Group Di Facebook Yang Membahayakan

Dimasukkan oleh IbnuNafis

Assalamu’alaikum,

Setelah berkecimpung di dalam arena Facebook yang serba meluas tanpa ada kawalan (sebagaimana juga laman-laman blog/web) yang boleh ditulis oleh sesiapa sahaja. Didapati terdapat juga group fans yang dalam diam/halus membawa fahaman Wahhabi tetapi dengan motto yang pastinya memikat siapa sahaja. Seperti groupfans ini :
1. ♥ LA TAHZAN, Jalan pulang ke pangkuan Allah terlalu luas!
2. AHLI SUNNAH
3. SUNNAH
Apa yang menarik, artikel-artikel yang bercorak percintaan amat menarik perhatian remaja akan disajikan. Dan biasanya secara perlahan-lahan akan diperkenalkan dengan tokoh-tokoh ulamak wahhabi yang terlibat dalam menghukum sesat dan kafir kepada Umat Islam. Terdapat beberapa ahli yang telah di’ban’ hanya kerana menegur admin di Group Fans ini kerana menjelaskan dan membongkar kegiatan mereka.
Sebagai contoh :
Group Fans yang pertama iaitu :♥ LA TAHZAN, Jalan pulang ke pangkuan Allah terlalu luas! telah memberikan link group ini ke laman web RASUL DAHRI.
Rasul Dahri telah menulis satu buku di dalam kandungan bukunya mengandungi isi yang mengkafirkan ulamak dan umat Islam yang mengikut Asya’iroh.
Buktinya :

Antara isinya (sila klik untuk besarkan imej) :

Dalam tulisan yang digariskan merah menyebutkan :

Termasuk dalam kategori ini (bid’ah i’tikad) sebagaimana yang disepakati oleh ulamak Ahli Sunnah Wal – Jama’ah [tidak tahulah ulamak mana yang beliau sandarkan hukuman ini] yang berpegang dengan manhaj Salaf as Soleh ialah : Syiah, Khawarij, Jahamiyyah, Murjiah, Muktazilah, Asya’ariyyah dan semua cabang-cabang dari firqah-firqah sesat ini. Mereka ini adalah golongan yang bid’ah akidahnya  yang mana di akhirat kelak akan dikekalkan di dalam neraka.

Adakah ini salah satu cara terbaharu untuk membawa fahaman Rasul Dahri yang menghukum kafir kepada Asya’iroh ? Juga membawa fahaman wahhabi ekstrim yang lain ?

Peringatan : Berhati-hatilah dalam memilih group fans di Facebook. Tidak mahulah suatu hari nanti sesama sendiri, keluarga, saudara, kawan-kawan menghukum bid’ah sesat/ahli neraka/kafir. Na’uzubiLlahi min zalik.