Kebesaran Solat Sunat 2 Rakaat
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu
antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah
itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: “Wahai Tuhanku,
adakah
engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.” Lalu Allah
berfirman yang bermaksud.. “Tidak”
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur
kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud.
“Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku
seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang
seorang
nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya ‘Muhammad.’ Dia
mempunyai
umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan
solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan
lupa
serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa
mereka
pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya
solat
mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan
solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas
perintahKu.”
Kemudian Jibrail as berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?” Lalu Allah berfirman yang
bermaksud. “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat
tinggal…” Kemudian Jibrail as meminta izin keada Allah untuk melihat
syura Ma’waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka
pergilah
Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia
mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000
tahun,
terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa
letih dan
lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah
pohon
dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: “Ya
Tuhanku
apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya,
atau seperempatnya?”
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kalau
kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang
telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari
beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…..”
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan
Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam
solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di
dalam
semua hari.
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam Kalau
rajin…
Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain
agar
menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat
ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya
meskipun
dia sudah meninggal dunia…
http://khairaummah.com