Assalamualaikum…

Tuan,

Kami dari Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia (Asyraaf) adalah sebuah persatuan keluarga Saadah Alawiyyin (SYED/SYARIFAH) seMalaysia mendapat tahu bahawa Astro Ria akan menayangkan Telefilem mengisahkan 6 Sharifah dan berkisarkan perjalanan keluarga Syed/Syarifah tidak lama lagi.

Bagi makluman pihak tuan, Keturunan Syed/Syarifah ini adalah turunan dari zuriat Nabi s.a.w. melalui Saidatina Fatimah dan Saidina Ali.
Pihak kami risau sekiranya, mungkin watak dan cerita yang akan dipaparkan nanti akan mengguris perasaan sesetengah pihak dan individu. apatah lagi perasaan Nabi s.a.w. Sesungguhnya Nabi pernah bersabda “bagi mereka yang menyakiti perasaan Nabi, sama juga menyakiti Allah dan akan mendapat azab yang pedih”.
Walaupun itu cuma Telefilem atau drama, masyarakat akan menilai negetif kepada keturunan ini yakni keturunan zuriat Nabi s.a.w. dan akan menimbulkan fitnah yang baru kepada zuriat Nabi s.a.w.

فإنهم عترتي, خلقوا من طينتي ورزقوا فهمي و علمي, فويل للمكذّبين بفضلهم من أمتي القاطعين منهم صلتي لا أنزلهم الله شفاعتي
“…maka mereka itu keturunanku diciptakan (oleh Allah) dari darah dagingku dan dikaruniai pengertian serta pengetahuannku. Celakalah (neraka wail) bagi orang dari ummatku yang mendustakan keutamaan mereka dan memutuskan hubunganku dari mereka. Kepada mereka itu Allah tidak akan menurunkan syafa’atku.”

Disebabkan kesuntukan masa, kami menghantar email ini untuk pihak tuan untuk dipertimbangkan.
Demi kemaslahatan ummah dan keharmonian serta kerukunan bangsa Malaysia, kami dengan rendah diri memohon pihak ASTRO membatalkan penayangan Telefilem 6 SHARIFAH ini.

Sekian, terima kasih.

Syed Mohd Shaiful bin Syed Abdul Aziz Jamalullail
SETIAUSAHA AGUNG ASYRAAF

http://forum.asyraaf.net/viewthread.php?tid=2406&extra=&page=2