Kenduri Arwah lagi…

Mekah banjir…

Ada setengah orang menuduh Tuan-tuan Guru pondok telah tergesa-gesa mensahihkn hadis kenduri 7 hari Imam Sayuthi tersebut?. Siapa pula yang tergesa-gesa mensahihkan hadis yang memang telah telah disahihkan oleh Imam Sayuthi itu. Yang mana Imam Sayuthi telah menyatakan kesahihannya berdasarkan kaedah-kaedah ilmiah. Bukan fikiran rasa-rasa taksub pada pendapat sendiri. Kalau pembantah cuba untuk menolak pentashihan Imam Sayuthi tersebut, silakan dan cuba lah buat sedaya upayanya dengan apa jalan pun. Habis bahas pun akan berakhir juga dengan kesimpulan itu perkara ikhtilaf yang telah diizinkan oleh Syariat Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w.

Ada pula setengah yang lain pula cuba mentarjih dan tajrih hadis A’shim Kulaib tersebut , mana yang mahfuzh , mana yang tidak mahfuzhnya…. Dan dikomentari dengan ayat-ayat yang seolah-olahnya hadis Ashim bin Kulaib itulah semata-mata tunjang dalil kenduri arwah yang diamalkan masyarakat?..

Tak ada sesiapa pun dikalangan ulamak yang mengharuskan kenduri tahlil arwah dengan semata-mata berteraskan hadis ‘ashim tersebut. Hadis tu sebahagian dalil sokongan. Bukan asasnya. Lagi pula pendapat dan komen para muhadisin terhadap status hadis yang menyebut “penyeru isteri mayat” dengan muqayyad itu telah berikhtilaf ulamak. Ada yang mensahihkannya bukannya takde seperti dakwaan pembantah. Jadi apa salahnya beramal dengan hadis-hadis yang begitu. Ke saja nak taksub ke pendapat sendiri?..

Ini perbahsan berkenaan hadis-hadis yang seperti ini yang sangatlah panjang. Kalau nak meluaskan pengetahuan rajin-rajin lah membelek .

 

http://pondoktampin.blogspot.com/