Toma’ninah Dalam Sembahyang
Posted on Januari 28, 2010 by sulaiman
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. masuk ke dalam masjid dan seseorang mengikutinya. Orang itu mengerjakan solah dan kemudian duduk menemui Nabi s.a.w. dan mengucapkan salam. Nabi s.a.w. membalas salamnya dan berkata,”Bangunlah dan solahlah kerana kamu belum solah.” Orang itu mengerjakan solat dengan cara sebelumnya, kemudian menemui dan mengucapkan salam kepada Nabi Saw. Baginda pun kembali berkata, “Bangunlah dan solahlah kerana kau belum solah.” Hal ini terjadi tiga kali. Orang itu berkata, “Demi dia yang mengutus engkau dengan kebenaran, aku tidak dapat mengerjakan solah dengan cara yang lebih baik selain dengan cara ini. Ajarilah aku bagaimana cara solah. “Nabi Saw. bersabda,

“Apabila kamu hendak bersembahyang, ambil wudhuk (terlebih dahulu, selepas itu) menghadaplah ke kiblat, maka buatlah takbir, kemudian bacalah apa-apa ayat suci yang mudah bagi kamu, kemudian buat rukuk sehingga tenang (di dalamnya)(toma’ninah). Kemudian angkatlah kepalamu dan berdiri lurus, lalu sujudlah hingga kau merasa tenang selama sujudmu, kemudian duduklah dengan tenang dan kerjakanlah hal yang sama dalam setiap solatmu.” (H.R Bukhari & Muslim)

Di dalam mazhab Syafie dan Hambali, Toma’ninah adalah salah satu daripada rukun sembahyang.

Manakala dalam mazhab Hanafi, toma’ninah bukanlah satu daripada rukun sembahyang, tetapi hukumnya adalah sunat. Ini kerana di dalam hadith di atas, lelaki itu tidak mengulangi sembahyangnya selepas Rasulullah s.a.w. mengajarnya cara sembahyang yang betul. Mungkin selepas peristiwa itu barulah beliau sembahyang dengan Toma’ninah.

Mazhab Hanafi mengambil kira samada perawi hadith itu beramal atau tidak dengan hadith yang diriwayatkan (sepertimana hadith tentang samak 7 kali oleh Abu Hurairah, walaupun beliau sendiri cuma basuh dengan 3 kali air biasa).

Mazhab Syafie pula tidak mengambil kira faktor perawi itu beramal atau tidak dengan hadith, asalkan ianya adalah hadith dan sahih.

Difailkan dalam: Hadith, Sembahyang (Solat)