TERBABAS BILA BERBICARA MENGENAI KALIMAH ALLAH SWT
Oleh: Dr. Asmadi Mohamed Naim
Kita masih lagi membincangkan boleh atau tidak menggunakan nama Allah SWT oleh orang-orang Kristian dalam penerbitan mereka berbahasa Melayu..
Kerap kali juga kita TERBABAS tajuk bila kita masukkan juga isu lain seperti, bolehkah orang-orang kafir sebut nama Allah? Bukan setakat orang-orang awam terbabas, ahli-ahli panel diskusi pun terbabas.
Kadang-kadang kita membolehkan penerbitan tersebut, dgn menggunakan hujah ‘ulama tidak melarang’ orang-orang kafir sebut nama Allah. Saya pun secara peribadi, tak akan melarang kalau orang-orang Cina kata: Jangan mencuri nanti tuhan Allah nampak!
Saya juga tak akan melarang kalau orang Arab Kristian gunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan mereka, sebab itu memang bahasa mereka.
Saya juga tak melarang, kalau ada orang nak gunakan nama Islam, walau dia bukan Islam, seperti Nurul Huda Abdullah (bekas perenang tersohor negara). Menggunakan nama baik-baik memang disuruh.
Yang saya tak setuju, menggunakan perkataan Allah utk PENERBITAN mereka dalam bahasa Melayu. Secara realiti, berapa kerat sangat orang nak guna bahasa Melayu dalam gereja? Di Sabah & Serawak, ramai guna bahasa kaum masing-masing? Kalau nak diguna dalam gerejapun, kita bukannya periksa pun.
Mengenai dalil, ramai berhujah Allah SWT sebutkan bahawa (lidah-lidah) mereka mengatakan Allah lah tuhan mereka, namun hati mereka belum pasti beriman (katanya ada iman tauhid rububiyah?) Kita tolong isbatkan mereka beriman dan bertauhid!.
Tapi, takde pula orang bangkitkan Allah SWT marah orang yang sebut nama Allah ini sebagai ‘3 in One’, lihat ayat 73, Surah al-Maidah:
Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan: “Bahawasanya Allah salah satu dari yang tiga”, padahal sekali-kali tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Tuhan Yang Esa. JIKA MEREKA TIDAK BERHENTI DARI APA YANG MEREKA KATAKAN ITU, PASTI ORANG-ORANG KAFIR DI ANTARA MEREKA AKAN DITIMPA SIKSAAN YANG PEDIH.
Saya hairan: Ancaman siksaan pedih itu (huruf besar), tak cukupkah untuk menunjukkan Allah SWT pun tak setuju namanya disebut sebegitu!. Kalau ikut kaedah istinbat hukum pun, ancaman siksa menandakan haram. Kalu kita dah mampu kekang perkara ni berlaku (dah berjaya halang dengan perundangan agar Allah itu ditafsirkan bukan 3 in 1), tak berdosakah utk kita izinkan berlaku semula kemurkaan Allah SWT itu?
Wallahu A’lam, Allahu al-Musta’an.
Saya sungguh sedih dan marah juga bila isu kalimah Allah ini begitu hangat diperbincangkan dari sudut yang negatif.
Saya suka nak share cerita saya yang membanggakan diri saya sebagai seorang hambaAllah.Sekolah tempat saya bertugas mengadakan bacaan surah Yasin setiap pagi Jumaat di tapak perhimpunan sebelum memulakan waktu belajar.Aktiviti ini dah berterusan lebih dr 2 tahun.Ketika ini,saya akan turut serta bersama rakan-rakan seperjuangan dan anak didik kami.Satu pagi Jumaat,saya uzur namun turut berada disatu sudut untuk mengambil berkat doa.Ketika memerhatikan majlis yang murni inilah,mata saya terpaku kepada kepulan awan yang berubah ubah dan terus membentuk kalimah Allah.Hanya dalam beberapa saat,perasaan saya rasa terharu dan agak terkilan tak dapat nak tunjuk kawan-kawan kerana masing-masing sedang khusyuk membaca.Bukankah itu satu petanda,bahawa kalimah itu satu indikasi bahawa kalimah Allah ini adalah identiti Tuhan kita.