Balasan kebaikan
Posted on Januari 7, 2010 by sulaiman
An-Naml [89] Sesiapa yang datang membawa amal kebajikan (yang telah dikerjakannya) maka ia akan beroleh balasan yang lebih baik daripadanya…..

Setiap perbuatan baik dibalas pahala yang setaraf dengan perbuatannya. Setiap 1 kebaikan diberikan 10 pahala dan ada kemungkinan sehingga 50, 100, 700, 1000 kali ganda pahala. Jikalau niat untuk melakukan kebaikan tapi tidak dilakukan masih dapat 1 pahala.

Syarat untuk mendapat pahala ini mestilah mempunyai IMAN dan ISLAM. Allah hanya beri syurga kepada orang yang memiliki iman dan islam.

Gafir [40]….dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh dari lelaki atau perempuan sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung.

Balasan amalan itu dinilai dari segi keikhlasan niatnya. Besar ikhlas besarlah balasannya. Amalan diberi pahala mengikut nilai atau kadar kasih sayang dan takwa seseorang itu kepada Allah. Oleh itu tingkatkanlah nilai ini agar ibadah kita menjadi lebih cemerlang untuk membawa lebih banyak duit (pahala) pulang ke kampung akhirat. Di dalam hadith disebut:-

Sesungguhnya Allah S.W.T. merekodkan (segala) pahala kebaikan dan dosa kejahatan, sehingga Baginda Mulia (Nabi Muhammad s.a.w.) menerangkan, Siapa (orang Islam) yang berazam melaku (mengerjakan) kerja yang baik tidak ia lakukan, Allah S.W.T. memberi baginya 1 pahala kebajikan yang penuh, tapi jika ia berazam dan melakukannya, Allah memberi ia 10 pahala kebajikan yang penuh sehingga 700 kali ganda, dan sehingga lebih banyak lagi, dan jika sesorang orang Islam berazam hendak melakukan sesuatu kerja jahat (yang berdosa) tidak ia lakukannya, Allah mengurniakannya 1 pahala kebajikan yang penuh, tapi jika ia berazam dan melakukannya, Allah menulis dosa satu kejahatan yang penuh, dan tidak binasa seseorang itu disisi Allah S.W.T. melainkan orang yang telah ditakdir binasa (Bukhari, Muslim – Jamek Saghir 1/270)