LAYLATUL QADAR

PENDAHULUAN

Kita amat bersyukur menjadi Umat Islam kerana sentiasa diberikan bonus oleh Allah SWT. Ada bonus yang bersifat berterusan seperti kontrak nyawa, subsidi hidup dan bantuan ihsan. Ada pula yang boleh didapati secara berkala sempena kedatangan bulan, minggu, hari dan malam tertentu. Antara bonus terbesar ialah perutusan Nabi SAW (MawlidurRasul), Nuzul al-Qur’an, Bulan Ramadhan dan Idul Fitri. Bonus-bonus khusus untuk orang -orang yang beriman dan beramal soleh. Firman Allah SWT : “Mereka itulah sebaik-baik makhluk atas muka bumi ini. Bagi mereka ganjaran syurga yang mengalir dibawahnya anak-anak sungai, mereka kekal di dalamnya buat selama-lamanya. Allah meredhai mereka dan mereka meredhai Allah SWT. Hal yang demikian berlaku kerana mereka takutkan Allah SWT. “al-Bayyinah, ayat 7-8

INTISARI AL-QADR

Laylatul Qadr adalah tidak terkecuali dari senarai bonus tahunan Allah SWT untuk umat Habibina al-‘Azham.

1) Turunnya al-Qur’an secara sekaligus dari Luh Mahfuz ke Baytil Izzah dan dari Baytil Izzah ke Langit dunia. langit dunia kemudiannya dikawal ketat oleh para Malaikat. Kemudiannya Jibril A.S menurunkannya kepada Nabi SAW secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun. Penurunan al-Qur’an adalah intisari terbesar dalam sejarah peradaban dunia. Ia lebih penting dari segala-galanya. Jika al-Qur’an tidak diperturunkan nescaya manusia tiada panduan dalam mengurustadbir hidupnya. namun, disebalik nuzul al-Qur’an, tidak beerti jika kita tak mampu berkomunikasi dengannya : memahami, menjiwai dan memartabatkanya dalam semua aspek kehidupan kita secara bersepadu dan menyeluruh.

Peristiwa nuzul Qur’an ini membuktikan kepada kita bahawa Allah TIDAK BERADA DILANGIT sebagaimana yang disangka oleh mereka yang berfahaman Tajsim (mengkhayalkan Allah berjisim). Jika Allah berada dilangit, siapa pula berada di Arasy, Jika Allah di Arasy siapa pula di Luh Mahfuz, Jika Allah di Luh Mahfuz siapa pula di Baytil Izzah. Sedangkan langit berada di bawah semua objek ini. Dan langit pula adalah jisim. Patutkah Allah SWT bersentuh, bersambung dan berpindah randah dengan makhluk ciptaanNya. Patutkah kamu menjisimkan Allah sebagaimana yahudi yang suka meremehkan kedudukan Allah SWT. Subhanallah
http://al-ghari.blogspot.com/