Pemberitahuan – Majlis-majlis Haul Imam Al-Haddad
Siri Majlis-Majlis Haul Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad sedang di selaraskan di beberapa bandar di sekitar Malaysia selain dari di Lembah Kelang mulai 12 Oktober 2010 hingga 24 Oktober 2010. Tamu terulung dari golongan ulama’ antarabangsa terdiri dari Al-Allaamah Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Semait dari Madinah, Al-Allaamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz dari Yaman dan Al-Habib Abdullah Attas Al-Habshi dari Makkah. Selain mereka, beberapa lagi ulama’ dari Malaysia dan rantau ini akan sampaikan kata-kata hikmah, sebahagiannya dari kalam Imam Al-Haddad berkaitan dengan tajuk tema tahun ini iaitu ‘YAQIN’.
Tidak lama lagi akan kami paparkan disini jadual keseluruhan majlis-majlis ini.
http://www.alhawi.net/
***Manaqib dan Mutiara Kata Imam Al Haddad akan di paparkan di pondokhabib mulai minggu ini.