Assalamualaikum wbt.

Tn/Pn yang dermawan, berikut ana panjangkan surat permintaan dari sahabat kita, Ust Muhammad Huzaif, berkaitan dengan Sumbangan Ikhlas untuk Ma’ahad as-Syatirie.

Pengenalan Ma’ahad as-Syatirie.

Ma’had As-Syatirie ditubuhkan pada awal tahun 2009 dan diasaskan serta dipimpin oleh Al-Fadhilatul Syeikh Zulkiflie bin Hj. Muhammad Suhaimi al-Yamani al-Hadromi at-Tarimi setelah mendapat keizinan daripada Tuan Guru beliau di Rubat Tareem di Tareem, Hadramaut, Yaman iaitu Al-‘Alim al-‘Allamah “Sultona ‘Ulama” Habib Salim bin Habib Abdullah as-Syatirie supaya membuka cawangan Rubat Tareem di Malaysia. Rubat Tareem adalah merupakan sebuah institusi pengajian Islam tradisional yang terpenting di Tareem. Rekod menunjukkan bahawa lebih daripada 13,000 pelajar lepasan Rubat Tareem telah berjaya menjadi ulama’ yang memegang jawatan imam, mufti, qodhi dan ramai juga yang kembali menjadi syeikh, tuan guru, kiai’ dengan membuka pusat pengajian persendirian (pondok/madrasah/pesantren) di Yaman, Indonesia, Malaysia, Singapura, Pattani, Eropah, Afrika dan kebanyakan negara-negara Timur Tengah.

Ma’had As-Syatirie terletak di Kampung Sungai Dedap, Kota Sarang Semut, Jalan Yan, 06800, Alor Setar, Kedah. Antara objektif penubuhan Ma’had ini adalah untuk menyediakan kursus intensif Bahasa Arab juga ilmu-ilmu pengajian islam yang lain seperti tauhid, feqah, tasauf, tafsir al-quran & tajwid, hadis & mustolah hadis, nahu, sorof, balaghoh, mantiq, faroid, siroh, marhaban/berzanji/burdah dan ilmu-ilmu yang berkaitan bagi melengkapkan syarat untuk para pelajar yang ingin menyambung pengajian di Rubat Tareem, Yaman. Juga memberi gambaran tentang sistem pengajian bertalaqqi di Rubat Tareem dan yang teristimewanya pengajian di sini adalah ilmunya bersanad kepada pengarang kitab-kitab turath, ulama’-ulama’ tersohor yang sanad ilmunya tali-menali / rantai-merantai sehinggalah kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Sistem pengajian pondok sejak dahulukala sememangnya tidak mengambil yuran dari para pelajar. Oleh itu sumbangan ikhlas daripada orang ramai amat diperlukan untuk meneruskan kelangsungan pondok yang menjadi benteng terakhir sistem pengajian ilmu-ilmu agama yang paling sohih sanadnya hingga ke Rasullullah S.A.W. Sumbangan ikhlas tuan-tuan & puan-puan yang dirahmati Allah bolehlah dibuat kepada Akaun Bank Ma’had As-Syatirie iaitu Bank Islam 0-011-02-081001-1 juga boleh membuat sumbangan persendirian untuk pelajar cemerlang (Mumtaz Jiddan) di sana yang juga ahli jemaah pengajian Ba’alawi Kuala Lumpur iaitu Ustaz Muhammad Huzaif bin Noslan di akaun Maybank Islamic 162450089397 yang akan melanjutkan pengajiannya di Rubat Tareem, Yaman. Apa jua sedekah, zakat, hadiah & juga sumbangan bulanan misalnya amatlah dialu-alukan. Sumbangan ikhlas tuan- tuan & puan-puan mudah-mudahan diterima oleh Allah S.W.T sebagai amal jariah yang berkekalan hingga ke akhirat, amin, insyaAllah.

Sebarang pertanyaan/maklumat bolehlah menghubungi nombor-nombor telefon ini iaitu Syeikh Zulkilfie bin Hj.Muhammad Suhaimi al-Yamani (Mudir/Pengetua Ma’had) 013-4377786/ 013-5107557 atau Ustaz Muhammad Huzaif bin Noslan (Pelajar/Tenaga Pengajar) 013-5339786/ 013-5111980.

Jazakallahukhoironkassiron.Wassalam.
Ustaz Muhammad Huzaif