12 rakyat Malaysia di atas Mavi Marmara selamat

2010/06/01

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SEPANG: Kesemua 12 orang rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera Israel pagi semalam, disahkan selamat.

Menteri Luar Datuk Anifah Aman, berkata Kementerian Luar kini berusaha membawa mereka pulang ke tanah air.

“Kita sudah jalankan usaha untuk membawa balik warganegara yang ditahan itu,” katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, hari ini.

Katanya beberapa negara seperti Jordan dan Turki sudah menyuarakan kesediaan mereka untuk membantu dalam usaha itu.

“Filipina dan Ireland yang mempunyai misi di Tel Aviv juga ingin membantu supaya rakyat kita dapat dibawa balik melalui udara atau jalan raya,” katanya. – Bernama