daripada tajuk-tajuk perbincangan beliau di dalam buku beliau yang berjudul PERSOALAN KHILAFIYYAH DAN PENJELASAN ULAMA`, INILAH JAWAPANNYA (buku yang tebalnya mencecah 1,000 halaman ini masih di dalam proses untuk dicetak). Isi kandungan buku 6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah ini membincangkan beberapa perkara penting yang perlu difahami di dalam rangka memahami perkara-perkara khilafiyyah. Buku ini dibahagi kepada 2 bahagian:

Bahagian Pertama membincangkan tajuk:

Bid’ah
At-Tark
Mafhum dan bentuk Ibadah
Hadits Dhaif
Ikhtilaf
Mempercayai Ulama` dan pendapat mereka
Bahagian kedua (petikan perbahasan beberapa perkara khilafiyyah daripada kitab asal PERSOALAN KHILAFIYYAH DAN PENJELASAN ULAMA`, INILAH JAWAPANNYA yang membincangkan lebih daripada 117 persoalan)

Melafazkan niat
Posisi meletakkan tangan selepas takbiratulihram
Menggerakkan jari telunjuk ketika tasyahhud
Doa qunut di dalam sholat Shubuh
Kenduri/majlis tahlil
Talfiq
Tidak bermazhab dan lain-lain

Untuk mengetahuinya, maka sila dapatkan buku tersebut!

Sumber : http://al-fanshuri.blogspot.com/2010/05/buku-6-perkara-asas-memahami.html

Advertisements