Posted by: Habib Ahmad | 15 September 2012

Majlis Ta’lim 14 September 2012

Majlis Ta’lim 14 September 2012

Assalamualaikum

Untuk rujukan, Majlis Ta’lim Darul Murtadza 14 September 2012 membahaskan kitab-kitab berikut:

Tafsir Al-Quran, Surah Al-Baqarah Ayat 265-266

Hadis Riyadhus Shalihin, Hadis 400 – 401 (Bab 50: Takut – Kepada Allah Ta’ala)

Bidayatul Hidayah, MS 78 – 78 – Akan bersambung dengan Adab-adab tidur pada kelas yang akan datang.

Peringatan Umur Insan, MS 101 – 105 (akan bersambung dengan topik “Kecemasan Hari Mashar” di kelas akan datang)

Alhamdulillah, majlis Ta’lim Darul Murtadza yang pertama selepas musim Ramadhan dan Aidilfitri telah selamat berlangsung semalam. Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid telah membahaskan kitab seperti yang telah disenaraikan di atas.

Satu kelainan untuk website Majlis Ta’lim Darul Murtadza kali ini adalah, kami akan menyiarkan rakaman Majlis Ta’lim selepas majlis selesai. Tiada lagi live streaming. Kami akan buat yang terdaya untuk menyediakan rakaman tersebut secepat mungkin selepas kelas.

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid juga sempat menjawab soalan berkenaan bagaimana kita mahu respon kepada isu video penghinaan kepada kekasih kita Nabi Muhammad S.A.W.

Untuk mengetahui apakah respon Habib tentang perkara hangat ini, serta beberapa soal jawab agama yang lain, sila tonton rakaman yang disediakan (atas).

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada yang hadir. Mari kita “share” dan “promote” perkongsian-perkongsian dari Facebook rasmi Darul Murtadza untuk mengajak ramai lagi teman-teman serta sanak saudara kita untuk mencintai dan menghadiri majlis – majlis ilmu.

Majlis Ta’lim Darul Murtadza akan diteruskan pada Jumaat hadapan, 9.30 malam, di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala lumpur.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 741 other followers

%d bloggers like this: