Larangan meratapi kematian (jika disuruh)
Posted on Januari 11, 2010 by sulaiman
Hadis Umar r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya mayat itu akan terseksa kerana tangisan ahli keluarga terhadapnya.

Meratapi bererti menangis yang mengeluarkan suara yang kuat. Menjadi amalan sesetengah kaum meratapi kematian seseorang bahkan diupah pula untuk menangis kematian . Pada pendapat mereka ramainya orang yang menangis dan kuatnya tangisan itu menunjukkan tanda bahawa seseorang itu seorang yang baik.

Dari Abdullah r.a katanya, Nabi SAW bersabda: ”Tidak termasuk golongan kami orang yang menampar–nampar pipi, mengoyak-ngoyak baju dan berteriak-teriak seperti teriakan jahiliyyah (kerana meratapi mayat) .”(al-Bukhari)

Pada mulanya dilarang meratapi mayat secara mutlak. Kemudian berlaku perubahan hukum, iaitu dilarang meratapi mayat sekiranya disuruh atau diwasiatkan supaya meratapi kematian.

Adapun menangis sekadar mengalirkan air mata, maka ia dibolehkan kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga mengalirkan air matanya apabila anaknya Ibrahim meninggal dunia.

Sepertimana perubahan hukum dalam larangan ke atas perempuan menziarahi kubur. Pada mulanya dilarang, tapi akhirnya dibenarkan. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Ziarahilah perkuburan, kerana perbuatan demikian akan mengingatkan kamu kepada kematian.” (Hadis riwayat Muslim).
http://nasbunnuraini.wordpress.com