Posted by: Habib Ahmad | 15 Februari 2013

Dr. Syawqi Ibrahim, Mufti Mesir Baru

Dr. Syawqi Ibrahim, Mufti Mesir Baru
Editor: Blog al-Faqir Ila Rabbih Ta’ala – Date: 14.2.13

DR. SYAWQI IBRAHIM ‘ABDUL KARIM ‘ALLAM

Jawatankuasa Ulama Besar Al-Azhar yang dipengerusikan oleh Syeikh Al-Azhar al-Imam al-Akbar Dr. Ahmad Tayyib pada hari Isnin lepas telah memilih Dr. Syawqi Ibrahim ‘Abdul Karim ‘Allam sebagai Mufti Republik Arab Mesir yang baru menggantikan Dr. ‘Ali Jum‘ah yang dijangka tamat tempoh perkhidmatannya akhir bulan ini. Dr. Syawqi Ibrahim adalah seorang profesor dan ketua Jabatan Fiqah Perbandingan di Universiti Al-Azhar cawangan Tanta. Beliau telah memperoleh undian tertinggi semasa proses pengundian yang dijalankan oleh Jawatankuasa Ulama Besar Al-Azhar tersebut.

Selain beliau, Dr. ‘Atiyyah Sayyid, profesor Fiqah Perbandingan di Universiti Al-Azhar Kaherah dan Dr. Farhat ‘Abd al-‘Ati, profesor Fiqah Perbandingan di Universiti Al-Azhar masing-masing mendapat tempat ke-2 dan ke-3 dalam proses pengundian tersebut. Jawatankuasa Ulama Besar Al-Azhar telah menetapkan beberapa syarat dalam proses pemilihan mufti yang baru. Antaranya, calon mestilah berlatarbelakangkan pendidikan al-Azhar semenjak kecil, mahir berbahasa Inggeris, seorang profesor dalam bidang syariah Islam, mempunyai pengetahuan Islam am yang luas, dan tidak melebih umur 60 tahun.

Majlis Jawatankuasa Ulama Besar Al-Azhar tersebut turut dihadiri oleh Dr. ‘Ali Jum‘ah dan Dr. Yusuf al-Qaradawi. Dimaklumkan bahawa tempoh perkhidmatan Mufti terdahulu, Dr. ‘Ali Jum‘ah akan tamat akhir bulan ini kerana beliau telah mencapai usia 61 tahun. Dr. Syawqi Ibrahim bakal diangkat menjadi Mufti Mesir yang ke-19.

http://sawanih.blogspot.com/2013/02/dr-syawqi-ibrahim-mufti-mesir-baru.html

Sumber :

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 727 other followers

%d bloggers like this: