al-‘Allamah al-Hasan bin al-Siddiq al-Ghumari رحمه الله

Dicatat oleh al-‘Abd al-Da’if: pada 8.6.10


al-‘Allamah al-Kabir al-Sayyid al-Hasan bin al-Siddiq al-Ghumari kembali ke rahmatullah pada 23 Jamadil AKhir 1431 bersamaan dengan 6hb. Jun 2010, mengikuti abang-abangnya Ahmad, ‘Abdullah, al-Zamzami, ‘Abdul Hay dan ‘Abdul ‘Aziz رحمهم الله.
Beliau dilahirkan pada tahun 1926 di Tanja, Maghribi. Antara guru-guru beliau ialah abang- abangnya Ahmad, al-Zamzami dan ‘Abdullah, Syeikh al-‘Arabi Bu ‘Iyad, anaknya ‘Abdul Salam Bu ‘Iyad, Syeikh ‘Abdur Rahman al-Juzairi, Syeikh ‘Abdus Salam al-Banani dan lain-lain.
Beliau pernah meraih Anugerah Sultan Muhammad VI bagi ahli hadith. Namun, tidak seperti abang-abangnya, beliau agak kurang memberi tumpuan kepada bidang penulisan kerana masanya lebih banyak ditumpukan kepada bidang dakwah dan pengajian. Antara karya-karya beliau ialah;
التبيان لحجة عمل الإخوان في توحيد صوم رمضان
:سلسلة دروس ومحاضرات – الجزء الأول (مطبوع)، ويشتمل هذا الجزء على الموضوعات الآتية
التصوف وأثره في نشر العلم والمعرفة
تكريم الإسلام للمرأة
فضل ليلة القدر
الشفاعة الكبرى
ديوان خطب الجمعة – مخطوط –
مجموعة من الفتاوى والنوازل
Rujukan: