Kalam Salaf : Kelebihan Bulan Ramadhan
Ramadhan adalah bulan yang sangat istimewa kerna padanya terdapat pelbagai kelebihan. Oleh itu marilah kita meraih segala kelebihan yang ada padanya. Quthbul Da’wah wal Irsyad, Ghauts al-‘Ibaad wal Bilaad, al-Imam al-‘Allamah al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه, menyebutkan kelebihan-kelebihan Ramadhan di dalam kitabnya yang terkenal bertajuk an-Nashoih ad-Diniyyah wa al-Washoya al-Imaniyyah:

فضائل شهر رمضان

وفي فضل شهر رمضان قال رسول الله رسول الله عليه وآله وسلم: ” رمضان إلى رمضان، والجمعة إلى الجمعة، والصلاة إلى الصلاة، مكفرات لما بينهن إذا اجتنبت الكبائر ” (حديث صحيح. رواه مسلم، وأحمد، والبيهقي عن أبي هريرة رضي الله عنه) وقال عليه السلام في شهر رمضان: ” هو شهر الصبر، والصبر ثوابه الجنة (رواه ابن خزيمة ، والبيهقي عن سلمان الفرسي رضي الله عنه).وقال فيه: ” أوله رحمة، وأوسطه مغفرة، وآخره عتق من النار، وأن الله تعالى ينظر في أول ليلة منه إلى المسلمين، ومن نظر إليه لم يعذبه، ويغفر لهم في آخر ليلة منه ” (رواه ابن خزيمة، والبيهقي) وقال جبريل لرسول الله – عليهما السلام -: ” من أدرك رمضان فلم يغفر له أبعده الله ، قل : آمين ، قال رسو الله رسول الله رسول الله عليه وآله وسلم : آمين “( الحديث رواه ابن حبان، والبيهقي، والحاكم، والطبراني )

(قلت): ذلك لتيسر أسباب المغفرة في رمضان أكثر منها في غيره من الشهور، فليس يحرم المغفرة فيه إلا من تفاحش إعراضه عن الله وعظمت جرائته على الله، فاستوجب البعد والطرد عن باب الله. نسأل الله العافية من سخطه وعذابه وجميع بلائه.
وقال عليه الصلاة والسلام : ” من صام رمضان وقامه إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه ” – حديث صحيح رواه الشيخان، وأبو داود ، والنسائي، وابن ماجه عن أبي هريرة رضي الله عنه

Kelebihan-kelebihan Bulan Ramadhan

Mengenai kelebihan bulan Ramadhan, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:

رمضان إلى رمضان، والجمعة إلى الجمعة، والصلاة إلى الصلاة، مكفرات لما بينهن إذا اجتنبت الكبائر

Ertinya: Bulan Ramadhan satu ke bulan ke bulan Ramadhan berikutnya, Jum’at satu ke Jum’at berikutnya, dan satu shalat ke shalat berikutnya menjadi penebus dosa di antara keduanya, selama dijauhi segala dosa besar. (Hadits riwayat: Imam Ahmad, Muslim dan al-Baihaqi)

Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda mengenai bulan Ramadhan:

هو شهر الصبر، والصبر ثوابه الجنة

Ertinya: Bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran, dan balasan kesabaran adalah syurga. (Hadits riwayat: Ibnu Khuzaimah dan al-Baihaqi)

Sabda Baginda صلى الله عليه وآله وسلم lagi:

أوله رحمة، وأوسطه مغفرة، وآخره عتق من النار، وأن الله تعالى ينظر في أول ليلة منه إلى المسلمين، ومن نظر إليه لم يعذبه، ويغفر لهم في آخر ليلة منه

Ertinya: Awalnya (bulan Ramadhan) adalah rahmat, pertengahnya adalah ampunan, dan akhirnya adalah pembebasan. Dan sesungguhnya Allah Ta’ala menilik (dengan pandangan rahmatNya) kaum Muslimin pada malam pertama dari bulan Ramadhan tersebut, dan siapa yang mendapat tilikan Allah Ta’ala nescaya ia tidak akan disiksaNya, selanjutnya Dia mengampuni mereka pada akhir malam dari bulan Ramadhan. (Hadits riwayat: Ibnu Khuzaimah dan al-Baihaqi)

Jibril عليه السلام berkata kepada Nabi صلى الله عليه وآله وسلم:

من أدرك رمضان فلم يغفر له أبعده الله ، قل : آمين ، قال رسول الله عليه وآله وسلم : آمين

Ertinya: Barangsiapa yang menemui bulan Ramadhan sedang ia tidak diampuni Allah Ta’ala nescaya ia akan dijauhkan dari rahmat Allah. Katakanlah Amin!’ Maka Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم berkata: ‘Amin. (Hadits riwayat: Ibnu Hibban, ath-Thabrani, al-Hakim dan al-Baihaqi)

Hal itu disebabkan pada bulan Ramadhan begitu mudahnya mendapatkan sebab-sebab maghfirah dibandingkan bulan-bulan lainnya. Kerana itu tiada seorangpun yang diharamkan memperoleh ampunan pada bulan itu, melainkan ia terlalu banyak berpaling dari Allah Ta’ala dan sangat berat penentangannya. Oleh kerananya ia jauhkan dan diusir dari pintu Allah. Kita memohon perlindungan dan keselamatan dari kemurkaan Allah Ta’ala dan siksaNya serta segala bencanaNya.

Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:

من صام رمضان وقامه إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

Ertinya: Barangsiapa berpuasa Ramadahan dan mendirikan (berjaga) malamnya dengan penuh iman dan ihtisab, nescaya diampuni segala dosanya yang telah lalu. (Hadits riwayat: al-Bukhari, Muslim dan yang lainnya)

[Petikan dari kitab Mukhtasor an-Nashoih ad-Diniyyah wa al-Washoya al-Imaniyyah – Ringkasan Kitab Wasiat Nasihat Agama dan Wasiat Iman al-Abdullah al-Haddad. Ringkasan oleh Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki]