Posted by: Habib Ahmad | 20 Ogos 2012

MEMBETULKAN KEKELIRUAN…

Membetulkan Kekeliruan
1
MEMBETULKAN KEKELIRUAN…
Muqaddimah
Beberapa ikhwan telah menghubungi Al-Faqir meminta pandangan terhadap artikel tulisan seorang
penulis dalam akhbar Harian Metro, edisi hari Jumaat, 17 Ogos 2012 dalam ruangan Minda
dengan tajuk “Menyambut 1 Syawal: Elak tindakan tak ikut syariat”. Al-Faqir tidak terus
menyatakan pendirian kerana belum membacanya dan sama sekali tidak berminat untuk menulis
komen terhadap tulisan orang lain. Namun, setelah membaca keseluruhan tulisan tersebut, Al-Faqir
merasa suatu kewajipan untuk menulis sebagai suatu pencerahan kerana artikel tersebut benarbenar mengelirukan ummat.
Barang kali tulisan secara cepat dan ringkas ini hanyalah jawapan permulaan kerana beberapa
sahabat Al-Faqir akan menjawabnya juga dalam penulisan mereka akan datang. Mohon kepada para
Alim Ulama’ untuk membetulkan mana-mana kesilapan jika terdapat di dalam tulisan mutawadhi’ ini.
Nafa’anallahu bikum wa bi’ulumikum fid darain, Amin….
Muhadir bin Haji Joll as-Sanariy
Universiti Islam Antarabangsa,
Petaling Jaya, Selangor
12.00 am, 1 Syawal 1433H/ 19 Ogos 2012M.
0000000Membetulkan Kekeliruan
2
Aquulu wa bilLaahit tawfiiq:
Niat?
Apakah tujuan sebenar niat penulis membawa isu sebegini dalam penulisannya sedangkan apa yang
ditimbulkan adalah bersifat khilafiyyah dan ia telah dijawab oleh para ulama’ seawal timbulnya
mazhab? Jika niatnya untuk membetulkan masyarakat, semoga niat baiknya diganjari Allah .
Namun hendaklah ditafhshil (diteliti), apakah benar yang hendak dibetulkan itu salah atau dalam
erti kata lain menyalahi syara’?
Beberapa persoalan
Melalui tulisannya, beberapa isu atau perkara yang dianggap salah atau menyalahi syara’ mengikut
pandangan beliau, dapat disimpulkan seperti berikut:
1- Menziarahi kubur pada 1 Syawal bukan sunnah Nabi .
2- Menziarahi kubur membawa kesedihan sedangkan kita disuruh untuk bergembira pada Hari Raya.
3- Menziarahi kubur pada Hari Raya seolah-olah mengikut perbuatan Kristian dalam menyambut
hari Natal dan amalan masyarakat Hindu apabila tiba Deepavali.
4- Duduk di atas kubur.
5- Membawa makanan di tanah perkuburan untuk dijamu sanak saudara.
6- Membaca Al-Qur’an hendaklah di rumah bukan di kubur.
7- Membaca Al-Qur’an dan surah di kubur.
8- Apakah sampai pahala bacaan Al-Qur’an kepada si mati?
9- Amalan bermaaf-maafan pada 1 Syawal boleh mendatangkan kesedihan.
Jawapan dan pencerahan
1- Menziarahi kubur pada 1 Syawal bukan sunnah Nabi
Beliau menulis:
“… Apakah perbuatan ini satu sunnah daripada Nabi? Apakah pernah Nabi melakukan ziarah kubur
pada 1 Syawal seperti amalan masyarakat kita? Adalah menjadi sunnah dan amalan Nabi menziarahi
kubur tetapi menziarahi kubur pada 1 Syawal tidak pernah satu pun riwayat yang menunjukkan Nabi
melakukannya. Mungkin ada yang bertanya apakah jika Nabi tidak menziarahi kubur pada 1 Syawal
apakah kita juga tidak boleh melakukannya?”
Komen:
Maksud sunnah
Terlebih dahulu, hendaklah difahami apa maksud ‘sunnah’. Sunnah ialah : “Segala sesuatu yang
disandarkan kepada Nabi sama ada perkataan, perbuatan atau taqrir Baginda .”Membetulkan Kekeliruan
3
Segera difahami dari definisi ini ialah sunnah bukan sahaja apa yang Nabi buat, tapi juga apa yang
diucapkan dan ditaqrirkan oleh Baginda . Berkenaan dengan apa yang diucapkan, bukankah
Baginda pernah bersabda :
“Aku dahulu pernah melarang kamu daripada menziarahi kubur, maka ziarahilah kamu akan dia.”
(Riwayat Muslim)
Ini adalah ucapan Nabi dan ucapan Nabi juga adalah sunnah. Fata’ammalu…
Oleh itu, para fuqaha’ menyatakan bahawa menziarahi kubur hukumnya sunat dengan ijma’. (Lihat
Beberapa Mutiara Yang Bagus Lagi Indah, Syaikh Abdul Qadir al-Mandili, ms. 51)
Hujjah al-Islam, Imam Al-Ghazzali (505H) menyebutkan di dalam Ihya’, 4/521: “Ziarah kubur secara
keseluruhannya adalah sunat untuk tujuan ingat memperingati dan mengambil pelajaran. Dan
menziarahi kubur orang-orang yang soleh adalah sunat untuk mengambil berkat (tabarruk), juga
mengambil pengajaran daripadanya.” (Lihat juga Faidh al-Qadir, 1/55)
Menziarahi kubur pada 1 Syawal?
Perintah dan keizinan menziarahi kubur daripada insan yang paling mengerti hukum hakam
syara’ ini adalah umum, pada bila-bila masa sahaja termasuk pada 1 Syawal.
Benar Nabi tidak pernah mengkhususkan menziarahi kubur pada 1 Syawal, tetapi Nabi juga
tidak pernah melarang menziarahinya pada hari tersebut.
Kubur muslimin sunat diziarahi pada bila-bila masa, sama ada pada hari raya atau luar dari hari raya.
Hakikatnya, orang menziarahi kubur bukan hanya pada hari raya (pertama) tersebut, bahkan
juga hari kedua, ketiga dan seterusnya, mengikut kelapangan masa masing-masing.
Hari raya pertama dipilih kerana dikesempatan kaum keluarga dan sanak saudara berkumpul,
alangkah baiknya sama-sama menziarahi kubur orang tersayang dan menghadiahkan pahala
kepada mereka sebagai tanda ingatan dan membantu mereka yang memerlukan kiriman pahala di
alam barzakh sana. Sesuatu amalan yang dibuat secara berjemaah atau bersama-sama, lebih
mendatangkan semangat dan penghayatan. Inilah juga kesempatan terbaik bagi anak-anak yang
belajar atau bekerja di luar negara atau yang tinggal jauh umpamanya, yang hanya balik ke kampung
setahun atau beberapa tahun sekali, untuk menziarahi kubur ayah ibu dan sanak saudara mereka
yang lama ditinggalkan.
Dari sudut yang lain, secara pasti, tidak ada satu dalilpun yang mengharamkan mengkhususkan
menziarahi kubur pada hari-hari tertentu termasuk 1 Syawal, asalkan tidak menyandarkannya
kepada syara’.
Oleh kerana tidak ada perintah atau larangan secara khusus untuk menziarahi kubur pada hari raya,
secara hukumnya ia dibolehkan. Membetulkan Kekeliruan
4
Amalan menziarahi kubur keluarga atau sanak saudara pada pagi 1 Syawal Hari Raya sudah menjadi
amalan dalam kehidupan masyarakat Islam di Malaysia dan dunia Islam lain umumnya sejak dahulu
lagi. Adalah sangat mustahil, jika perkara ini menyalahi syara’, lalu ia dibiarkan begitu sahaja
tanpa ada teguran oleh para alim ulama’. Fata’ammalu…
Nabi tidak melakukannya?
Mengatakan apa-apa yang tidak dilakukan Nabi atau yang ditinggalkan Baginda , lalu
mengatakan tidak boleh melakukannya dengan alasan ia Bid’ah Dhalalah adalah pendapat yang
menyempitkan roh syariat Islam yang bersifat menyeluruh (syumul) dan tetap serta fleksible
(thabat wa murunah).
Para fuqaha’ Ushul Fiqh menyebutkan At-Tark ialah apa-apa yang tidak dilakukan Nabi atau
yang ditinggalkan Baginda .
Ia termasuk dalam kaedah:
(At-Tark tidak menatijahkan hukum) dan juga kaedah :
(At-Tark tidak semestinya menunjukkan keharamannya)
Kaedah-kaedah ini bermaksud: Sesuatu amalan yang tidak dilakukan oleh Nabi , tidaklah
semestinya haram/ tidak boleh dilakukan. Jika tidak terdapat nas yang menunjukkan haram atau
halalnya sesuatu perkara, hukumnya adalah harus/ bukan haram atau bukan Bid’ah Dhalalah.
Ia hanya haram/ tidak boleh dilakukan jika:
1- ada ancaman berupa seksaan jika melakukan amalan itu
2- amalan itu dikecam oleh syara’
3- hukuman disediakan jika amalan itu dilakukan, dan
4- ada lafaz yang mengharamkan perkara atau amalan itu.
(Lihat Husn at-Tafahhum wa ad-Dark li Mas’alah at-Tark, As-Sayyid Abdullah bin Shiddiq al-Ghummari dalam Al-Bayan
lima Yashghal al-Azhan, ms. 210)
Hendaklah difahami bahawa apa yang ditinggalkan atau yang tidak dibuat oleh Rasulullah ,
bukanlah semestinya bererti perkara itu haram, tetapi ia hanyalah menunjukkan perkara itu
bukan wajib, atau ia boleh ditinggalkan. Sebab itulah dikatakan:
“Sesungguhnya At-Tark bukanlah bermaksud ia haram, akan tetapi ia bermaksud harus/ boleh
ditinggalkan.”
2- Menziarahi kubur membawa kesedihan sedangkan kita disuruh untuk
bergembira pada Hari Raya.
Beliau menulis:
“Andai kita menziarahi kubur pada hari raya apakah akan timbul perasaan gembira? Pasti yang timbul
adalah perasaan sedih dan kepiluan dalam mengenang waris yang telah meninggal dunia. Apakah Membetulkan Kekeliruan
5
dengan timbulnya perasaan sedih ini dianggap menepati apa yang Nabi tunjukkan? Sedangkan Nabi
menyuruh kita agar meraikan hari raya ini dengan kegembiraan, bahkan kegembiraan yang kita
dapati pada hari raya ini pula mendapat pahala di sisi agama.”
Komen:
Jika bersedih sekejap di kubur kerana mengenangkan orang tersayang yang sudah meninggal dunia,
ia adalah suatu yang lumrah dan ia dibolehkan, asalkan tidak keterlaluan sehingga meraung-raung
kesedihan, mengoyak-ngoyak baju dan menyalahkan taqdir. Rasulullah sendiri bersedih ketika
meninggalnya anak Baginda , Sayyiduna Ibrahim. Para sahabat juga bersedih ketika
kewafatan Baginda .
Hakikatnya, orang akan lebih bersedih dan terkilan jika tidak berkesempatan menziarahi
kubur orang yang tersayang pada hari raya dan sebaliknya bergembira jika berkesempatan
menziarahinya kerana menolongnya dengan bacaan Al-Qur’an, berdoa dan bersedekah untuknya
ketika menziarahinya di kubur.
3- Menziarahi kubur pada hari perayaan seolah-oleh mengikut perbuatan
Kristian dalam menyambut hari Natal dan amalan masyarakat Hindu apabila
tiba Deepavali.
Beliau menulis:
“Bahkan menziarahi kubur pada hari perayaan ini lebih kepada perbuatan Kristian dalam menyambut
hari Natal dan juga amalan masyarakat Hindu apabila tiba Deepavali. Dikhuatiri kita menyerupai
amalan sesuatu agama. Maka berhati-hatilah kita dalam beragama.”
Komen:
Di dalam Qaedah Ushul, perbandingan sebegini disebut:
“Qiyas bersama sesuatu yang tidak sama.”
Ini kerana apa yang dibuat oleh orang Kristian dan Hindu tersebut tidak ada asas, jelas sesat
dan ada unsur haram, syubhat dan syirik, sedangkan menziarahi kubur yang dilakukan oleh
orang Islam mempunyai asas yang jelas dari nas sama ada secara langsung atau di bawah
keumuman dalil dan termasuk di dalam Qawa’id Fiqhiyyah (Kaedah-kaedah Feqah).
4- Duduk di atas kubur.
Beliau menulis:
“Bahkan di kuburan tersebut kita tidak menjaga adab-adab berada di tanah perkuburan dengan
duduk-duduk di atas tanah kuburan tersebut…”
Komen:Membetulkan Kekeliruan
6
Kita bersetuju dengan tulisan beliau tentang duduk di atas kubur tersebut. Larangan duduk di atas
kubur datangnya daripada beberapa hadith. Jumhur ulama’ mengatakan tentang keharamannya. (Lihat
Al-Minhaj, Imam Nawawi, 7/41, Nail al-Awthor, Asy-Syaukani, 4/136, Subul as-Salam, Imam ash-Shan’ani, 3/573-574,
Tuhfah al-Ahwazi, Al-Mubarakfuri, 4/153 dan lain-lain).
Hendaklah ditafshilkan bahawa apa yang dilarang ialah duduk di atas kubur, bukan duduk di
tepi kubur umpamanya duduk di atas tikar atau di atas kerusi di tepi kubur.
5- Membawa makanan di tanah perkuburan untuk dijamu sanak saudara.
Beliau menulis:
“Ada juga sebahagian umat Islam yang membawa makanan di tanah perkuburan untuk dijamu
bersama sanak-saudara seolah-olah ingin merayakan hari raya di situ.”
Secara ikhlas, sehingga usia sebegini (hampir 40 an), Al-Faqir belum menjumpai lagi perbuatan ini
dilakukan oleh orang-orang Islam yang menziarahi kubur. Apa yang Al-Faqir lihat ialah mereka
bersedekah duit atau surah Yasin kepada kanak-kanak atau penziarah kubur yang lain dengan niat
pahala sedekah itu sampai kepada si mati yang diniatkan kepadanya amalan itu.
Jika benar ada perbuatan membawa makanan ini di tanah perkuburan lalu di makan bersama-sama
sanak saudara, mungkin ia hanya dilakukan oleh orang yang tidak mengerti hukum dan perbuatan
itu tidak sepatutnya dilakukan. Namun mengatakan ia dilakukan oleh ramai orang adalah suatu
dakwaan yang kurang teliti.
6- Membaca Al-Qur’an hendaklah di rumah bukan di kubur.
Beliau menulis:
“Sedangkan perbuatan ini telah menyanggah hadis Nabi yang memberi amaran kepada kita dengan
sabdanya: “Janganlah kalian menjadikan rumah kalian seperti kuburan.” (Hadis Muttafaq ‘alaih) Hadis
Nabi ini memberi maksud kepada kita melalui perbahasan para ulama bahawa al-Quran itu hendaklah
dibaca di rumah-rumah kita kerana rumah yang tidak dibacakan al-Quran seperti kubur, di mana
kefahaman sebaliknya dapat kita fahami dari hadis ini, kubur bukanlah tempat kita membaca al-Quran
di dalamnya.”
Komen:
Allah  berfirman:
“Dan kerjakanlah amal-amal kebajikan.” (Surah Al-Hajj: 77)
Ayat ini adalah umum untuk semua amal kebajikan dan membaca Al-Qur’an tidak kira di mana sahaja
(asalkan bukan di tempat yang kotor dan hina) adalah termasuk di dalam amal-amal kebajikan.
Tidak pernah ada Ahli al-Ilm yang mengatakan membaca Al-Qur’an hanya di rumah dan tidak
membolehkan ia dibaca di kubur. Terlalu banyak dalil tentang fadhilat membaca Al-Qur’an secara
umum, di mana-mana sahaja.Membetulkan Kekeliruan
7
7- Membaca Al-Qur’an dan surah di kubur.
Beliau menulis:
“Tidak cukup dengan itu, dapat dilihat di antara kebiasaan kaum muslimin yang berada di tanah
perkuburan ini mereka membaca al-Quran dan beberapa surah dengan harapan mudah-mudahan
bacaan tersebut dapat memberikan bekalan kepada si mati di kalangan ahli waris mereka yang telah
meninggal dunia.”
Komen:
Ahl al-Haq (Ahlus Sunnah wal Jama’ah) telah ijma’ (sepakat) dalam membolehkan membaca AlQur’an untuk mayat dan bacaan itu bermanfaat bagi si mayat dan pembacanya. Mereka juga
sepakat (ijma’) bahawa membaca Al-Qur’an di atas kubur sangat dianjurkan.
Allah  berfirman:
“Dan kerjakanlah amal-amal kebajikan.” (Surah Al-Hajj: 77)
Ayat ini adalah umum untuk semua amal kebajikan dan membaca Al-Qur’an tidak kira di mana sahaja
(asalkan bukan di tempat yang kotor dan hina) adalah termasuk di dalam amal-amal kebajikan.
Disebutkan di dalam hadith:
“Bacalah untuk mayat-mayat kamu Surah Yasin.” (Riwayat Ibn Hibban dan dishahihkannya)
Imam Asy-Syaukani dalam Az-Zakhirah ath-Thaminah, ms. 43 berkata: “Hadith ini darjatnya
Hasan. Tidak ada beza bacaan Yasin dari jemaah yang hadir di sisi orang mati atau di atas kuburnya
dengan membaca seluruh ayat Al-Qur’an atau sebahagiannya bagi orang mati, di masjid atau di
rumah.“ (Lihat juga Umat Bertanya Ulama’ Menjawab, K.H. Drs. Ahmad Dimyathi Badruzzaman, ms. 94-95 dan Risalah
Tabyin ad-Dala’il fi Takhlish al-Masa’il, ms. 27-30)
Imam Ad-Darquthni meriwayatkan daripada Ali daripada Nabi bersabda:
“Sesiapa yang melalui kawasan perkuburan, lalu membaca Qul Huwallahu Ahad sebanyak 11 kali,
kemudian menghadiahkan pahalanya kepada orang-orang yang telah meninggal dunia, dia akan
dikurniakan ganjaran mengikut bilangan orang-orang yang telah meninggal dunia tersebut.”
Imam Syafi’e berkata:
“Sekiranya mereka membaca beberapa ayat Al-Qur’an di atas perkuburan mayat Muslim, ia adalah
sesuatu yang baik. Sekiranya mereka membaca keseluruhan Al-Qur’an, ia adalah lebih baik.“ (dinaqalkan
oleh Imam Nawawi dalam Riyadh ash-Shalihin. Lihat juga di dalam Al-Azkar, Imam Nawawi, ms. 147)Membetulkan Kekeliruan
8
Disebutkan di dalam Fath al-Mu’in pada Hamisy I’anah ath-Tholibin, 3/221:
“Dan sesungguhnya telah dinaskan oleh Imam Syafi’e dan Ashhabnya atas sunatnya membaca apa-apa
yang mudah di sisi mayat dan berdoa selepasnya. Ertinya, kerana bahawasanya ketika itu adalah lebih
diharapkan untuk diterima (Allah ) dan kerana mayat mendapat barakah bacaan seperti orang
hidup yang hadir.”
Al-Hafizh As-Suyuthi di dalam Syarh ash-Shudur menyebutkan: “Al-Baihaqi telah meriwayatkan di
dalam Syu’ab dan Ath-Thobrani dari Ibn Umar dari Nabi mafhumnya: “Apabila salah seorang
daripada kamu meninggal dunia, maka janganlah kamu menahannya dengan lama. Bersegeralah
mengebumikannya dan bacakan Fatihatul Kitab (Surah Al-Fatihah) dekat kepalanya.” Dan menurut
lafaz yang diriwayatkan Al-Baihaqi: “Bacalah permulaan Surah Al-Baqarah dekat kepalanya dan akhir
Surah Al-Baqarah dekat kakinya, dikuburnya.”
Al-Muhaddith Sayyid Muhammad bin Alwi al-Maliki mengatakan: “Para sahabat telah
mengamalkan hadith ini.” (Lihat Tahqiq al-Amal fi ma Yanfa’u al-Mayat min al-‘Amal, Al-Muhaddith as-Sayyid
Muhammad bin Alawi al-Maliki, ms. 58-60)
Imam Al-Baihaqi menyebutkan di dalam kitab Ma’rifah as-Sunan, 4/191: “Imam Syafi’e berkata:
“Dan aku suka jika dibacakan Al-Qur’an di sisi kubur dan didoakan terhadap mayat.”
Imam Al-Hassan bin as-Sobah az-Za’farani bertanya kepada Imam Asy-Syafi’e: “Bagaimanakah
hukum membaca Al-Qur’an di kubur? Imam Syafi’e menjawab: Laa ba’sa bih (tiada mengapa/ tiada
apa-apa larangan akan hal itu).” (Lihat Tahqiq al-Amal fi ma Yanfa’u al-Mayat min al-‘Amal, ms. 58-60)
Di dalam kitab Al-Azkar, 5/311, di bawah tajuk “Apa yang perlu dibaca selepas pengebumian?, Imam
Nawawi menyebutkan: “Imam Syafi’e dan para sahabat (ulama’ Syafi’iyyah) mengatakan:
“Disunatkan membaca di sisi kubur sesuatu daripada ayat Al-Qur’an. Mereka mengatakan: Jika mereka
mengkhatamkan Al-Qur’an kesemuanya maka itu adalah (sesuatu yang) baik.”
Syaikh Khatib Syarbini mengatakan: “Dan hendaklah orang yang menziarahi kubur itu membaca
apa yang mudah daripada Al-Qur’an di sisi penghuni kubur. Sesungguhnya rahmat itu turun pada
tempat dibacakan Al-Qur’an. Dan mayat itu seperti orang yang hadir yang mengharapkan rahmat. Dan
hendaklah orang yang menziarahi berdoa selepas membaca Al-Qur’an kerana doa itu memberi
manfaat kepada mayat. Dan doa selepas membaca Al-Qur’an lebih cepat untuk diperkenankan…” (Lihat
Al-Iqna’ fi Hall al-Alfazh Abi Syuja’, ms. 208)
Perkara yang disebut oleh Dr Musthafa Khin, Dr Musthofa al-Bugha dan Ali Syarbaji di dalam
kitab Al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam Asy-Syafi’e.
Syaikh Ali Jum’ah di dalam fatwanya mengatakan:
“Sepakat ulama’ dan ijma’ ulama’ Islam bahawa membaca Al-Qur’an di atas kubur
tidak haram dan tidak pula berdosa pembuatnya. Jumhur ulama’ Hanafiyyah, Syafi’iyyah
dan Hanabilah membolehkannya. Mereka berdalilkan hadith:Membetulkan Kekeliruan
9
“Sesiapa yang menziarahi perkuburan lalu membaca di situ (Yasin), diringankan azab ke atas
mayat-mayat pada hari itu dan pembacanya akan diberikan kebaikan sebanyak orang yang
meninggal dunia.” Ditakhrijkan oleh pengarang Al-Khilal dengan sanadnya. Ibn Qudamah
juga menyebutkannya di dalam Al-Mughni, 2/225 dan pengarang Tuhfah al-Ahwazi, 3/275
Telah shahih bahawa Ibn Umar telah mewasiatkan apabila beliau dikebumikan, agar
dibacakan di sisinya awal Surah Al-Baqarah dan akhirnya.
Membaca Al-Qur’an di kubur ini bid’ah?
Mungkin juga orang yang mengatakan membaca Al-Qur’an di kubur ini bid’ah berdasarkan kepada
satu riwayat Al-Khallal yang panjang. Ia hendaklah sepatutnya difahami sebaik-baiknya sehingga ke
akhir riwayat.
“…..Al-Khallal berkata: Aku mendapat khabar dari Al-Hassan bin Ahmad al-Warraq dari Ali bin
Musa al-Haddad, beliau adalah seorang yang benar, dia berkata: Aku bersama Ahmad bin
Hanbal dan Muhammad Qudamah al-Jauhari mengunjungi satu jenazah. Setelah jenazah itu
dikebumikan, seorang lelaki buta duduk membaca Al-Qur’an di sisi kubur. Imam Ahmad
mendekati lelaki itu dan berkata: Wahai kamu! Membaca Al-Qur’an di sisi kubur adalah bid’ah.
Setelah kami keluar, Muhamad bin Qudamah bertanya kepada kepada Ahmad bin Hanbal:
Wahai Abu Abdullah, apa pendapatmu tentang Mubasysyir al-Halabi? Maka Imam Ahmad bin
Hanbal menjawab: Dia seorang yang thiqah. Beliau (Imam Ahmad) bertanya: Apakah kamu
meriwayatkan sesuatu daripadanya? Ya! Jawab Ibn Qudamah. Dia pun melanjutkan
penjelasannya: Aku mendapat berita dari Mubasysyir dari Abd ar-Rahman bin al-‘Ala bin alJallaj dari ayahnya, dia berwasiat jika nanti jenazahnya dikuburkan, hendaklah dibacakan
permulaan dan akhir Surah Al-Baqarah di sisi kepalanya. Ayahnya berkata bahawasanya
wasiat beliau itu beliau dengar dari sahabat Abdullah bin Umar. Sebaik sahaja mendengar
riwayat itu, Imam Ahmad ibn Hanbal menyuruh agar kembali semula ke kubur dan
memerintahkan agar lelaki buta tersebut meneruskan bacaan Al-Qur’annya.” (Riwayat ini disebut
di dalam kitab Tahqiq al-Amal fi ma Yanfa’u al-Mayat min al-‘Amal, ms. 58 – 60)
Syaikh Dr. Wahbah az-Zuhaili menyebutkan bahawa sebahagian ulama’ mengatakan sunat ketika
menziarahi kubur itu membaca surah Al-Fatihah, ayat Al-Kursi, surah Yaasin, At-Takathur dan AlIkhlash. (Lihat Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 2/540)
Perintah membaca Al-Qur’an jika diteliti tidak ada pada waktu yang khusus dan di tempat yang
khusus. Sesiapa sahaja yang membacanya akan diberi ganjaran pahala. Membaca Al-Qur’an di kubur
bukanlah perkara maksiat. Di samping pahala bacaannya boleh membantu mayat, perbuatan baik ini
akan menyebabkan orang yang membacanya mendapat pahala dari Allah .
Al-Fadhil Ustaz Haji Zamihan bin Haji Mat Zain al-Ghari telah mengupas tajuk ini dengan sangat
baik dan ilmiah di dalam penulisan beliau yang menjelaskan tentang bagusnya membaca Al-Qur’an di
kubur dan ia bukanlah perkara bid’ah (Dhalalah). (Lihat tulisan beliau tentang perkara ini di dalam: http://alghari.blogspot.com/)Membetulkan Kekeliruan
10
8- Apakah sampai pahala bacaan Al-Qur’an kepada si mati?
Beliau menulis:
“Tidak cukup dengan itu, dapat dilihat di antara kebiasaan kaum muslimin yang berada di tanah
perkuburan ini mereka membaca al-Quran dan beberapa surah dengan harapan mudah-mudahan
bacaan tersebut dapat memberikan bekalan kepada si mati di kalangan ahli waris mereka yang telah
meninggal dunia.”
Dan:
“… Lebih malang lagi sekiranya kita menyangka perbuatan membaca al-Quran dan dihadiahkan
pahalanya kepada si mati sebagai sesuatu yang menepati syariat.”
Komen:
Dua pernyataan ini adalah tahakkum iaitu perkataan yang tidak ada dalil. Sebaliknya para ulama’
mu’tabar membolehkannya.
Imam Al-Qurthubi mengatakan: “Sebahagian ulama’ kami mengemukakan dalil sampainya bacaan
Al-Qur’an kepada si mati dengan hadith berkenaan pelepah tamar yang dibelah dua oleh Nabi .
Kemudian Baginda memacaknya satu di atas kubur orang ini dan satu lagi di atas kubur yang lain.
Kemudian Baginda bersabda: “Mudah-mudahan ia dapat meringankan mereka berdua selagi
kedua-duanya tidak kering.” (Riwayat Asy-Syaikhan; Al-Bukhari dan Muslim)
Tentang hadith Rasulullah memacak pelepah tamar tersebut, Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani
dalam Fath al-Bari, 1/332, menyebutkan:
“Sesungguhnya makna padanya, bahawa pelepah itu bertasbih selama mana ia masih basah, maka,
dapatlah (mayat) keringanan dengan berkat tasbih pelepah tersebut. Dan atas dasar perkara inilah,
maka termasuklah juga kepada apa-apa sahaja yang ada basah termasuk pokok-pokok dan selainnya.
Dan seperti itu juga, sesuatu yang ada padanya keberkatan, seperti zikir dan bacaan Al-Qur’an tentu
lebih aula (utama).”
Di dalam kitab Kasyf al-Ghummah fi Ahwal al-Mauta fi al-Barzakh wa al-Qiyamah, ms. 47,
karangan Syaikh Daud al-Faththoni menyebutkan bab khusus tentang perkara ini iaitu:
“Ini suatu bab pada menyatakan barang yang datang pada membaca Al-Qur’an tatkala di
kubur ketika ditanam dan kemudiannya dan bahawasanya sampai ia kepada mayat
pahalanya barang yang dibacakan dan didoakan baginya dan meminta ampun baginya dan
yang disedekahkan baginya dan barang yang datang dibacakan tatkala dihantarkan di dalam
kuburnya dan sunat berhenti pada kubur kemudian daripada tanamnya dan sunat talqin’.
(Kemudian Syaikh Daud mengatakan:)Membetulkan Kekeliruan
11
“(Kata) Jalal ad-Din as-Sayuthi di dalam Syarh ash-Shudur: Bersalah-salahan ulama’ pada
sampai pahala membaca Qur’an bagi orang yang mati. Maka Jumhur as-Salaf dan imam yang
tiga atas sampai pahalanya bagi mayat dan menyalahi yang demikian itu imam kita Al-Imam
Asy-Syafi’e radhiallahu anhu dan mengambil dalil mereka itu atas sampai pahala ayat dengan
qiyas daripada sampai pahala doa dan sedekah dan puasa dan haji dan merdeka.
Maka bahawasanya tiada farq (beza) pada dalil naqli akan sampai pahala antara bahawa ada
ia daripada haji atau sedekah atau waqaf atau doa atau baca Qur’an dengan beberapa hadith
yang lagi akan datang sebutannya dan adalah hadith itu jika ada ia dha’if sekalipun…” (Lihat
juga Furu’ Masa’il, Syaikh Daud al-Faththoni, 1/6)
Di dalam Tazkirah al-Qurthubi, ms. 25 disebutkan:
“Adalah Imam Ahmad bin Hanbal pernah berkata: Apabila kamu masuk ke perkuburan, maka bacalah
Surah Al-Fatihah dan Muawwizatain (Surah Al-Falaq dan An-Nas) dan Qul Huwallahu Ahad, dan
jadikanlah pahala bacaan itu hadiah kepada penghuni kubur. Sesungguhnya ia (pahala bacaan itu)
sampai kepada mereka. Dan adalah beliau dahulu menolak pendapat sebelum itu akan sampainya
pahala dari orang hidup kepada orang mati. Ketika sebahagian orang yang thiqah berkata kepadanya
bahawasanya Sayyiduna Umar ibn Al-Khattab, radhiAllahu anh telah mewasiatkan ketika dia (akan)
dikebumikan (nanti), agar dibacakan di sisi kepalanya Surah Al-Fatihah dan pengakhiran Surah AlBaqarah, lalu beliau (Imam Ahmad) maka dia menarik balik pendapatnya. Begitulah juga telah sampai
berita kepada kami tentang Syaikh Izz ad-Din bin Abd as-Salam rahimahullah, bahawa beliau pernah
menolak pendapat yang mengatakan sampainya pahala kepada orang mati dan beliau berhujah
dengan ayat Al-Qur’an yang mafhumnya: “Dan tidaklah bagi manusia itu melainkan apa yang dia telah
usahakan.” Tetapi ketika beliau meninggal dunia, sebahagian kawan-kawannya melihat beliau di
dalam mimpi mereka, lalu bertanyakannya tentang perkara tersebut lalu beliau menjawab: Aku
menarik balik dari apa yang pernah aku katakan tentang tidak sampainya pahala orang yang
membaca kepada orang mati ketika aku melihat sampainya (pahala itu) sedangkan aku di dalam
kubur. Dan lebih menguatkan pendapat ini oleh apa yang diriwayatkan oleh Al-Hafiz As-Salafi dalam
hadith yang Marfu’: Sesiapa yang melalui perkuburan lalu membaca Qul huwallahu Ahad sebelas kali,
kemudian menghadiahkan pahala bacaannya kepada orang-orang yang telah meninggal dunia,
nescaya akan diberikan kepadanya pahala sebanyak bilangan orang-orang yang telah meninggal
dunia itu.”Membetulkan Kekeliruan
12
Syaikh Dr. Wahbah az-Zuhaili menyebutkan di dalam kitab Al-Fiqh al-Islami ms. 551-551:
“Dan dengan yang demikian itu adalah mazhab mutakkhirin Asy-Syafi’iyyah seperti mazhab
imam-imam yang tiga iaitu Hanafi, Maliki dan Hanbali atas sampainya pahala bacaan AlQur’an kepada mayat. Berkata As-Subki: Dan yang menunjukkan atasnya oleh khabar dengan
istinbat bahawasanya sebahagian Al-Qur’an itu apabila diqasad dengannya memberi manfaat
akan mayat dan meringankan apa yang ia berada padanya nescaya memberi manfaat akan
mayat itu.
Dan sungguhnya telah mengharuskan oleh Qadhi Hussain mengupah atas membaca Al-Qur’an
di sisi mayat.
Dan telah berkata Imam Ibn Solah: Dan sayugia bahawa berkata oleh yang membaca Qur’an
itu : Ya Allah ! Sampaikanlah pahala apa yang telah kami baca kepada sifulan; Maka
menjadikan olehnya akan doa. Dan tiada khilaf pada yang demikian itu sama ada dekat atau
jauh dan sepatutnya memutuskan dengan ini.”
Syaikh Ibn Taimiyyah pernah ditanya tentang bacaan Al-Qur’an untuk mayat dan juga tentang
tasbih, tahmid, tahlil dan takbir jika dihadiahkan kepada mayat. Sampaikah pahalanya atau tidak?
Maka beliau menjawab sebagaimana tersebut dalam kitabnya: ”Sampai kepada mayat pahala bacaan
Al-Qur’an dari keluarganya. Dan tasbih, takbir serta seluruh zikir mereka kepada Allah  apabila
mereka menghadiahkan pahalanya kepada mayat akan sampai pula kepadanya.” (Lihat Majmu’ Fatawa,
24/324)
Ibn Qayyim (ketika membicarakan panjang lebar tentang sampainya pahala amalan-amalan yang
dihadiahkan kepada si mati beserta dalilnya) mengatakan: “Adapun membaca Al-Qur’an dan
menghadiahkan pahalanya kepada si mati secara sukarela tanpa mengambil upah maka ia sampai
kepada si mati sebagaimana pahala puasa dan haji…” (Lihat Ar-Ruh, ms. 152-159)
9- Amalan bermaaf-maafan pada 1 Syawal boleh mendatangkan kesedihan.
Beliau menulis:
“Upacara bermaafan Tidak cukup dengan itu kita melakukan upacara bermaaf-maafan sesama ahli
keluarga. Bukanlah hal ini tidak baik tetapi ia dilakukan tidak kena pada masanya. Kerana majlis ini
tidak lain akan mendatangkan juga kesedihan dan air mata. Adalah sesuatu yang akan menimbulkan
kesedihan dan kepiluan dengan majlis bermaaf-maafan ini dan apabila kesedihan yang melanda maka
secara automatiknya kegembiraan hari raya yang disyariatkan bergembira ini akan hilang.”
Komen:
Amalan saling bermaafan sesama ahli keluarga, kaum kerabat, sahabat handai dan sesama Islam
dikira sebagai amal soleh yang mempunyai fadhilat yang besar dan sangat dianjurkan di dalam Islam.
Allah  berfirman:
ﭽ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭼ
“Jadilah engkau sebagai pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan perbuatan baik, serta berpisahlah
dari orang-orang yang jahil.” (Surah Al-A’raf: 199)Membetulkan Kekeliruan
13
Sifat memaafkan orang lain juga termasuk di dalam ciri hamba Allah  yang bertaqwa seperti mana
firmanNya:
ﭽ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧﭨ ﭩ ﭪ ﭫ
ﭬ ﭼ
“(Orang-orang yang bertaqwa adalah) mereka yang menafkahkan (hartanya) baik di waktu lapang
maupun sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya serta (mudah) memaafkan (kesalahan)
orang lain. Allah  menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran: 134)
Rasulullah secara khusus menyatakan besarnya keutamaan dan pahala bagi sifat mudah
memaafkan di sisi Allah  mafhumnya: “Tidaklah Allah  menambah bagi seorang hamba dengan
pemberian maafnya (kepada saudaranya) kecuali kemuliaan (di dunia dan akhirat).” (Riwayat Muslim dan
lain-lain)
Perintah saling bermaafan di antara satu dengan yang lain ini adalah umum, sama ada pada 1
Syawal atau selainnya, pada bila-bila masa.
Bersedih kerana mengenangkan dosa dan kesalahan yang pernah dilakukan terhadap sesama
keluarga, kaum kerabat dan orang lain adalah suatu yang baik asalkan tidak keterlaluan. Bersedih
ketika itu adalah tanda insan mengakui akan kesilapan dan kekurangannya yang tidak sunyi
dari melakukan dosa dan kesalahan.
Mengatakan suasana sebegini akan mendatangkan kesedihan, memang benar, tetapi ia bukan
berpanjangan sehingga boleh mencacatkan kegembiraan di pagi Hari Raya. Hakikatnya,
suasana sedih itu hanya sebentar sahaja ketika bersalam-salaman dan mengucapkan permohonan
maaf di antara satu dengan yang lain. Selepas itu, suasana akan berubah menjadi ceria dan kembali
bergembira.
Jika diteliti, tidak ada satu pun dalil yang mengharamkan bermaaf-maafan di pagi Hari Raya.
Kesan positifnya lebih banyak dari sedikit kesedihan yang juga baik. Mungkin terjadi di antara ahli
keluarga yang tidak pernah meminta maaf di antara satu dengan yang lain sebelum ini, maka di pagi
1 Syawal inilah mereka saling bermaafan di antara satu dengan yang lain.
Kefahaman yang kurang tepat
Pertama:
Beliau menulis:
“Tidak cukup dengan itu, dapat dilihat di antara kebiasaan kaum muslimin yang berada di tanah
perkuburan ini mereka membaca al-Quran dan beberapa surah dengan harapan mudah-mudahan
bacaan tersebut dapat memberikan bekalan kepada si mati di kalangan ahli waris mereka yang telah
meninggal dunia…. Sedangkan perbuatan ini telah menyanggah hadis Nabi yang memberi amaran
kepada kita dengan sabdanya: “Janganlah kalian menjadikan rumah kalian seperti kuburan.” (Hadis
Muttafaq ‘alaih)…Membetulkan Kekeliruan
14
“Hadis Nabi ini memberi maksud kepada kita melalui perbahasan para ulama bahawa al-Quran itu
hendaklah dibaca di rumah-rumah kita kerana rumah yang tidak dibacakan al-Quran seperti kubur, di
mana kefahaman sebaliknya dapat kita fahami dari hadis ini, kubur bukanlah tempat kita membaca alQuran di dalamnya.”
Komen:
Kenyataan beliau: “…. di mana kefahaman sebaliknya dapat kita fahami dari hadis ini, kubur bukanlah
tempat kita membaca al-Quran di dalamnya.”, tidak pernah dinukilkan oleh mana-mana Ahli alIlm. Sebaliknya membaca Al-Quran boleh di mana-mana asalkan jangan di tempat yang kotor dan
hina.
Kedua:
Beliau menulis:
“Imam Syafie dalam membantah amalan ini beliau menegaskan dengan berkata: “Sesungguhnya
pahala bacaan al-Quran dan hadiah pahala tidak sampai kepada si mati kerana bukan dari amal
mereka dan bukan usaha mereka. Rasulullah tidak pernah menghukum sunnah umatnya dan tidak
pernah mendesak mereka melakukan perkara tersebut dan tidak pula menunjukkan kepadanya walau
melalui satu nas atau seruan.” (lihat Tafsir Ibnu Kathir Jilid ke-4)”
Komen:
Memang ada riwayat yang mengatakan bahawa Imam Syafi’e berpendapat bahawa hadiah pahala
tidak sampai kepada si mati. Tetapi, ia adalah apabila bacaan itu tidak dibaca di hadapan mayat atau
tidak didoakan setelah membacanya. Imam Zakariya al-Anshari menyatakan:
“Sesungguhnya pendapat masyhur dalam mazhab Syafi’e mengenai bacaan Al-Qur’an (yang pahalanya
dikatakan tidak sampai kepada si mati itu) adalah apabila dibaca tidak ketika mayat berada di dalam
majlis (di hadapan mayat) dan jika tidak diniatkan hadiah pahala kepadanya atau diniatkan pahala
bacaan kepadanya tetapi tidak membaca doa sesudah bacaan Al-Qur’an tersebut.” (Lihat Hukm asySyari’ah al-Islamiyyah fi al-Ma’tam al-Arba’in, ms. 43)
Imam Syafi’e sendiri pernah menziarahi makam Imam Laith bin Sa’d kemudian beliau membaca AlQur’an seperti yang disebutkan di dalam Az-Zakhirah ath-Thaminah, ms. 64:
“Dan telah tawatir (masyhur) riwayat bahawa Imam Syafi’e telah menziarahi makam Imam Laith bin
Sa’d. Beliau memujinya dan membaca Al-Qur’an di sisi kuburnya dengan sekali khatam. Beliau berkata:
Aku mengharapkan agar ia (iaitu perkara membaca Al-Qur’an seperti di sisi makam Imam Laith) akan Membetulkan Kekeliruan
15
berterusan, maka begitulah (perbuatan membaca Al-Qur’an di sisi makamnya) seperti apa yang
dikatakan (didoakan) oleh Imam Syafi’e.”
Nasihat dan pedoman
Perkara yang melibatkan hukum hakam dalam agama hendaklah diserahkan kepada Ahlinya yang
memiliki malakah fiqhiyyah. Adalah sangat sangat bahaya jika ia dibahaskan tanpa ilmu yang tahqiq
(benar). Para fuqaha’ yang telah mencapai tahap malakah fiqhiyyah ini telah menumpukan himmah
yang tinggi dan pembacaan yang meluas terutama sekali dalam perkara yang melibatkan hukum.
Kerana itulah, mereka sangat berhati-hati dalam perkara agama termasuklah yang melibatkan
masa’il fiqhiyyah furu’iyyah.
Para masyaikh selalu mengingatkan:
“Sesiapa yang banyak pembacaannya, maka kuranglah i’tiradhnya (bangkangannya).”
Saranan
Pihak berwajib dan pihak akhbar seharusnya mengambil perhatian dalam mengawal penulisan yang
berkaitan dengan agama dan hukum hakam lebih-lebih lagi ia ditulis oleh orang yang dijuluki dengan
nama orang agama atau ustaz/ ustazah. Kesalahan yang terhasil dari kumpulan sebegini lebih
mendatangkan mudharat yang besar kepada awam. Kaedah menyebutkan:
“Kebaikan bagi orang kebanyakan adalah suatu keburukan bagi orang yang dekat (dengan agama).”
Sisipan
Sebahagian besar perbahasan ini telah dijawab di dalam buku Al-Faqir “Persoalan Khilafiyyah &
Penjelasan Ulama’: Inilah Jawapannya”
1
, terbitan Mawleed Publishing Sdn. Bhd. Buku setebal 915
muka surat ini telah diberi taqriz/ kata-kata aluan oleh 6 orang Mufti dan 2 orang ilmuan Islam.
Silalah merujuk kepadanya untuk kupasan lebih lanjut.

http://roskiman.com/wp-content/uploads/2012/08/MEMBETULKAN-KEKELIRUAN-di-dalam-Metro.pdf

About these ads

Respon

  1. Alhamdulillah,
    Penceraan yg sangat baik.

    • Pencerahan yg sangat baik sebenarnya.

  2. Satu penjelasan yg baik….tapi kalau boleh kita shortcut kan….perbuatan baik tetap baiik…..walau dasarnya bidaahke…apa ke….yg penting ia memberi manfaat kenapa kedua nya..


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 685 other followers

%d bloggers like this: