Antara 7 Wali Allah di Tanah Melayu

Antara 7 Wali Allah di Tanah Melayu :: As-Sayyid Habib Nuh Al-Habsyi Rahimahullah 1788M – 1866M ::
Nasab dan keturunan

Nama penuh beliau ialah As-Sayyid Habib Noh bin Muhammad Al-Habsyi. Beliau yang datang dari Kedah adalah merupakan seorang yang berbangsa arab berasal dari Yaman dan asal-usul keturunan beliau juga adalah daripada keturunan Rasulullah s.a.w. menerusi nasab Zainal Abidin bin Sayidina Hussein r.a. Tidak banyak maklumat yang diketahui tentang kehidupan awal beliau. Beliau yang hidup sekitar tahun 1788M – 1866 M datang dari keluarga empat adik-beradik lelaki iaitu Habib Nuh, Habib Ariffin dan Habib Zain (kedua-duanya meninggal di Pulau Pinang) dan Habib Salikin, yang meninggal di Daik, Indonesia.

Dari perkahwinan beliau dengan Anchik Hamidah yang berasal dari Province Wellesley, Pulau Pinang, mereka dikurniakan hanya seorang anak perempuan bernama Sharifah Badaniah. Sharifah Badaniah kemudiannya berkahwin dengan Syed Mohamad bin Hassan Al-Shatri di Jelutong, Pulau Pinang. Pasangan ini kemudiannya memberikan Habib Noh hanya seorang cucu perempuan bernama Sharifah Rugayah. Dia berkahwin dengan Syed Alwi bin Ali Aljunied dan mereka mempunyai lima anak, dua lelaki dan tiga perempuan bernama Syed Abdul Rahman, Syed Abdullah, Syarifah Muznah, Sharifah Zainah dan Sharifah Zubaidah.

Dari banyak sumber yang diperolehi, Habib Nuh tiba ke Singapura tidak lama setelah Sir Stamford Raffles mendarat di pulau itu. Usianya pada ketika itu mencecah tiga puluhan tahun. Walaupun beliau telah menghabiskan saki-baki usianya di Singapura dan meninggal dunia di sana, beliau banyak berjalan, terutamanya ke Johor Bahru dan negeri-negeri lain di Malaysia untuk berdakwah. Beliau adalah seorang yang amat warak. Waktu malamnya beliau gunakan untuk solat hingga terbit fajar. Dan beliau kerap berkunjung ke makam-makam (tanah perkuburan), selalu mendoakan roh-roh yang telah meninggalkan jasad. Beliau sentiasa berjalan bersama-sama kawan-kawan rapat melainkan bila dia secara spesifik meminta untuk bersaorangan diri. [5]

Karamah

Di sini, saya ingin bekongsi bersama pembaca mengenai kemuliaan yang Allah kurniakan kepada beliau. Banyak Karamah yang dibuktikan oleh mereka yang hidup sezaman dengan beliau. Tetapi, tidak ramai yang dapat menyelami peranannya sebagai orang kerohanian yang sentiasa dirinya hampir dengan Allah SWT. Kerana peranan sebagai Rijalullah atau Rijalulghaib ini amat simbolik dan sukar difahami menerusi bahasa dan pengertian yang zahir sedangkan tugas mereka juga besar. Antara kurniaan Karamah yang diberikan Allah swt adalah seperti berikut;

1. Menghadiri Sidang Wali-wali. [6]

Mengenai keistimewaan dan ketinggian kedudukan Habib Nuh, Pakcik Muhammad Abu Bakar, 102 tahun, khadam kepada Syeikh Haji Said Al Linggi r.h. menceritakan satu peristiwa yang berlaku ke atas gurunya yang ada kaitan dengan As Sayid Habib Nuh:

Pada satu hari seperti biasa Syeikh Muhammad Said masuk ke bilik suluk khas selepas sembahyang jemaah Asar. Seperti biasa juga, Pakcik Muhammad menunggu di luar bilik kalau2 beliau dipanggil masuk oleh gurunya untuk satu2 hajat. Tetapi pada petang itu beliau tidak dipanggil, dan gurunya keluar dari bilik suluk itu apabila hampir masuk waktu Maghrib dan terus sembahyang jemaah Maghrib bersama anak2 muridnya.

Malam itu Syeikh Said tidak mengajar. Selesai sembahyang sunat, beliau bercakap dengan Pakcik Muhammad secara empat mata.

“Engkau tahu aku pergi ke mana tadi?” kata Syeikh Said.

“Saya tidak tahu,” jawab Pakcik Muhammad dengan beradab.

“Aku pergi bersidang di Bukit Qhauf. Aku dan Habib Nuh sahaja yang mewakili umat sebelah sini. Rasulullah SAW juga hadir, dan engkau jangan cerita berita ini kepada sesiapa sebelum aku mati.”

Pakcik Muhammad Abu Bakar menyimpan amanat ini sehingga beliau memberitahu penulis sewaktu di temui di rumahnya di Seremban pada tahun 1991. Syeikh Said Linggi meninggal dunia pada tahun 1926. Menurut Pakcik Muhammad, Bukit Qhauf itu duduknya di luar daripada alam Syahadah. Wallahua’lam.

“Walaupun persidangan itu dihadiri oleh Rasulullah SAW tetapi ia dipengerusikan oleh orang lain, tak tahulah siapa orang istimewa itu,” tambah Pakcik Muhammad. “Bila ditanya siapa orang yang mempengerusikan majlis itu, Syeikh Said tidak memberitahu.”

Syeikh Said jua memberitahu bahawa majlis yang dihadiri oleh beliau dan Habib Nuh ialah persidangan wali2 yang membincangkan antara lain tentang satu wabak yang akan turun, yakni wabak cacar. Dan para wali yang bersidang itu mohon bala itu supaya tidak turun. Alhamdulillah, makbul. Tetapi menurut Pakcik Muhammad, “tempiasnya” masih mengenai orang ramai sehingga ramai yang mati terutamanya orang2 kafir. [Wabak cacar pada masa itu merupakan penyakit yang sangat bahaya dan belum ditemui ubatnya].

“Saya tiga hari pengsan dan bahu saya masih berparut diserang wabak cacar itu. itupun Syeikh Said yang mengubatnya,” kata Pakcik Muhammad sambil menunjuk parut cacar di atas bahunya.

Cerita ini menggambarkan peranan tersembunyi As Sayid Habib Nuh sebagai “pencatur dunia” yang mana kenyataan ini sukar diterima oleh mereka yang hanya menggunakan akal menilai sesuatu kebenaran.

2. Menunduk Gabenor Yang Angkuh. [7]

As Sayid Habib Nuh dikurniai Allah berbagai2 karamah sebagai tanda kemuliaan pada dirinya. Pelbagai cerita mengenai kewalian dan karamah beliau dibawa dari mulut ke mulut sehinggalah kepada Sayid Hassan Al Khattib, penjaga makam Habib Nuh r.h. Di antaranya adalah seperti berikut :

As Sayid Habib Nuh bersikap tidak menghormati orang2 yang angkuh dengan kekayaan atau jawatan duniawi. Begitulah, walaupun orang menghormatinya atau takut kepada Crawford, Gabenor Singapura ketika itu tetapi Habib Nuh tidak takut kepada wakil penjajah itu.

Dalam satu peristiwa, Gabenor Crawford marah dan menghina Habib Nuh kerana beliau tidak menghormatinya. Tiba2 sahaja kereta kuda yang dinaiki gabenor itu terlekat di bumi dan tidak dapat bergerak. Gabenor naik marah dan bertanyakan hal itu kepada pengiringnya. Tetapi pengiring itu bertanya kepada tuan gabenornya, “Tahukah tuan siapakah orang yang tuan marah dan hina itu?”

Gabenor menjawab, “Itu orang gila.”

“Sebenarnya dia bukan gila tetapi dia orang baik dan ada karamah. Lihat, bila tuan marah kepada dia, dia sumpah dan sekarang kereta tuan tidak dapat bergerak,” jelas pengiringnya.

Gabenor menjadi takut dan akhirnya meminta maaf dengan Habib Nuh. Setelah Habib Nuh menepuk2 kaki kuda itu, barulah kuda itu berjalan pantas seperti biasa. Sejak itu gabenor sedar betapa As Sayid Habib Nuh mempunyai kelebihan luar biasa.

Bagaimanapun, pada satu ketika gabenor terus bersikap bongkak dan sombong dan memerintahkan orang-orangnya menangkap Habib Nuh dan mengurung di dalam penjara dengan kaki dan tangannya dirantai. Tindakan keras ini diambil kerana As Sayid Habib Nuh tetap enggan menghormati wakil penjajah yang beragama Kristian itu. Anehnya, para pengawal penjara kemudian melihat Habib Nuh di luar penjara. tangan dan kakinya tidak dirantai. Walaupun ditangkap semula, dia tetap dapat keluar dan kelihatan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku padanya akhirnya beliau dibebaskan sepenuhnya.

3. Kapal Pelayaran, Terbakar Dan Karam. [8]

Dalam satu peristiwa lain, ketika sebuah kapal hendak berlayar, muncul Habib Nuh di perlabuhan. Habib Nuh menahan barang-barang yang berharga daripada dibawa bersama dalam pelayaran itu. Orang-orang yang terlibat tidak senang dengan sikap beliau itu tetapi beliau tetap bertegas;

“Tidak boleh barang-barang yang berharga itu dibawa.”

Setelah lama berbalah, akhirnya orang ramai terpaksa akur dengan kemahuan Habib Nuh itu dan pemilik barang-barang tersebut tidak jadi mengirim barangnya dengan kapal itu.

Beberapa hari kemudian, penduduk Singapura mendapat berita bahawa kapal yang berlayar itu terbakar dan tenggelam di tengah lautan. Barulah tuan punya barang-barang tersebut sedar hikmah divsebalik larangan Habib Nuh itu. Beliau bersyukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT.

4. Habib Nuh Meminta Untuk Melaksanakan Nazar dan Niat.

Dalam satu peristiwa lain, ada seorang saudagar ingin meneruskan pelayarannya ke Singapura. Dalam pelayaran, kapalnya telah dipukul ribut kencang. Dalam suasana cemas tersebut, saudagar itu berdoa kepada Allah agar diselamatkan kapalnya dari ribut tersebut dan dia bernazar jika sekiranya dia selamat sampai ke Singapura dia akan menghadiahkan kain kepada Habib Nuh. Setelah sepuluh tahun berlalu, dia pun pulang dari pelayaran itu. Habib Nuh pergi menemuinya dan menuntut kain seperti yang diniatkannya itu. Orang itu terperanjat kerana dia tidak pernah menyatakan niatnya itu kepada sesiapa dan dia sendiri sudah lupa dengan niatnya itu kerana terlalu lama, tetapi Habib Nuh datang mengingatkannya akan niat baiknya itu. [9]

Habib Nuh juga dikenali mempunyai kelebihan untuk tahu masa depan. Beliau seolah-olah tahu jika seseorang itu sakit, memerlukan beliau atau memaksudkan beliau. Pada satu masa, seorang India Muslim balik ke India mengikut jalan laut untuk melawat keluarganya. Dia telah berniat bahawa jika dia kembali ke Singapura dengan selamat, dia akan menghadiahkan kepada Habib Nuh satu hadiah. Bila dia pulang, dia terkejut bila melihat Habib Nuh sudah sedia menunggunya di tepi laut.

Habib Nuh kata kepadanya “Saya percaya bahawa awak sudah berjanji untuk memberikan sesuatu kepada saya.” Terkejut, India Muslim itu berkata, “Katakan kepada saya wahai tuan yang bijaksana, apakah yang tuan hajati dan saya akan dengan senang hati menghadiahkan kepada tuan.”

Habib Nuh menjawab, “Saya mahukan beberapa gulung kain kuning untuk disedekahkan kepada orang miskin, yang memerlukannya dan kanak-kanak.” Sambil memeluk Habib Nuh, India Muslim itu berkata, “Demi Allah, saya amat gembira untuk menghadiahkan kepada seorang lelaki yang dirahmati Allah kerana baik budinya terhadap umat manusia. Berilah pada saya tiga hari untuk menghadiahkannya kepada tuan.”

Dia telah menunaikan janjinya dalam masa yang dijanjikan. [10]

5. Bertemu Di Kota Mekah. [11]

Beliau dikurniakan oleh Allah swt kebolehan untuk ghaib, dan dilihat kembali di tempat-tempat yang jauh. Ada yang memberitakan bahawa beliau telah dilihat sedang solat di Masjid Besar Makkah tanpa secara fizikalnya pergi ke sana. Pada satu masa, beliau pernah berkata kepada bakal haji bahawa mereka akan berjumpa di Makkah. Bila jemaah itu sampai di sana, dia telah disambut oleh Habib Nuh sendiri. Menurut orang-orang yang hidup sezaman dengan Habib Nuh, mereka pernah bertemu atau berada dengannya di beberapa tempat dalam satu masa yang sama. Kejadian seperti ini tidak pelik bagi wali-wali Allah.

6. Tabib Yang Berkat Dan Hebat. [12]

Habib Nuh juga terkenal sebagai tabib yang hebat, terutamanya ke atas kanak-kanak yang memang disukainya. Pernah beliau menyembuhkan seorang kanak-kanak yang cedera di kakinya dengan hanya meletakkan tangan-tangan beliau di atas luka itu dan membaca doa. Dalam masa yang singkat, kanak-kanak itu sudah boleh berlari semula seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku ke atasnya. Bapa kepada kanak-kanak itu amat gembira, dia telah memberikan wang kepada Habib Nuh, tapi Habib Nuh memberikan wang itu kepada yang memerlukan.

Habib Nuh sanggup mengharungi ribut untuk pergi mengubati kanak-kanak yang sakit. Beliau pernah berjalan ke Paya Lebar dari rumah beliau di Telok Blangah ketika hujan lebat untuk mengubati seorang kanak-kanak. Bila beliau sampai di rumah kanak-kanak itu, ibubapa kanak-kanak itu terkejut melihat pakaian Habib Nuh langsung tidak basah.

7. Air Bertukar Menjadi Susu. [13]

Dalam satu insiden lain, Habib Nuh telah dikejutkan oleh tangisan berterusan anak jirannya. Bila beliau pergi ke sana, beliau dapati bahawa keluarga itu amat miskin dan tidak mampu membeli makanan untuk anak yang kelaparan itu. Beliau mengalirkan airmata bila mendengar cerita itu, lantas mengambil satu tempurung kelapa,menuangkan air ke dalamnya dan membaca doa. Dengan kehendak Allah, air itu bertukar menjadi susu untuk diminum oleh kanak-kanak tersebut.

8. Mimpi Kiyai Agung Muhammad bin ‘Abdullah As-Suhaimi BaSyaiban[14]

Dikisahkan bahawa Kiyai Agung Muhammad bin ‘Abdullah as-Suhaimi BaSyaiban memang selalu mengamalkan bacaan mawlid junjungan nabi s.a.w., tetapi kadangkala beliau meninggalkannya. Pada satu malam, beliau bermimpi dan di dalam mimpi tersebut beliau bertemu dengan junjungan nabi Muhammad s.a.w. dan Habib Nuh yang ketika itu sudah pun kembali ke rahmatullah. Dalam mimpi tersebut, Habib Nuh sedang mengiringi baginda nabi s.a.w. yang sedang berjalan di hadapan rumah Kiyai Agung, lalu Habib Nuh pun berkata kepada baginda nabi s.a.w.: “Ya RasulAllah, marilah kita ziarahi rumah kawan saya Muhammad Suhaimi.” Tetapi junjungan nabi s.a.w. enggan berbuat demikian sambil bersabda: “Saya tidak mahu menziarahinya kerana Muhammad Suhaimi ini selalu lupakan saya, kerana dia selalu meninggalkan bacaan maulid saya.” Habib Nuh merayu kepada baginda nabi s.a.w.: “Saya bermohonlah kepada tuan supaya dia diampuni.” Setelah itu baharulah junjungan nabi s.a.w. mahu masuk dan duduk di dalam rumah Kiyai Agung. Inilah kisah mimpi Kiyai Agung, selepas isyarat mimpi itu, maka Kiyai Agung tidak lagi meninggalkan bacaan mawlid, sehingga dalam pelayaran sekalipun dan walaupun hanya 2 atau 3 orang sahaja dalam majlis pembacaan tersebut.

9. Keberkatan Menyayangi Kanak-kanak[15]

Antara sifat yang menonjol pada diri As Sayid Habib Nuh ialah beliau sangat menyayangi kanak-kanak . Sering orang bertemu Habib Nuh bersama dikelilingi oleh kanak-kanak. Ini sesuatu yang ganjil. Kadang-kadang beliau singgah di kedai-kedai bersama kumpulan kanak-kanak dan kanak-kanak itu mengambil seberapa banyak makanan yang ada tanpa apa-apa bayaran.

Anehnya, ke semua tuan kedai tidak melarang perbuatan itu. Kerana mereka yakin kedai mereka akan beroleh keberkatan jika dikunjungi oleh Habib Nuh bersama kumpulan kanak-kanak tersebut. Ini terbukti, mana-mana kedai orang Islam yang didatangi oleh Habib Nuh bersama kanak-kanak, kemudiannya menjadi maju dan tidak putus-putus dikunjungi pelanggan.

Sayid Habib Nuh sayang kepada kanak-kanak kerana mereka adalah Ahlul Jannah (ahli Syurga). Kelakuan Sayid Habib Nuh itu agak ganjil bagi seorang yang sudah tua. Memang itu di antara keganjilan Habib Nuh, seorang yang mempunyai keistimewaan yang terlindung.

10. Tebuan Menghormati Jenazah Beliau[16]

Diceritakan ketika keranda jenazah beliau diusung untuk ke makam pusaranya, mereka yang mengusungnya terpaksa membawa keranda tersebut melalui ke satu lorong kecil. Di mana kiri dan kanan sepanjang perjalanan di lorong kecil tersebut kedapatan penuh dengan pokok buluh Cina serta dedaunnya yang panjang. Semasa melalui lorong itu, keranda tersebut merempuh sarang tebuan sehingga sarang itu pecah. Tetapi tebuan-tebuan itu tidak sedikit pun menganggu orang ramai yang mengiringi jenazah itu.

11. Pusara Terselamat Dari Letupan Bom dan Pemugaran.

Karamah beliau tidak habis di situ saja. Semasa Perang dunia kedua, bila Telok Blangah dibom dengan hebatnya oleh Jepun, tidak ada satu bom pun singgah di pusara Habib Nuh. Dan bila kerajaan Singapura mahu membina satu jalanraya di Tanjung Pagar, jambatan telah direka bentuk untuk membengkok melengkarinya, tingginya hampir sama dengan kedudukan

Makam Habib Nuh. [17]

Dikatakan, menurut rancangan pemerintah, makam Habib Nuh dan Masjid Haji Mohd Salleh perlu dipindahkan demi membolehkan pembinaan Highway dibina lurus. Dengan membelakangkan rayuan daripada jawatankuasa makam dan masjid, kontraktor pembangunan telah menempatkan beberapa jentolak untuk memulakan pemugaran. Dengan kuasa Allah swt, semua jentolak tidak dapat dihidupkan. Akhirnya, lebuh raya terpaksa dibina membelok di antara sekitar makam dan masjid. [18]

Banyak lagi kejadian aneh yang dihubungkan kepada karamah Habib Nuh ini. Walau apa pun khawariqul adah (perkara di luar adat) yang berlaku pada dirinya, maka itu bukanlah tuntutan kita. Yang pasti, sejarah telah menyaksikan bahawa Habib Nuh al-Habsyi adalah seorang wali Allah yang soleh taat kepada ajaran Islam. Lihat, bukan sahaja jelas karamahnya sewaktu hayat beliau masih hidup, bahkan setelah kewafatan beliau juga masih terpelihara kemuliaanya. Apa yang diharapkan adalah agar kita dapat mengikuti jejak langkah beliau dalam menuruti perjalanan usaha junjungan nabi Muhammad s.a.w. Mahabbah kepada para solihin adalah dituntut dan seseorang itu nanti akan berada bersama orang yang dikasihinya di akhirat kelak.

Nasihat dan Wasiat

Beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memberikan banyak nasihat kepada kawan-kawan setianya. Antara mutiara kata beliau ialah “Jangan jadi tamak terhadap harta dunia dan jangan punya perasaan hasad-dengki (dan sebarang perasaan
negatif) terhadap sesiapa sepanjang hidup anda.”

Sebelum meninggal, Habib Nuh telah berpesan kepada kawan-kawannya agar jenazah beliau dikebumikan di Mount Palmer sebuah (bukit kecil di jalan Palmer), yang merupakan tanah perkuburan kecil pada masa itu. Walau bagaimana pun pada hari beliau
meninggal, setiap orang telah lupa mengenai pesanan itu dan mereka semua bersedia untuk menuju ke tanah perkuburan Bidadari Muslim. Bila sampai masanya untuk mengangkat keranda, ia tidak berganjak dari atas tanah. Tidak ada seorang pun terdaya mengangkatnya. Persekitaran menjadi kelam kabut, dan hampir setiap orang menangis melihat keranda itu tidak berganjak walaupun cuba diangkat oleh lelaki-lelaki yang gagah.

Nasib baik, seorang daripada yang hadir akhirnya teringat akan pesan Habib Nuh tersebut dan lantas tampil menceritakan hal yang sebenarnya kepada setiap orang yang hadir.

Setiap orang menyedari bahawa mereka telah lupa tentang pesanan tersebut, lalu bersepakat memutuskan untuk bergerak menuju ke Mount Palmer. Dengan kehendak Allah, keranda itu boleh diangkat dengan mudah dan laungan Allahu Akbar bergema mengiringi perjalanan mereka. Dengan izin Allah swt, jenazah Habib Nuh telah selamat dikebumikan di Mount Palmer. [19]

Kewafatan

Setelah 78 tahun mengabdikan diri beliau kepada Islam, Habib Nuh telah pulang ke rahmatullah pada hari Jumaat, 27 Julai 1866 bersamaan dengan 14 Rabiul Awal 1283. Habib Nuh menghembuskan nafasnya yang terakhir di Telok Blangah, di kediaman Temenggong Abu Bakar, Johor. Apabila berita itu tersebar, ramai orang daripada pelbagai peringkat, termasuk orang-orang Inggeris yang telah memeluk Islam melalui beliau, dan mereka yang berada di kepulauan-kepulauan berhampiran telah datang untuk menziarahi pusaranya. Pada hari yang sama, semua kereta kuda yang ada di Singapura memberhentikan aktiviti harian mereka kerana ingin membawa pengunjung ke makamnya dengan tanpa bayaran. [20]

Di belakang makam Habib Nuh, terdapat sebuah makam yang dipercayai adalah makam Qadhi pertama di Singapura pada era pemerintahan British. Beliau dikatakan anak saudara kepada Habib Nuh dari kaum kerabat Alhabsyi, namanya Said Abdul Rahman Bin Salim Al-Habsyi r.a yang wafat pada tahun 1867.

Beberapa tahun selepas jenazah Habib Nuh dikebumikan pada tahun 1890, seorang hartawan bernama Sayid Muhammad bin Ahmad Al Sagof telah membuat binaan di atas makam Habib Nuh tersebut. Beberapa tahun lalu makam itu dibaik pulih kerana binaan lama sudah hampir roboh.

Pada tahun 1962, kerajaan Singapura menambak laut di sekitar makam itu sehingga menjadi dataran. Dan di situ juga didirikan bangunan-bangunan. Keadaan tempat itu sekarang jauh berbeza dengan apa yang digambarkan akan berlaku sebelum adanya makam Habib Nuh di situ. Dengan itu makam Sayid Habib Nuh terus selamat dan terjaga.

Makam Habib Nuh yang terletak di atas sebuah bukit kecil di Jalan Palmer bersebelahan dengan Masjid Haji Mohd Salleh, kini ianya telah diambil alih sepenuhnya oleh pihak Majlis Ugama Islam Singapura untuk segala urusan yang berkaitan dengan makam.

Makam beliau tetap terpelihara sehingga ke hari ini dan menjadi kebiasaan, makam Habib Nuh sering diziarahi oleh orang ramai termasuk orang-orang Arab dari Hadralmaut dan negara-negara Arab lain serta umat Islam di sekitar Asia untuk mendapat keberkatan daripada kewaliannya. Juga sebagai memenuhi seruan Rasulullah s.a.w. supaya menziarahi kubur agar dapat mengingati mati (zikrul maut). [21]

Semoga Allah merahmati roh beliau.

~Al-Fatihah~

Bibiliografi
____________________________________

[1] Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

[2] Sahih Ibnu Hibban.

[3] Menziarahi Kekasih Allah di Hadhramaut, Yaman, Ahmad Lutfi bin Abdul Wahab Al- Linggi, M/S : 8-9.

[4] Menziarahi Kekasih Allah di Hadhramaut, Yaman, M/S : 18.

[5] www. suhaimy.org/Habib Noh Ulama yang boleh ghaib.

[6] Heliconia Weblog@Malaysia.htm/As Sayid Habib Nuh – Rahmat ke atas Singapura.

[7] Ibid.

[8] Ibid.

[9] Ibid dan http://www.bahrusshofa.blogspot.com : Habib Nuh al-Habsyi.

[10] http://www.bahrusshofa.blogspot.com : Habib Nuh al-Habsyi.

[11] www. suhaimy.org/Habib Noh Ulama yang boleh ghaib.

[12] Ibid.

[13] Iibid.

[14] http://www.bahrusshofa.blogspot.com : Habib Nuh al-Habsyi.

[15] Heliconia Weblog@Malaysia.htm/As Sayid Habib Nuh – Rahmat ke atas Singapura.

[16] Ibid.

[17] www. suhaimy.org/Habib Noh Ulama yang boleh ghaib.

[18] http://www.ForumMelayu@melayu.sg/ Topic: SEJARAH : Habib Noh: The Saint of Singapore

[19] Opcit.

[20] www. suhaimy.org/Habib Noh Ulama yang boleh ghaib

[21] Heliconia Weblog@Malaysia.htm/As Sayid Habib Nuh – Rahmat ke atas Singapura

Sertailah Facebook kami : http://facebook.com/pages/PONDOK-HABIB/295419981998

 

KOLEKSI CERAMAH AGAMA : http://ceramahagamabaru.blogspot.com/

Responses

  1. Subhanallah..Allahu Akbar…

    • Lahaula walaquwata illa billah..

  2. SUBAHANALLAH MAHA SUCI NAMA MU YA ALLAH,LAA ILLA HA ILLAH LAH………..HU……….ALLAH.

  3. assalamualaikum..sebelum ini sy pernah terdengar tntng habib nuh yg makamnya terletak di singapura.. tetapi tidak pernah mendengar atau terbaca info tntang beliau dgn panjang lebar sebegini..terima kasih atas info nya..
    jujur sy katakan, saya sgt tertarik dgn laman ini..

    mohon usahanya diteruskan..
    semoga dgn cerita2 sebegini dpt memberi hidayah kpd pembaca2 dlm mencari redho Allah..

    sy pernah terdengar kisah seorng waliyullah
    di pulau bawean indonesia, yang bernama hasan basri bin maknang atau gelarannya pak embhes
    yg mempunyai karomah yg agak luar biasa
    dalam bidang kepahlawanan.

    kepada sesiapa yg mengetahui infomasinya mahupun infomasi tntng murid2 beliau yg masih hidup di harap dapat berkongsi info dgn sy..
    kepada bapak2 yg pernah menjadi murid pak hasan basri juga di harap dpt berkongsi cerita dgn sy..

    kepada yg mereka ada informasi atau cerita2 menarik tentang Pak hasan basri boleh e-mail sy di kanuragan69@gmail.com
    terima kasih

  4. Salam….

    …WALI 7 ALAM MELAYU (NUSANTARA)….

    Bermula telah berkata Tok Habib Syed…Al-Hussin : Apabila dinamakan Wali 7 Alam Melayu itu, banyak orang tersalah sangka. Mereka menyangka adalah mereka itu yang dizahirkan disekitar dari Wali Songo/Wali 9 dan Hydramaut itu, yang jauh lebeh muda. Sedangkan Wali Songo/ Wali 9 itu dari generasi Ke3. Sedangkan Ahlul Bait dari Hydramaut itu adalah dari generasi termuda Ke5 dan Ke6. Siapakah pula nasab Ali Zainal Abidin yang tertua dari generasi Pertama, serta mereka itu dari generasi Ke2 dan Ke4 itu?

    Jika menurut sejarahnya ada pun dikhabarkan bahawa Sayyidina Hassan telah wafat syahid mati diracun. Manakala Sayyidina Hussin pula wafat telah gugur syahid dimedan perang Karbala. Angkara konspirasi percaturan musuh-musuh Ahlul Bait, dalam pembantaian dan penghapusan etnik nasab keturunan Rasulullah SAW. Alhamdulillah, Allah itu Maha Penyelamat lagi Maha Merencana. Maka yang terselamat antaranya adalah Ali Zainal Abidin bin Sayyidina Hussin, satu-satunya warisan “lelaki” dari nasab Nabi Muhammad SAW yang maseh kecil itu. Maka dari Ali Zainal Abidin bin Sayyidina Hussin itu, maka bermulanya era baru, sebagai penyambung warisan nasab Rasulullah SAW.

    Kata Tok Habib lagi : Ada pun Ali Zainal Abidin itu beristeri 6, maka dari sinilah bermula dan terbitnya sebanyak 6 generasi Ahlul Bait. Maka pertaburan keluar atau bermukimnya mereka itu tidak banyak dicatitkan. Maka masing-masing telah banyak hilang haluan dan fahaman. Maka dari 6 generasi dari 6 ibu-ibu dan payung nan satu itu, maka mereka itulah telah berkembang dan membiaknya Ahlul Bait yang bertaburan diserata pelusuk dunia ini sehingga sekarang ini.

    Maka disini dipaparkan pecahan salur galurnya itu mengikut fahaman Tok Habib Syed…Al-Hussin, adalah seperti berikut :

    (1) Dari Isteri Pertama : Munculnya nasab Ahlul Bait 7 beradik, lelaki semuanya. Mereka itu adalah nasab “tertua”. Mereka adalah Ahlul Bait pertama-tama keluar berhijrah lalu tiba dialam Melayu Nusantara. Maka mereka itulah yang sebenarnya dinamakan “Wali 7 Alam Melayu”. Riwayat mereka telah banyak dihilangkan dari catitan sejarah. Kata Tok Habib Syed…Al-Hussin mereka keluar sekira-kira 88 tahun setelah Rasulullah SAW wafat.

    (2) Dari Isteri Kedua : Munculnya generasi Ahlul Bait yang berhijrah dan bermukim di Mesir.

    (3) Dari Isteri Ketiga : Munculnya Ahlul Bait yang berhijrah dan bermukim di Iran. Maka di Iran itulah munculnya Aliran Imamiah 12 Imam Syiah. Difahamkan dari sumber lain ada pun warisan Wali Songo/Wali 9 itu dikaitkan dari nasab generasi Ke3 ini..??

    (4) Dari Isteri Keempat : Munculnya generasi Ahlul Bait yang berhijrah dan bermukim di Iraq, dan ada sedikit keHydramuat Yaman.

    (5) Dari Isteri Kelima : Munculnya generasi Ahlul Bait yang berhijrah dan bermukim di Hydramaut, Yaman.

    (6) Dari Isteri Keenam : Munculnya generasi Ahlul Bait yang berhijrah dan bermukim juga di Hydramaut, Yaman.

    Dikalangan mereka itu juga ada yang dapat dikesan sejarahnya dan talian nasabnya. Ada yang telah dihilangkan sejarahnya. Ada yang maseh mengekalkan nama tradisi talian nasabnya. Ada juga ada yang tidak memakainya lagi. Ada yang menikah dengan warga tempatan dan ada yang maseh mengekalkan talian nasabnya. Maka begitulah seterusnya dan berikutnya, apa yang telah dikehendaki-Nya bersesuaian dengan arus perubahan zaman, sehingga kita sekarang ini dinamakan sedang berada diambang “Akhir Zaman”, dimana era kebangkitan semula Islam diakhir zaman.

    Apabila disebut akhir zaman, maka ianya dikaitkan dengan kebangkitan seorang Ahlul Bait Pilihan sebagai peneraju akhir zaman, yaitulah Imam Mahdi sebagai Khalifah AKhir Zaman. Oleh itu dari nasab 6 generasi yang telah meluas itu, maka timbulnya satu persoalan. Muncul dan bangkitnya Imam Mahdi itu dari nasab generasi yang mana satu…???

    Mohon maaf, semuanya itu sekadar buat renungan semata-mata. Catitan kami itu mungkin benar mungkin salah, rasanya banyak yang salah. Yang Maha Benar adalah dari Allah yang Maha Mengetahui. Akhir kata cucu menyusun jari nan sepuluh, mohon ampon dan maaf jika paparan ini bersalah-salahan. Jika akan berlakunya gelombang tsunami mohon Tok Habib deletekan….

    Siapakah dianya orangnya “Wali 7 Alam Melayu” itu dan dimanakah pula penghijrahan dan pertaburan mereka itu dialam Nusantara ini…??? Jawapannya….

    …..Wallahu’alam…..

    Sekian, Wassalam…

    • salam ABhusain…dimana anta dapat cerita ini…???

      • wali 9 JAWA..

    • Salam.maaf terlebih dahulu saya ucapkan.sy ingin bicarakan tentang keturunan saidina hasan.imam mahdi dikatakan muncul melalui keturunan hasan mengikut ahli sunnah wal jamaah berdasarkan byk hadis…

  5. subhanallah..mngalir air mata setelah mngenali wali allh ini…
    alhamdulillah.

  6. Subhanallah begitu dahsyat skali wali2 Allah dalam menjalankan amanat Allah dan Rasulullah….
    trima kasih krane memberi cerita tersebut…..

    • adakah anda berusaha untuk mengenali wali2 ALLAH ini?
      jika ‘ya”, apakah yg telah saudara usahakan utk mencarinya..?

  7. IMAMUL MAHDI AL MUNTAZAR ADALAH BERASAL DARIPADA KETURUNAN SAYYIDINA ALI ZAINAL ABIDIN BIN HUSAIN RA DARI ISTRI YANG PERTAMA, INSYA ALLAH… ISMUHU… MUHAMMAD BIN ABDULLAH

  8. MASYAALLAH…. ALHAMDULILLAH… sekiranya ada peluang saya ingin ziarahi makam HABIB NOH insyaAllah…
    saya dri nasab Al-habsyi dari SYED ZEIN BIN SYED MHAMMAD PUTEH, saudara tiri HABIB NOH…
    syukran kerana berkongsi…

    IMAM AL-MAHDI diceritakan akan lahir dari nasab NABI ISMAIL DAN NABI ISHAK, anak kepada nabi IBRAHIM… Ayah beliau dari keturunan RASULULLAH dan ibunya dari keturunan NABI YA’KUB…. wallahua’lam insyaAllah…

    • ass saudaraku saya syed iskandar bin habib usman bin habib abdullah bin habib salikin bin habib muhammad bin habib ahmad al habsyi. habib nuh moyang saudara saya. kami tinggal diriau .

      • subhanallah….

  9. Assalamu’alaikum wbrt.. Tuan Yang Mulia… ini saya peristiwa yang berlaku kepada saya di Hentian Putra, Kuala Lumpur pada sebelum puasa baru-baru ini tapi tahun 2010; ketika itu dekat dengan maghrib, dan saya sedang melayan kerisauan fikiran untuk solat maghrib kerana seluar saya dirasa kotor. Tiba-tiba datang seorang lelaki sekitar usia 60 hingga 70 tahun, lalu duduk dekat saya. Dia memperkatakan tentang peristiwa 9 hari sebelum qiamat dan diantara peristiwa yang berlaku itu ialah Alloh mengangkat ‘sifat malu’ dari dada manusia…. Akhirnya, saya bertanya asal-usul dia, dia bagi tahu berasal dari P.Pinang, dimana tempat saya tak tanya pulok. Dia tanya asal usul saya, dan saya bagi tahu dekat Pasir Mas Kelantan, dia bagi tahu dia pernah belajar di Pondok Lubok Tapak Pasir Mas dan belajar ugama dengan Allahyarham Tokguru Haji Abdullah. Orangnya hitam manis, tinggi lampai, berkopiah, membimbit beg plastik. Saya tanya dia di KL dia buat apa? Dia hanya bagi tahu saja datang ke KL kalau ada orang minta baca doa apa-apa. Kemudian dia mengajar saya tentang mandi sunat setiap hari untuk kesihatan diri sendiri. Selepas itu lelaki itu berlalu pergi… Apa kata tuan?

    • tuan, boleh ke belajar untuk mandi sunat,yang diajarkan kepada tuan.untuk kesihatan terima kasih

  10. assalamualaikum… Sye dari Nasab Al-Idrus, dari S’wak.. Subhanallah.. terpegun sye bce cerite tentang wali Allah.. Kpde spe2 yang tau nasab Al-Idrus, bagitau lah sye.. merayu sangat2…

    • ‘alaikumussalamu warahmatullahi wabarakatuh… saye nak bagi tanya ke awak wan! ape betol tak awak masih ada nasab dengan waliallah Alhabib Abu Bakar bin Husien Al-Idrus yang ade di tempat kami daerah pluit,tanjong priuk

    • Salam.saya nasab al idrus dr terengganu…saya pun tgh mencari silsilah saya..di melaka,johor pn byk keturunan al idrus

      • syed abdul rahman bin syed ahmad al-aydrus,untuk urusan nasab alidrus sila email ke: syfadhil72@yahoo.com

      • salam..
        saya ada kawan yg nama akhirnya al-idrus..
        orang skudai johor

    • saya nasab dari al idrus. dari batu pahat,johor.

      • Assalamualaikum ya Sharifah Nazihah.
        Apakah awak ada kaitan dgn Habib Ali Alaydrus Batu Pahat?

  11. salam…nak tanya …web master..habib zain dari keturunan Rasulullah yang ke berapa mengikut nasab

  12. Assalamualaikum.
    Alhamdulillah, Allah masih izinkan saya untuk mengenali ulama yg tersohor ini.Smga kita smua dipilih Allah utk brada di jalan yg diredhaiNya. Saya sngt teruja membaca kisah wali Allah ini. Terima Kasih kepada pihak admin yg menyiarkan berita ini. Smoga diberkati Allah. Mohon share segala maklumat yg disiarkan.

  13. Alhamdulillah..terasa spt ada sedikit cahaya yg menyinari kegelapan hidup ini selepas terbaca riwayat habib nuh..masyaAllah..!!!

  14. subhanallah, ane alhamdulillah dari jakarta berkesempatan u. berziarah ke makam hb Noh alhabsyi, walau hanya sesaat saja. smoga diqobul oleh Allah

  15. Jazakallahuhairan kasiro. Semoga kita dapat bertemu mereka, didunia(dapat ziarah kuburan) atau diakhirat . Amin.

  16. Cuma satu soalan : Kenapa tak disebut nama Abdul Rahman Al Habshee, abang kepada Habib Nuh.. dan tolong tuliskan nama Habib Nuh yang sebenar… Habib Nuh itu adalah panggilan bagi diri Almarhum…

    • abdul rahman al habsyi pulang ke halderalmaut, namanya syed nuh bin syed muhammad bin syed ahmad al habsyi

  17. alhamdulillah masih ada ulama di tanah melayu yang dipilih Allah karena karomahnya semoga tetap muncul walaupun berganti zaman. di Bengkalis Riau juga ada kemiripan cerita tersebut dengan seorang melayu yang bernama Abd. Ghoni atau yang lebih akrab dengan panggilan Tuan Pakih Gani semoga termasuk dalam kelompoknya. amiin

    • alhamdulillah… cerita tuan pakih ini benar adanya. karena saya sendiri menyaksikan tuan pakih sewaktu kami tinggal di bengkalis. waktu itu umur saya perkiraan 5 tahun, sekitar tahun 1977. yang saya ingat cerita dari alm. ayah saya… waktu itu beliau adalah pegawai negeri. singkat cerita, tuang pakih memakai baju ayah yang dijemur di jemuran samping rumah. dan tuan pakih berjalan keliling kota bengkalis, dengan memakai baju seragam ayah…. selang beberapa waktu kemudian…. ayah pun naik pangkat…. kesimpulan cerita, seolah-olah tuang pakih memberi pertanda akan kejadian suatu peristiwa yang akan datang… wuallahua’lam bisawab….

  18. kisah org2 tuhan spt ini sgt mbangunkan jiwa n mudah2an kami jua dpt melayakkan diri utk menjadi hamba Allah yg sebenar2nya. semoga sy d rezkikan Allah dpt mnziarahi makam Tuan Habib Noh

    • Orang2 yg berada disisi ALLAH bukanlah orang yg banyak amalan nya tetapi mereka adalah orang2 yg ikhlas yg telah mendapat keredhaan ALLAH…insyallah…

  19. syukran jazilan

  20. Wali Allah ini keturunan Hussein bin Ali ke?
    Ada wali-wali lain yang berketurunan Abu Bakar AS-Siddiq, Umar al-Khattab, dan Usman bin Affan?

    jazakallah.

  21. Boleh saya tahu salasilah keturunan Al-Habib ini ?

  22. Saya menderita sakit selama 6 thn,ditelinga saya terdengar suara jin yang menganggu.Apa ada waliyullah yang dapat menyembuhkan saya?

    • salam saudara pondit, sila rujuk http://puteri,synthasite,com atau pusat rawatan Islam Ilahiah, berdasarlan pengalaman rawatan yg sya perolehi insyallah boleh membantu memulihkan penyakit dari akar umbi.

    • saya juga ada di ganggu jin..pengamal perubatan islam kata saya diganggu jin ifrit raja jin..alhamdulillah sehinnga kini saya masih boleh sujud pada Allah pencipta alam langit dan bumi.

    • perbanyak zikrullah..dan sholawat nabi, insya Allah..

      • Haq..

    • BACA subhanalloh..

  23. Sedaya mampu kita coba mengikuti perintah Allah dan baginda Rasullullah SAW, Allahu Akbar…

  24. alhamdulilah…syukur kepada ALLAH S.W.T yang telah menjadikan sekian makluk dan dapat kita menjadikan titik kebangkitan akidah dan iman dalam diri setiap muslim..amin ALLAHUAKBAR….terima kasih semua semoga kita diberkati ALLAH S.W.T sekalian…amin ya ROBBAL ALAMIN…

  25. Kita segan dan menghormati waliallah. Tapi tetap saja rukun iman yg kita pegang. sehingga tidak berlebih2an mengkultuskan mereka. ingat, kedudukan mereka di dalam alquran tidak melebihi kaum muhajirin ansar. kalau membaca kisah orang soleh, cenderung dilebihkan murid2nya.

  26. Assalamualaikum wbt. semoga mendapat barakah…

    Sungguh hanya air mata yang dapat mengiakan cerita ini. dadaku sesak. hanya ini yang aku mampu Ya Tuhan… Sungguh Engkaulah cahaya atas cahaya yang bila dipandang cahayanya sangat sirna. Terus menerus cahayanya walau bumi berganti musim…berganti warisan.

    Apabila aku berusaha membodohkan diri, sungguh! sangat ramai Orang2 pandai yang kujumpai….ini lah wali2 Allah kekasih Nabi Junjungan pewaris ilmu yang Satu.

    Kenali wali2 Allah, maka akan kenal lah dengan Nabi Junjungan, kenal lah Tuhan yang disembah. Dan jika kenal dengan Nabi Junjungan, kenal Tuhan yang disembah, pasti mengenal pula wali Allah.

    ”Ilahi Anta Maqsudi, wa ridho ka matlubi”

    musafir kelana.
    Perak

    • sesungguhnya ketenangan hanya akan diperolehi apabila manusia itu mengetahui akan jawapan kepada setiap persoalan..selawatlah kamu..Yakinlah bahawa ALLAH dan RASULULLAH SAW sentiasa bersamamu…carilah ia..sesungguhnya ianya wujud…bersembunyi di dalam terang…’Andai Rasulullah masih ada’……

  27. Assalamu’alaikum Wr. Wb.
    Subhanallah….. Maha Suci engkau ya Allah. Berilah rahmat , hidayah serta inayah-Mu kepada hamaba-hamba-Mu yang sholeh & sholehah. Panjangkanlah umur mereka dalam taat kepada-Mu. Ya Allah sekira-Nya hamba-hamba-Mu yang sholeh tidak ada di muka bumi ini apalah jadinya…. ??? Ya Allah …. Engkaulah yang maha segala-Nya. ( La hawla wala kuwwata illa billahil aliyiladzim).

  28. HABIB rijALULLOH,?WALI WALI.,

  29. Perlu di lestarikan dan dijaga makam para wali, sebab mereka adalah penerus rasulullah

  30. doa yang tepat dimulai dengan
    YA ALLAH YA RASULULLAH
    Perbanyakkanlah selawat..jawapan akan ditemui melalui selawat yg dibuat…

  31. Terima kasih….sangat² terima kasih.

  32. Terima kasih di atas perkongsian..

  33. Subhanallah… Allah azza wa jalla… Allahu Akhbar

  34. Subhanallah! semoga dengan membaca kisah salah seorang wali Allah ini dapat dijadikan ibrah kepada diri saya dan pembaca yang lain untuk menjadi hamba Allah yang sentiasa khuduk dan tawadduk.

  35. Ada sesiapa tahu berhubung Syeikh Salam 3 beradik dan kedatangannya ke Tanah Melayu menyebarkan Islam pada masa dulu?

  36. oke

  37. Habib Nuh memang terkenal. Siapa kenal dengan Habib Ismail uh dulu dikuburkan di bukit timah roads, Singapura? Tak banyak veritable kisah Habib Ismail hanya ada tercatat dalam map lama “keramat Habib Ismail”Dan hanya satu cerita orang melayu yg ting gal waktu itu pergi keramat minta dapat jodoh.. Kalau Ada sesiapa yg tahu riwayat hidup Habib Ismail post kan Kat sini…waAllahu alam

  38. Subhanallah, saya pernah 2x menziarahi Habib Nuh, dan pada kunjungan yang kedua saya telah ditampakkan sendiri karamah waliyullah ini… Allah yarham Habib Nuh Al-Habsyi…

  39. Semoga para2 wali trus bdoa utk tanah melayu dr sgla musibah….amin

  40. Allahuakbar….semoga para pembaca mendapat keredaan dariNya..

  41. Subhanallah, terharu sungguh di hati saya, terima kasih atas perkongsian

  42. Ada sesiapa tahu sejarah tentang Nek Tok Tuan,makamnya berada di Parit Karimon ,Benut,johor.namanya sebenarnya ialah SYED HABIB MUTALIB,saudara rapat kepada Syed Habib Noh.Harap dapt memberi sedikit info

  43. Subhanallah subhanallah subhanallah, maha suci Allah Yang memberikan kelebihan kepada pencinta kekasihNya nabi Muhammad SAW dan penyebar dakwah. Semoga amalan dan akhlaknya dapat kita contohi. Amin

  44. salam jumaat…allahuakbar..indah cerita ini…sy ingin bertanyakn ttng nasab saiba dan keturunan sheikh muhammad abduh di tanah melayu…sy dlm proses mengkaji…subhanallah

  45. Yang memimpin para wali diatas (zaman said linggi dan habib nuh ) adalah maulana khalidin usman al qurdi.wallahu ‘alam

  46. Saya ingin bertanya tentang keturunan Habib Abdullah Safar yang dikatakan adalah kawan baik kepada Habib Nuh di Singapura ? Sekranya ada maklumat tentang identiti nya sya mohon di kongsikan …

  47. adakah seseorang pernah terfikir atau membuat kajian mengapa habib noh meminta jasadnya di semadikan di atas bukit di Palmer Road.
    kawasan di sekitarnya kini terdapat banyak pusat pusat hiburan dan perjudian.

    • InsyaAllah,bila tiba masanya,keturunan habib Noh dan ahli bait Rasulullah yg lain akan mentadbir singapura,malaysia dan dunia dengan kalimah suci alQuran dan sunnah Rasulullah!!!

  48. Salam,saya jugak ade trbaca psl karomah Habib Noh yg mne habib bckap dn memberi nsihat dri dlm makamnya,wallahua’lam.Buat pembaca,jgn lah kita trlalu taksub pada karomah wali2,hnya mncari karomah2 wali2.sebaliknya ittiqad bhw itu semua drpd Allah Azza Wajalla dan carilah punca bgaimana wali2 Allah mndapat karomah.Wallahua’lam

  49. salam wr.wb. Alhamdulillah, kita dilahirkan kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w. Tercari ……. karabah yang hilang..? kitab suci alquran tulisan tangan kulit kibas 30 juz…tertulis sunan wajo? juz 1 dan 2 hilang! kami pun tidak tahu siapa penulis tersebut? Mereka ini asli dari……..? ke Yunan ….abad 4 wang siling perak Cina, abad ke14 siling Yunan dan abad ke 16 Sinkiang… tempurung kelapa laut afrika, terdapat jua wang siling Tanah Melayu abad ke 12. Apakah mereka ini kabilah Al-Hakim, atau…. Al-Qadri?

  50. assalamualaikum..alhamdulillah..jazakallah diatas perkongsian di sini..terlalu banyak kelemahan diri..sy disini ingin berguru..boleh x sesiapa disini membantu..email sy..mnrahim85@gmail.com..terima kasih..

  51. Mohon di save n print..tq..assalamualaikum..

  52. Assalamualaikum..ya akhi..mohon save ea artikelnya..untuk menambah ilmu dan untuk tau sejarah wali2 ALLAH..assalamualaikum..

  53. subhanallah wabihamdi wa subhanallahil adhim…
    allahumma sholli ala muhammad wa ala alihi muhammadin nabiyiin ummiyi wasohbi wasalim ajmain, amabadu . barakallah alaikh… Jazakallahu Khoirr, InshaaAllahhhh ….. Hasbunallahu wani’mal wakiil . laa haulaa wala kuwwataa illaa billaahh. sodaqoAllahual adhim.

  54. Demi Allah dan Rasulnya, Imam Mahadi, muncul dari satu suku yang hilang di dunia, kabarnya Yahudi sedang mencari suku tersebut ….

  55. klu ada rezki,saya ingin ke makam beliau in syah allah…..dengan izin allah swt..

  56. slm..TANAH melayu auli illah..

  57. Alhamdulillah biar pun belum sampai kesana tapi sedikit banyak.a sudah tau tentang sejarah habib nuh

  58. http://ahadan.blogspot.com/2011/03/tasawuf-di-abad-modern.html

    Kaum sufi yang merupakan kaum elit dan kaum terdepan. Merupakan roda penggerak utama islam pada masanya. Sepanjang abad ke-18, ke-19 dan awal abad ke-20, gerakan-gerakan sufi besar di Afrika dan Asia sering dihubungkan dengan gerakan-gerakan Islam umumnya. Kaum sufi adalah kaum elit masyarakatnya, dan sering memimpin gerakan pembaruan, atau perlawanan terhadap penindasan dan dominasi asing atau kolonial. Maka, misalnya, mereka terlibat jauh dalam gerakan politik seperti kebangkitan di Maroko dan Aljazair melawan Prancis, dan pembangunan kembali masyarakat dan pemerintahan Islam di Libya, yang sebagian besar dilakukan oleh para anggota tarekat Sanusi. Di Nigeria utara, Syekh ‘Utsman dan Fobio (m. 1817), seorang anggota Tarekat Qadiriyah

  59. SMS ATAU CALL BAGI NAMA PENUH BAGI BANK BAPAK .JIKA NAK IJAZAH AMALAN KE WALI AN MENJADI WALI ,DUNIA KEJAR KITA,AKHIRAT PENUH DI DALAM DIRI SEBENAR ROHANI

  60. wali allah akan selalu menjadi pahlawan kebenaran dan tidak akan pernah terhapuskan,,

  61. Subhanallah, moga roh dan jasadnya dirahmati Allah S.W.T.

  62. adakah anda tahu siapa yg menjadi ,wali pada zaman sekarang 2005-sekarang.. yang seperti kisah Habib Nuh yang menjadi pengerusi pada waktu itu.. yakni pada persidangan para2 wali Allah s.w.t. tidak semestinya zaman beratus tahun dulu sahaja terjadi.. tidak kah kamu mahu mencari pada zaman ini???????

  63. subhanallah walhamdulillah wala ila haillallah huwallahu akbar,semoga kita dikumpulkan bersama rosulullah saw dan diberkahi allah swt dlm setiap hembusan nafas kita,teruskan perjuangan mu wahai waliyullah….

  64. assalammualaikum, masyaAllah tabarakAllah. info yang baik sekali mengenai guru2 kita dan sekian para wali dan ambiya’. moga kita dapat bersama mereka didalam satu barisan bersama baginda Muhammad SAW di hadapan pintu2 syurga. insyaAllah. mohon segala info ini di update dari masa ke masa. agar cucu cicit kita juga dapat kenal akan ulama’ sekaliannya.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 745 other followers

%d bloggers like this: