Beribadat Pada Malam Ramadhan

Syaikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani dalam karyanya berjodol “Bisyaratul ‘Amilin wa Nadzaratul Ghafilin” meriwayatkan satu hadits daripada Amirul Mu’minin Sayyidina ‘Ali r.a. Kata Sayyidina ‘Ali r.a.:-
“Aku dengar Rasulullah s.a.w. ia bersabda: “Bahawasa bagi Allah ta`ala pada keliling arasyNya satu tempat dinamakan dia Hadhziratul Qudsi dan iaitu daripada nur. Di dalamnya beberapa banyak malaikat, tiada dihinggakan bilang-bilangan mereka itu melainkan Allah ta`ala. Berbuat ibadat mereka itu akan Allah ‘azza wa jalla akan ibadat yang tiada segang (senggang) mereka itu satu saat sekali pun. Maka adalah segala malam bulan Ramadhan meminta izin mereka itu turun kepada bumi. Maka sembahyang mereka itu serta anak Adam. Maka mereka itu turun pada tiap-tiap malam kepada bumi. Maka tiap-tiap mereka yang ia menyentuh akan mereka itu, atau mereka itu menyentuh akan dia, nescaya ia dapat sa`adah akan sebagai sa`adah yang tiada dicela kemudiannya selama-lamanya.
Mudah-mudahan dapat kita kelebihan ini. Mudah-mudahan dapat bersentuh atau disentuh oleh malaikat, tapi cari le tempat kat mana mereka berada, iaitu di tempat-tempat ibadah. Kalau depan tv susah sikit le, sebab malaikat ni kerjanya beribadah bukannya nonton tv.

Sumber : /bahrusshofa