Mutiara Al-Habib Umar Ibn Hafidz @ Majlis penutup Dowroh 2008:

‘Tujuan Para Ahli Kheir(orang yang membuat kebaikan) adalah untuk mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t.Dan Orang yang paling dekat dengan Allah adalah orang yang paling dekat dengan (Sayyidina) Muhammad di akhirat nanti.Sesungguhnya (Sayyidina) Muhammad telah memberi kita berita ini(Hadis):’Sesungguhnya orang yang paling LAYAK bersama ku adalah mereka yang paling banyak berselawat keatas ku ‘.

Dan bersama berita ini,ia memberi khabar kepada kita bahawa orang yang banyak berselawat ke atasnya,hatinya bersih,sirnya bersinar,batinnya berkelipan hingga dia(orang yang banyak berselawat) itu menjadi diantara orang yg paling mulia peribadinya.

‘Sesungguhnya Orang yang paling DEKAT kedudukannya bersama ku adalah mereka yang paling mulia akhlaknya(Hadis).Dan tidak yang paling DEKAT itu kecuali yang paling LAYAK.Ianya adalah sama.Orang2 yang banyak berselawat keatasnya adalah mereka yang memiliki peribadi yang mulia,hidup dalam dirinya itu akhlak2 Rasulullah (sollahu ‘alaihi wa sallam)…