Perbanyakkan Shalawat Pada Malam dan Hari Jum’at

Al-Hakim berkata: Hadits ini adalah khabar yang syaz tetapi sanadnya shahih. Dan ini diakui oleh az-Zahabi. Hadits ini diriwayatkan oleh al-Baihaqi daripada Sayyidina Abu Hurairah رضي الله عنه, Ibnu ‘Adiy daripada daripada Sayyidina Anas رضي الله عنه dan Sa’id bin Manshur daripada Sayyidina al-Hasan al-Bashri dan Khalid bin Ma’daan رضي الله عنهما secara mursal. Hadits ini juga diriwayatkan oleh ath-Thabarani daripada Sayyidina Abu Hurairah رضي الله عنه

Imam al-Munawi berkata di dalam al-Faidh al-Qadir: Yakni malam Jum’at dan siangnya. Didahulukan sebutan malam daripada siangnya kerana ia terdahulu wujud daripada siang. Malamnya disifatkan dengan al-Gharra’ kerana ramainya malaikat pada malam itu dan mereka itu cahaya bagi keistimewaannya melalui tajalli khusus, manakala siang harinya disifatkan dengan al-Azhar kerana ia adalah hari yang paling afdhal di dalam seminggu.

Syaikh Muhammad Riyadh al-Malih berkata: Hari Jum’at dinamakan Azhar adalah kerana ia akan menerangi ahli Jum’at supaya mereka berjalan di bawah cahayanya pada hari kiamat.